Ahad, 30 Jun 2013

PANITIA AGAMA ISLAM ADAKAN KEM BESTARI SOLAT MELIBATKAN SEMUA MURID DI RKT

Murid perempuan bersedia untuk memulakan solat zohor
Murid lelaki mengambil tempat dalam dewan
Menghampar sejadah....
Ustaz Zulkifli memimpin murid berselawat
Murid tahun dua bersama murid tahun lima
Menanti dewan penuh......
Ustaz Zulkifli bersama memberi penjelasan tentang program yang dijalankan

Pada 30 Jun 2013,Ahad,panitia Agama Islam telah mengadakan Program Bestari Solat yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.Kem bestari solat ini dijalankan selepas waktu PdP iaitu bermula jam 115 tengahari dan berakhir jam 500 petang.

Antara aktiviti yang diadakan ialah untuk tahap satu,murid diajar amali solat,amali wuduk dan bacaan dalam solat manakala tahap dua ialah amali solat tambahan.

Antara guru yang terlibat ialah Ustazah Zainab,Ustazah Wan Suryani dan Ustazah Siti Sara serta guru sekolah agama rakyat.

Selain itu,turut diadakan ialah solat zohor dan asar berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.Program yang dijalankan ini telah diselia oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.

HAKIM KEBERSIHAN DAERAH PANTAU KEBERSIHAN RKT

 PK HEM bersama PK Ko menyambut mesra  kehadiran Hakim Kebersihan Daerah Kemaman
Tandatangan pada buku lawatan sekolah

Pada 30 Jun 2013,Ahad jam 915 pagi,3 orang hakim bagi pertandingan kebersihan kawasan sekolah telah hadir ke RKT untuk membuat pemantauan kebersihan .Hakim yang diketuai oleh Tn Hj Zulkifli bin Abd Ghani dari SMK Sultan Ismail 2,YM Megat Azizul Rahman bin Megat Ayob dari SMK Air Puteh dan En Mohd Zahidin Hassan dari SMK Mak Lagam telah disambut oleh PK HEM Pn Dorothy bersama PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim di Pejabat Sekolah.

Kehadiran hakim bagi pertandingan ini adalah bagi membuat penilaian tahap kebersihan dan keceriaan sekolah ini dalam pertandingan kebersihan peringkat daerah Kemaman 2013.Pemantauan berakhir jam 945 pagi

PROGRAM MENTOO DAN MENTEE DILAKSANAKAN OLEH UNIT HEM

Banner pelancaran
Mentee bersedia untuk bersama mentoo
Murid melakukan aktivoti dalam kumpulan
Mentoo Pn sabariah bersama Pn Noorazita
PK HEM Pn Dorothy berbincang dengan Ustaz Zulkifli mengenai aktiviti
Mentoo Cikgu Zaik sempat meneliti buku program yang disediakan oleh Unit HEM
Ustaz Fakhrul sedang memberi penerangan tentang Mentoo Mentee

Pada 30 Jun 2013,Ahad bermula jam 745 pagi Unit HEM telah mengadakan Program Mentoo Mentee yang melibatkan semua murid dan semua guru.Program yang dijalankan ini adalah bertujuan mendekatkan murid kepada guru semasa murid berada di sekolah.Setiap guru akan dibahagikan kepada sejumlah murid  yang melibatkan murid dari kelas yang ditentukan.

Murid ini akan diberi pendedahan aktiviti  yang telah direncanakan mengikut perancangan yang disediakan oleh Unit HEM.Murid akan bersama guru serta  berada ditempat yang ditetapkan dan akan melakukan aktiviti tersebut dalam masa 30 minit yang diperuntukkan.

PK HEM Pn Dorothy telah melakukan pemantauan bagi memastikan Program Mentoo Mentee ini berjalan mengikut kumpulan murid dan tempat yang ditetapkan.Program brakhir jam 815 pagi,.

