Sabtu, 23 Mac 2013

GURU RKT HADIR DALAM MAJLIS SEPETANG BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN DI DEWAN MPK KEMAMAN

 Banner Program
 Pentas VIP
 Tuan Timbalan PPD Kemaman berucap
 VIP yang hadir
 YB Parlimen berucap
 Kalangan guru yang hadir
 Penyampaian sumbangan
Cenderahati...berupa POWER BANK.....buku2 dan mug

Pada Khamis 21 mac 2013,jam 230 petang telah berlangsung majlis Sepetang YB parlimen Kemaman bersama Warga Pendidik di Dewan MPK Kemaman.Dalam majlis ini,semua guru di Daerah Kemaman iaitu seramai hampir 3000 rang telah diminta hadir untuk meraikan pertemuan penuh mesra ini.

Dalam majlis ini,guru-guru dari SKRKT Seberang Tayor tidak ketinggalan hadir sama untuk mendengar ucapan dari YB Ahli Parlimen Kemaman yang banyak menyentuh tentang Kejayaan Terengganu tentang pendidikan yang mana sudah pasti melibatkan usaha gigih guru.Selain itu turut dimaklumkan tentang perancangan kerajaan terhadap 7 inisiatif serta pengharapan YB Ahli Parlimen terhadap komitmen guru untuk memastikan kesenambungan pemerintahan yang ada bagi merealisasikan tranformasi kerajaan melalui tayangan video pendek.

Selain itu ,guru yang hadir juga turut diberi cenderahati berupa POWER BANK,mug dan buku-buku bacaan.Majlis berakhir jam 520 petang dengan jamuan ringan.

Jumaat, 22 Mac 2013

UNIT KURIKULUM ADAKAN PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 BERSAMA GURU MATAPELAJARAN

 Pn Asmarani menyampaikan ucapan aluan
 Pn Norazita dan Cikgu Zaki...guru tahun 6
 Penerangan tentang tujuan perjumpaan
 Cik Zaida...bahagian Siamedia dan Cikgu Saba
 Cikgu Noorazita....
 Bapa dan ibu yang hadir
 Murid tahun 6
 Ibubapa...
 Cikgu Zita membaca program yang diatur untuk Tahun 6
 Antara programnya...
Kalangan yang terlibat dalam program ini

Pada Khamis jam 1100 pagi 21 Mac 2013,Unit Kurikulum telah mengadakan Program Temu Mesra Ibubapa Murid Tahun 6 bersama Pentadbiran dan Guru tahun 6 bertempat di Dewan Sekolah.Program yang bertujuan menemukan ibubapa dengan guru-guru yang terlibat dengan pengajaran matapelajaran tahun turut dihadiri oleh PK1 Pn Asmarani binti Abdullah.

Antara guru tahun 6 yang hadir ialah Cikgu Mohd Zaki bin Ramli,Cikgu Noorazita bt Razali,Cikgu Sabariah bt Daud dan Cikgu Marfazilia.

Dalam pertemuan ini,ibubapa diberi penerangan oleh Cikgu Noorazita bt Razali tentang halatuju dan arah pencapaian sekolah melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan murid tahun 6.Dalam pertemuan ini juga,guru tahun 6 diberi peluang untuk  menyampaikan maklumat dan perancangan yang diatur untuk memastikan kejayaan murid dalam UPSR 2013 ini.Majlis berakhir jam 1230 tengahari. 

PRA SEKOLAH ADAKAN MESYUARAT PEWARIS DAN MAJLIS HARI JADI

 Cikgu Harun mempengerusikan mesyuarat
 Kalangan kaum ibu yang hadir
 Juadah yang disediakan
 Berminat....mendengar penerangan tentang PEWARIS
 Mencatat maklumat 
 Pembantu Pra...Pn Rafidah
 PK1...Pn Asmarani hadir sama
Mesyuarat selesai

Pada hari Khamis jam 10.00 pagi,21 Mac 2013 bertempat di Pra Sekolah,Unit Kurikulum di bawah pentadbiran PK1 Pn Asmarani bt Abdullah  telah mengadakan Mesyuarat  Agung PEWARIS yang mana dalam mesyuarat ini ibubapa murid Pra Sekolah telah diberi penerangan tentang PEWARIS dan perlantikan Jawatankuasa PEWARIS bagi tahun 2013.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah serta Guru Pra Sekolah Cikgu Harun bin Salleh dan Pembantu Pra Sekolah Pn Rafidah.Bersempena mesyuarat Agung PEWARIS ini juga telah didakan majlis jamuan sambutan Hari Jadi murid Pra Sekolah.Majlis berakhir dengan jamuan ringan diantara Ibubapa dan murid Pra Sekolah serta guru-guru yang dijemut meraikan majlis hari jadi .

