Isnin, 27 Mei 2013

KELAS TAMBAHAN MASA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2013 UNTUK MURID UPSR DIADAKAN DI RKT

 Suasana dalam kelas bimbingan
 Muris tekun menjawab contoh soalan
 Meneliti soalan
 Tekun memahami soalan
 Arif ......menjawab soalan
 Banyak lagi soalan yang belum dijawab niiiiii
Guru ada dalam kelas...semak soalan

Pada Jumaat 24 hingga 28 Mei 2013,semasa cuti pertengahan tahun 2013 bermula,murid-murid UPSR dari RKT pula terus mengikuti kelas tambahan yang diadakan.Di bawah Unit Kurikulum pimpinan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,dengan perancangan rapi oleh SU UPSR Cikgu NOorazita bt Razali,kelas ambahan ini diadakan bagi mengisi masa pembelajaran murid yang bakal menghadapi UPSR pada September nanti.

Antara subjek yang terlibat ialah Bahasa Melayu di bawah bimbingan Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli,Bahasa Inggeris di bawah Cikgu Sabariah bt Daud,Sains pula oleh Cikgu Nooarazita bt Razali dan Matematik oleh GB En Nor Azmi bin Muda,kelas ini berjalan sebagaimana yang dirancangkan.

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2013 BERMULA DI RKT


 Murid berkumpul untuk dimaklumkan tentang cuti persekolahan
Murid gembira cuti diumumkan.....

Pada 23 Mei 2013,Khamis,semua murid berkumpul selepas waktu rehat untuk dimaklumkan tentang cuti persekolahan pertengahan tahun 2013.Makluman ini telah disanpaikan oleh guru bertugas pada hari tersebut.Turut dimaklumkan ialah tentang tarikh bercuti iaitu bermula 24 Mei 2014 hingga 8 Jun 2013.Sekolah akan dibuka semula pada 9 Jun 2013,hari Ahad.

Antara pesanan yang disampaikan ialah murid diminta terus mengulangkaji pelajaran di rumah dengan menyiapkan kerja rumah yang diberi.Selain itu murid tahun 6 pula diingatkan agar hadir ke kelas tambahan yang diadakan.Murid juga diminya menjaga keselamatan diri semasa citu sekolah ini. 

4 MURID TARGET UPSR RKT HADIRI KEM UPSR ANJURAN KETENGAH DI UITM DUNGUN

4 murid RKT bersama guru pengiring

Pada 23 Mei 2013,Khamis ,seramai 4 orang murid target UPSR dari RKT telah berpeluang untuk turut sama menghadiri Kem UPSR anjuran KETENGAH di UITM Dungun.Murid yang bertuah itu ialah Adik Danish Iqbal bin Zainal,Mohd Sifullah bin Setapa,Siti Nur Fatihah bt Mohd Yusof dan Safika Afendi.

Murid ini bertolak dari RKT pada jam 830 pagi dengan dihantar oleh Cikgu Mohd Zaki bin Ramli.

Khamis, 23 Mei 2013

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013 BERJAYA DIADAKAN

 Taklimat
 Cikgu Fadzil menyampaikan taklimat
 Guru menanti kehadiran Tuan Pengurus FELDA
 Tuan GB menyambut kehadiran Pengurus FELDA
 Peneraju senamrobik.....
 Murid ikut serta
 Cikgu Fadzil dengan gaya tersendiri
 Tn Hj Aslam melepaskan murid
 Murid Pra sekolah
 Lelaki tahap 1
 Perempuan tahap 1
 Atas bukit FELDA......
 Dekat Pejabat FELDA
 Meronda........Cikgu Zaik bersama peserta larian
 Daftar tempat untuk pungutan mata
 Selesai tugas......minum air dululah
 Berkumpul nak bagi hadiah
 En Mohamad bin Abdullah ....Pengerusi PEWARIS Pra
 Johan Perempuan Tahap 1
 Pn Rohana bersama pemenang
 En Yusof bersama pemenang
 PK 1 bersama Johan Perempuan tahap 2
 PK1 bersama pemenang perempuan tahap 2
 GB bersama lelaki tahap 2
Majlis bersurai

Pada Khamis 23 Mei 2013,bermula jam 745 pagi,murid mula berkumpul di Dataran Himpun untuk memulakan Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2013.Acara ini dijayakan oleh Unit Kokurikulum di bawah perancangan Pn Dorothy,PK Kokurikulm SKRKTST.SU Sukan Cikgu Mohd Fadzil telah mengumpulkan murid untuk satu sesi taklimat tentang track larian dan peraturan larian kepada hampir 190 orang murid yang terdiri dari murid Pra Sekolah hinggalah ke tahun 6.