Jumaat, 28 Jun 2013

MAKMAL KOMPUTER RKT TERIMA 9 MEJA KOMPUTER KECIL YANG BARU

 Meja komputer dalam kotak lagi....
 Pemasangan bermula.....
 Model meja komuter
 Surat khidmat
 Hampir siap dipasang
Siap semuanya.......

Pada Rabu jam 400 petang,26 Jun 2013,pihak kontraktor telah menghantar 9 bungkusan meja komputer ke sekolah ini.Pada 27 Jun 2013,Khamis jam 1200 tengahari,pekerja yang menghantar meja komputer tersebut telah mula memasang meja komputer itu di makmal komputer.

Kerja-kerja memasang ini dibuat bersama dengan guru Penyelaras ICT ,Cikgu Zaik dan berakhir jam 110 tengahari.9 buah meja tersebut diletakkan di dalam makmal komputer untuk kegunaan di makmal tersebut.9 buah meja ini adalah untuk menggantikan komputer yang rosak akibat banjir tahun 2012 yang lalu.

MESYUARAT GURU KALI KE TIGA 2013 DIPENGERUSIKAN OLEH GURU BESAR

 En Nor Azmi,GB RKT mempengerusikan mesyuarat
 Antara guru yang hadir
 PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim
 Tayangan slaid pencapaian murid UPSR
 PK 1 dan PK HEM {Kanan}
 PK HEM membentang aktiviti penggal kedua
 Aktiviti yang bakal dijalankan
 Pn Sabariah...pencatat minit {kiri}
PK Ko membentangkan kegiatan yang bakal dijalankan

Pada Rabu 26 Jun 2013,jam 120 tengahari telah diadakan mesyuarat guru kali ketiga bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan sekolah.Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda telah mempengerusikan mesyuarat yang antara lain membincangkan persediaan menghadapi UPSR,Kegiatan Agama,Kegiatan HEM dan Kegiatan Ko untuk penggal ke dua.

Bersama hadir ialah PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM Pn Dorothy dan PK Ko En Rizaidi bin Ibrahim.Semua guru hadir kecuali Pn salamiah bt Jusoh  dan Cikgu Harun bin Salleh yang berkursus.

PK1 antara lain membentangkan pencapaian OTI1 dan keputusan peperiksaan pertengahan tahun serta program yang bakal dijalankan bagi meningkatkan pencapaian UPSR.SU UPSR Pn Noorazita Razali pula membentangkan aktiviti yang telah dijalankan serta bakal dijalankan untuk murid UPSR.

Selain itu kegiatan Agama juga berperanan untuk memberi keilmuan rohani kepada murid UPSR dengan mencadangkan beberapa aktiviti seperti solat hajat,bacaan yassin dan tadarus al quran.PK Hem pula menyentuh tentang aktiviti Mentoo dan Mentee yang bakal dilaksakan pada penggal kedua ini.

Manakala PK Ko pula menyatakan tentang persediaan yang akan dibuat bagi meneruskan beberapa aktiviti yang dirancangkan pada penggal kedua.Mesyuarat tamat pada jam 330 petang.

Isnin, 24 Jun 2013

UNIT HEM BERSAMA JK KEBERSIHAN DAN MURID BERSAMA LUKIS DAN WARNAKAN BANNER NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT 2013

 PK HEM Pn Dorothy mewarna banner
 Mrid mula menolong
 Hampir siap
 Di buat di dalam bilik rawatan
 Mengecat bahagian yang terakhir
 Cikgu Zaik bersama murid dan PK HEM
 Pengerusi JK Kebersihan,Ustaz Cw Fakrul
Sentuhan terakhir

Pada 18 Jun hingga 24 Jun 2013,JK Kebersihan Sekolah yang dipengerusikan oleh Ustaz Cw Fakrul Anuar bin Cw Abd Ghani bersama Unit HEM di bawah pengelolaan Pn Dorothy telah mula bergotong royong menyiapkan banner kebersihan Negeri Bersih Rakyat Sihat.Kerja=kerja melukis dan mengecat ini dijalankan di bilik rawatan sekolah.