Isnin, 18 Mac 2013

RKT HANTAR PESERTA PERBARISAN SUKAN MSST KEMAMAN 2013


Murid RKT ikut berbaris


Guru pengiring Pn Suryani dan Pn Noorazita

Moskot RKT...burung MERAK Kayangan

Guru mengiringi murid

Murid..siap bertrek sut dan berkacamata hitam

Papantanda RKT

Antara yang ..Aiman ,AIDIB dan Aiman

Pada 17 Mac 2013 Ahab bertempat di padang SMk Sultan Ismail,telah berlangsung sukan daerah Kemaman.RKT telah menghantar 16 orang peserta untuk menyertai perbarisan perasmian sukan Daerah.Majlis yang dirasmikan oleh Tn Hj Rosali bin Taha ini turut dihadiri oleh PK Kokurikulum RMT Pn Dorothy bagi mewakili tuan guru besar SK RKT ST yang berkursus di IAB.

Peserta perbarisan ini telah dihantar oleh Pn Norazita ,Pn Wan Suryani dan Cikgu Mohd Zaki.Perbarisan bermula jam 200 petang turut disertai oleh banyak sekolah yang menyertai temasya sukan tahun ini.


Khamis, 14 Mac 2013

TAKLIMAT GB DAN PK BERKAITAN HAL SEMASA

 Guru yang hadir
 Guru wanita....Lia,Wina,Saba,Zita dan Sal 
 Zimah,Ifa dan Nab....
 PK1 bersama GB dan PK HEM
 GB sampaikan taklimat
 PK HEM memberi taklimat
Agaknya PK Ko mencatat isu yang ditaklimatkan oleh GB
Cikgu Zaik......

Pada 14 Mac 2013,Khamis jam 120 petang hingga 245 petang,GB bersama PK telah mengadakan taklimat berkaitan isu semasa bagi penambahbaikkan kerja buat guru di sekolah.Taklimat yang diberikan adalah susulan daripada lawatan Muhibbah ahli rombongan dari PPD Kemaman.

Dalam taklimat ini,Tuan GB telah melahirkan harapan untuk guru membuat tindakan susulan yang perlu di dahulukan bagi memberi respon berkaitan lawatan PPD Kemaman.Selain itu PK1 Pn Asmarani turut memberi taklimat berkaitan dengan pengurusan pentadbiran manakala PK HEM En Mohd Asri pula memberi garispanduan dalam taklimatnya untuk tindakan guru dalam urusan HEM.PK Ko Pn Dorothy pula melahirkan pengharapan agar urusan berkaitan Kokurikulum sentiasa menjadi perhatian kepada guru yang terlibat.Majlis berakhir jam 245 petang.

TAHNIAH...RKT JADI NAIB JUARA BOLASEPAK PKG CHENEH 2013


Pok Ngah Hussin beri nasihat masa pemain berehat

Cikgu Fadzil dan Ustaz Fakrul bersama pemain

Cukgu Zaik bersama pemain RKT

RKT Merah dan Cerul Kuning

Pemain simpanan

Berbaris tunggu nak ambil hadiah medal

Afham...Bek Kanan yang GAGAH

Bek kiri......

Dapat Medal Perak.....

Kami Naib Juara....


Bersama Cikgu Zaik.....

Merasai kemenangan....

Pada 13 Mac 2013,Rabu di Padang SK Felda Cerul,pasukan bolasepak bawah 12 tahun RKT telah melakar sejarah setelah kemarau 4 tahun lalu dengan berpeluang menjadi wakil PKG Cheneh ke Peringkat Daerah Kemaman apabila RKT menjadi  Naib Juara.

Dalam perlawanan separuh akhir,RKT yang dilatih oleh Cikgu Zaik dan Cikgu Fakrul telah mengatur strategi dengan memastikan scorer SK Ayer Puteh dikawal rapi.Pasukan RKT yang bertemu dengan pasukan dari SK Ayer Puteh dan dalam perlawanan tersebut,RKT telah dapat kemenangan dengan jaringan 2-0.Dengan kemenangan itu,RKT telah berpeluang untuk ke peringkat akhir.Turut bersama memberi sokongan pada petang ini ialah jurulatih teknikal iaitu Cikgu Fadzil dan Motivator Pasukan RKT iaitu Pak Ngah Hussin.

Pada peringkat akhir,RKT telah bertemu dengan pasukan dari SK Felda Cerul dan RKT telah dikalahkan dengan jaringan 3-0.Dengan itu,RKT telah dinobatkan sebagai Naib Juara,SK Ayer Puteh tempat ketiga,SK Sg Pergam temat keempat dan SK Felda Cerul sebagai JUARA tahun 2013 ini.

Sambutan Hari Jadi Murid.