Selasa, 26 Februari 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 27,2013 DIRASMIKAN OLEH YB TN HJ WAN ABDUL HAKIM

Banner PIBG
Petugas pendaftaran dan JK jamuan Ibubapa
YB berbual dengan JK PIBG sambil diperhatikan oleh Tuan GB 
Ibubapa mendaftar diri
YB bersama dif jemputan
Kaum ibu......
Kaum bapa.....tak ramai kali ini
Barisan hadapan....dif
Doa...oleh Ustaz Harun
YDP PIBG berucap
Dibelakang tabir...Pengacara majlis...Cikgu Zaki
Pembantu media.....Cik Zaida
Pencatat minit...Zita dan Marfa
Petugas am....Zul,CW dan Dil
 Ucapan Perasmian...YB ADUN Ayer Puteh
 YB menerima sumbangan cenderamata dari PIBG
 En Wahab...terima hadiah cabutan bertuah
 Hadiah cabutan bertuah
 Ucapan penangguhan oleh Tuan GB
Majlis berakhir......YDP,GB dan SU PIBG

Pada 26 Feb 2013,Selasa jam 300 petang,PIBG sekolah ini telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang ke 27 yang telah dirasmikan oleh YB ADUN Ayer Puteh,Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.YB telah disambut oleg YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali ,Guru Besar SKRKT En Nor Azmi bin Muda serta dif yang hadir.Turut hadir ialah wakil PPD Kemaman,Pengurus FELDA Seberang Tayor Tn Hj Aslam  bin Jahangir Khan,Pengetua Sekolah Agama Rakyat Tn Hj Yaakod@Ramli bin Yusof.

Majlis yang dijuruacarakan oleh Cikgu Mohd Zaki bin Ramli ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Harun Salleh diikuti oleh persembahan tarian oleh murid Tahun 4.Majlis kemudian disusuli pula dengan ucapan YDP PIBG,Guru Besar SKRKT dan Wakil PPD sebelum disempurnakan perasniannya oleh YB ADUN Ayer Puteh.

Seramai 87 orang kaum ibu yang hadir,17 kaum bapa dan 20 orang guru telah hadir menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG selain dari 6 orang dif jemputan.Majlis juga turut diceriakan dengan cabutan bertuah dimana hadiahnya sebanyak 30 hamper adalah sumbangan dari Pejabat Parlimen BN Kemaman  dan 5 hamper oleh PIBG sendiri.

Dalam majlis ini juga,semua AJK telah dikekalkan manakala majlis juga bersetuju untuk menentukan bayaran PIBG sebanyak RM20 untuk satu keluarga bagi sesi 2013/2014.Majlis berakhir jam 500 petang.


Ahad, 24 Februari 2013

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG MENTOO MENTEE DIRASMIKAN WAKIL PPD KEMAMAN DI RKT


Banting Program
 Suasana tenang...murid menunggu ketibaan wakil PPD Kemaman
 Pengawas beratur untuk memulakan program
 Tuan GB bersama Wakil PPD dan wakil PIBG
 Guru wanita bersiap sedia untuk pelaancaran program
 Ustaz CW Fakhrul membaca doa
 Tuan GB menyampaikan ucapan aluan

 Pamplet program
 En Abu Hurairah bin Abu Bakar,wakil PPD Kemaman menyampaikan ucapan perasmian
 Gimik pelancaran...memotong banting
 Tuan GB mengiringi wakil PPD 
 Selesai gimik perasmian
 Pn Salamiah menerima fail mentor dari wakil PPD Kemaman

 Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada En Abu Hurairah

Bergambar beramai-ramai selesai majlis

Pada 24 Feb 2013,Ahad jam 745 pagi,Unit HEM SKRKTST telah mengadakan majlis pelancaran Program Amalan Guru Penyayang untuk Mentoo dan Mentee.Dalam majlis ini,ianya telah dirasmikan oleh wakil PPD Kemaman,En Abu Hurairah bin Abu Bakar.Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil PIBG iaitu YM Tg Mustafa bin Tg  Jaafar.

Majlis pada pagi ini telah dipengerusikan oleh Pn Nornazifa bt Abd Aziz.Antara program hari ini ialah murid menyanyikan lagu Negaraku,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz CW Fakhrul Anuar bin CW Abd Ghani.Kemudian,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda pula menyampaikan ucapan diikuti oleh ucapan perasmian oleh En Abu Hurairah bin Abu Bakar.

Majlis kemudiannya diikuti dengan gimik pelancaran program apabila wakil PPD memotong reben banting sambil disaksikan oleh Tuan GB,Guru-guru Penolong Kanan,wakil PIBG serta semua guru dan murid.Kemudian guru-guru diberikan senarai nama mentee dan sebuah fail tanda penerimaan program ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Tuan Guru Besar kepada wakil PPD Kemaman.Majlis berakhir jam 845 pagi.

En Abu Hurairah kemudian bersama Tuan Guru Besar mengambil peluang bergambar bersama guru-guru di hadapan banting program.

Rabu, 20 Februari 2013

PROGRAM BACAAN YASSIN SETIAP PAGI MURID TAHUN 6 BERJALAN TERUS DI RKT






Pada 2013 ini,Panitia Agama Islam bersama Unit Kurikulum telah menggerakkan Program Bacaan Yassin yang melibatkan murid tahun 6.Amalam membaca Yassin ini dimulakan seawal jam 710 minit pagi yang mana ianya diselia oleh Guru Agama sekolah ini.

Pada 18 Feb 2013,penulis sempat merakamkan perjalanan program ini yang di ketuai oleh Adik Saifullah bin setapa manakala guru agama yang bertugas sebagai penyelia ialah Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.Semoga amalan ini akan memberi kelapangan dada kepada murid tahun 6 untuk mnghadapi peperiksaan UPSR 2013 ini.

GURU DAN KAKITANGAN RKT 2013
















Sambutan Hari Jadi Murid.