Selain itu,banner ini telah dibuat secara gotong royong antara PK HEM,guru dan murid.Banner ini djangka siap pada Selasa 25 Jun 2013 untuk dihantar ke PPD Kemaman.Antara guru yang turut membantu menyiapkan kerja-kerja mewarna banner ialah Cikgu Harun  bin Saleh dan Cikgu Mat Zaik dan beberapa orang guru serta murid sekolah.

UNIT HEM MULA GANTUNGKAN BANNER KEMENJADIAN MURID DI RKT

 Banner Kemenjadian murid
 Murid membaca banner yang digantung oleh PK HEM
 Sebagaimana yang diarahkan penulisannya...
 Murid puas hati membacanya
Digantung di laluan pejalan kaki

Pada 23 Jun 2013,Ahad ,Unit HEM di bawah Pn Dorothy telah menggantung banner kemenjadian murid sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak JPNT.Banner yang digantung ini telah menarik minat murid yang melalui di laluan pejalan kaki untuk membacanya.

Antara intipati maklumat yang tertera di banner tersebut ialah :

GERAKAN KEMENJADIAN INSAN MURID
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MELAHIRKAN MURID YANG MEMPUNYAI ENAM ASPIRASI
BERPENGETAHUAN,BERKEMAHIRAN BERFIKIR,BERKEMAHIRAN MEMIMPIN,BERKEMAHIRAN DWIBAHASA,BERETIKA DAN KEROHANIAN SERTA BERIDENTITI NASIONAL.

GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI


MURID RKT DIUJI LISAN OLEH PENTAFSIR LISAN PBS UPSR DAERAH KEMAMAN

 Murid sedang diuji
 En Mohd Husaini dari SK Pasir Gajah
 Cikgu Mohamad Zaki Ramli hadir sama
Murid diberi penerangan

Pada 24 Jun 2013,Jam 1030 pagi,En Husaini dari SK Pasir Gajah yang merupakan Pentafsir Lisan BM Daerah Kemaman telah jadir ke RKT untuk membuat penilaian pentafsiran murid UPSR 2013 bagi subjek Bahasa Malaysia.Seramai hampir 10 orang murid telah diuji penilaian lisannya.

Kehadiran En Husaini twlah disambut oleh PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim dan Cikgu Mohamad Zaki Ramli sebagai guru BM tahun 6.Pentafsiran telah dijalankan di Perpustakaan Sekolah.Pentafsiran berakhir jam 1200 tengahari.

Jumaat, 21 Jun 2013

GURU RKT BERSAMA GURU-GURU DAERAH KEMAMAN IKUTI KURSUS KSSR SAINS TAHUN 4 DI PPD LAMA

 Guru yang mengikuti kursus
 Cikgu Rodi SK Kg Baru FN1 bersama Cikgu Zaik RKT
 En Rozi Pegawai dari PPD Kemaman hadir sama
 Taklimat PBS dari En Rozi
 Guru tekun mendengar taklimat
Taklimat berakhir jam 245 petang

18 Jun  hingga 21 Jun 2013,Kursus KSSR Sains tahun empat telah diadakan di PPD lama Kemaman.RKT turut serta menghantar guru iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof untuk mengikuti kursus ini selama 4 hari bermula selasa 18 Jun 2013 hingga Jumaat 21 Jun 2013.

Kursus selama 4 hari antara lain mendedahkan DSK dan DSP sains tahun 4 yang disampaikan oleh dua orang Fasilitator Negeri .Selain itu guru juga didedahkan dengan taklimat oleh Pegawai dari PPD Kemaman iaitu En Rozi  berkaitan dengan PBS dan SPPBS serta penyediaan evidens serta penyediaan fail PBS.

Kursus yang berakhir pada hari Jumaat telah ditutup oleh En Hasbullah dari PPD Kemaman.


Sambutan Hari Jadi Murid.