Acara dimulakan dengan senamrobik pemanas badan yang diterajui oleh Cikgu Fadzil sendiri.Kemudian murid dibahagikan kepada kumpulan larian iaitu Murid Lelaki tahap 1 dan 2 dan murid perempuan tahap 1 dan 2.Murid Pra sekolah memulakan larian dibawah selian Pn Faridah Razak,Pembantu Pra.

Turut bersama dalam program pagi ini ialah Tuan Pengurus FELDA Seberang Tayor,Tn Hj Mohd Aslam bin Jahanggir Khan yang hadir jam 800 pagi.Kesemua peserta dilepaskan oleh Tuan Pengurus FELDA.

Murid kemudiannnya berlari mengikut track yang dinyatakan yang mana guru pula ditugaskan untuk meronda dan menjaga track larian untuk chek point.

Selesai larian,murid dikumpulkan untuk penyampaian hadiah yang mana bagi murid Pra Sekolah,hadiah disampaikan oleh Pengerusi PEWARIS Pra Sekolah iaitu En Mohamad bin Abdullah.Bagi Perempuan Tahap satu,hadiah disampaikan oleh wakil ibubapa iaitu Pn Rohana bt Hitam,namakala bagi lelaki tahap satu pula oleh En Yusof bin Salleh wakil PIBG.Murid perempuan tahap dua pula disempurnakan penyampaian hadiahnya oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah dan Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda pula menyampaikan hadiah untuk murid lelaki tahap 2.Acara tamat jam 945 pagi.Rumah Hijau mendapat 130 mata,rumah merah 115 mata dan rumah biru 103 mata.


Rabu, 22 Mei 2013

LATIHAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH BERJAYA DIJALANKAN PADA WAKTU PdP PJ

 Murid berlatih merentas desa
 Murid perempuan dilepaskan kemudian
 Berhenti melepaskan keletihan sambil bergambar
 Di hadapan rumah seorang bapa murid bersama Cikgu Zaik dan Cikgu Zita
 Meneruskan larian
 Ada yang dah tiba
 Ada yang masih lagi diperjalanan
Murid gembira....larian berakhir

Pada 22 Mei 2013,Rabu,di bawah Unit Kokurikulum ...murid tahap satu dan dua melibatkan kelas Tahun 6,3 dan 2 telah mengadakan latihan larian merentas desa yang mana latihan ini untuk persediaan pertandingan sebenarnya.

Melalui kawalan Cikgu PJ iaitu Cikgu Zaik dan Cik Noorazita,latihan ini dijalankan pada waktu PdP Pendidikan Jasmani sebagaimana yang dicadangkan oleh JK Pengelola Pertandingan Larian Merentas Desa dalam mesyuarat yang dijalankan.

Murid Tahun 6,tahun 2 dan tahun 3 telah dilatih berlari melalui track yang dicadangkan untuk tahap satu.Masa yang diambil untuk latihan ini ialah 30 minit sahaja.Murid telah berjaya menghabiskan track tahap satu dalam masa 25 minit.Murid kemudiannya diberi peluang untuk minum minuman yang di bawa.

Isnin, 20 Mei 2013

MESYUARAT KHAS MENJAYAKAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013

 Pamplet JK Kejohanan Merentas Desa SKRKTST 2013
 PK Ko Pn Dorothy hadir
 SU Sukan Cikgu Fadzil menampaikan taklimat program
 PK1 Pn Asmarani turut hadir bersama PK Ko/PK HEM
 Guru  lelaki yang hadir
Guru Wanita yang turut hadir

Pada 20 Mei 2013,Isnin,jam 1015 pagi,Unit Kokurikulum di bawah PK Ko Pn Dorothy dengan usahasama SU Sukan Cikgu Fadzil telah mengadakan taklimat ringkas perjalanan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah yang dijangka diadakan pada 23 Mei 2013,Khamis.

Dalam taklimat ini,keputusan yang dicapai alah guru-guru yang dilantik menjadi urusetia sebulat suara menerima tugas yang diamanahkan.Manakala program yang dijalankan termasuk latihan dan program sebenarnya akan ditentukan mengikut kesesuaian dan keadaan pada masa program tersebut hendak dijalankan.Selain itu,latihan yang akan dijalankan adalah mengikut keupayaan murid dan ianya boleh dilakukan oleh murid pada waktu di luar persekolahan.

Antara jemputan yang bakal dijemput ialah YDP PIBG,ajk PIBG dan ibubapa yang berminat untuk turut melihat kejohanan ini.Hadiah pula adalah mengikut yang ditetapkan iaitu pemenang no 1 hingga 10 sahaja bagi setiap kategori.Selain itu,pembahagian markah juga turut ditetapkan dalam mesyuarat ini.Majlis berakhir jam 1045 pagi.


Sambutan Hari Jadi Murid.