Rabu, 21 November 2012

KETUA PEMUDA UMNO BHG KEMAMAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MURID RKT BERJAYA DALAM UPSR 2012



Saudara Hisham menyampaikan sumbangan kepada Mahadi di rumahnya

Ketua Pemuda UMNO Bhg Kemaman bersama AJK bersama Siti Aisyah  yang berjaya dalam UPSR 5A 2012

Sebagaimana yang dijanjikan kepada penulis,Ketua Pemuda UMNO Bhg Kemaman Saudara Hisham Zubir bersama AJK Pemuda UMNO iaitu Saudara Sofian Hassan,Saudara Zulkifli Sulong dan beberapa orang lagi telah turun padang ke RKT untuk menemui murid yang berjaya dalam UPSR tahun ini.Waalaupun jadual yang padat,namun KP UMNO Bhg Kemaman ini  dapat luangkan masa semata-mata untuk turut menghargai kejayaan murid dalam peperiksaan UPSR.

Pada 19 Nov 2012,jam 1145 pagi,kehadiran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman ke rumah Siti Aisyah bt Kamaruzzam dan ke rumah Mahadi bin Mustafa membuatkan kegembiraan pelajar ini atas kejayaan 5A UPSR lebih lagi dirasai kerana ianya dihargai oleh Pemimpin UMNO.Penulis ucapkan terima kasih kepada KP dan ahli rombongan walaupun tidak sempat bersama di sekolah untuk majlis penyerahan slip,namun Janji Ditepati apabila dengan RELA hati turun ke rumah murid menyerahkan sumbangan.

Selasa, 20 November 2012

UPSR 2012: RKT LAHIRKAN 5 ORANG MURID DAPAT 5A

 Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan aluan Majlis Pengumuman Keputusan UPSR peringkat Sekolah
 Murid dan ibubapa yang hadir
 Siti Aisyah Kamaruzzaman...mendapat 5A
 Luqman harith azzamuddin bin Jamaluddin...5A
 Mohd Amirul Mahzar b Zulkifli...5A
 Murid menerima slip keputusan
 PK1 Pn Asmarani menyempurnakan penyerahan slip UPSR kepada semua murid
 Pn Sala,Pn Zita dan Pn Saba...guru tahun 6 2012
3 dari 5 murid yang dapat 5A

Pada 19 Nov 2012,Isnin jam 1030 pagi,sekolah ini turut mengadakan majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan peperiksan UPSR 2012.Seramai 5 orang murid sekolah ini telah berjaya mendapat 5A.Murid tersebut ialah Luqman Harith Azzamuddin bin Jamaluddin,Mohd Amirul Mahzar bin Zulkifli,Siti Aisyah bt Kamariuzzaman,Mohd Alif Aiman bin Roslan dan Mahadi Mustafa.

Manakala yang mendapat 4 A pula ialah seramai 2 orang dan 3A pula ialah 2 orang.Majlis penyerahan slip ini diadakan di dewan sekolah yang mana slip keputusan yelah disampaikan oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid,PK Ko Pn Dorothy serta guru tahun 6.

Dalam majlis ini juga PIBG telah menyumbangkan sumbangan sebanyak 680 ringgit kepada semua yang mendapat A dalam semua subjek.Peratus kelulusan tahun ini ialah 77.50 peratus dengan GPS sebanyak 2.10.Kepada semua murid penulis ucapkan syabas dan teruskan perjuangan dalam mencari ilmu ke arah kejayaan.

Jumaat, 9 November 2012

AMANAT TERAKHIR UNTUK MURID TAHUN 6: SEMUA GURU TAHUN 6 ADA BERSAMA

 SU UPSR Cikgu Razali.....menyelaras program
 Ustaz Fakhrul...bagi ucapan
 Majlis secara santai......
 Murid tahun 6....
 GB sampaikan hadiah
 Cikgu Razali menerima hadiah.....
 Uztaz Zul.....
PK1 menyampaikan sumbangan kepada GB

Pada 8 Nov 2012,hari terakhir persekolah untuk murid tahun walaupun secara tidak rasminya pada 19 Nov nanti,SU Peperiksaan UPSR Cikgu Razali telah mengadakan Majlis Aamanat Terakhir guru-guru yang mengajar tahun 6 kepada murid tahun 6.Majlis yang dijalankan secara santai ini bertujuan memberi nasihat dan panduan serta ingatan kepada murid tahun 6.Antara guru tahun 6 yang hadir ialah Pn Nornazifa,Pn Masliza,Pn Sabariah,Pn Noorazita,Ustaz Zulkifli dan Ustaz Fakhrul,Cikgu Fadzil,Ustazah Zainab dan Ustazah Siti Sara serta Pn Salamiah.

Turut serta hadir ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah dan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong.Dalam majlis ini,jasa guru tahun 6 dihargai degan pemberian sumbangan serta murid juga diberikan cenderahati sebagai tanda ingatan.Majlis yang bermula jam 930 pagi berakhir jam 1045 pagi.

PERSIAPAN HADAPI BANJIR: PERABOT DINAIKKAN.....

 Perabot dalam Makmal sains.....
 Kerusi dinaikkan....
 Kerusi meja dalam bilik darjah
 Diatur disudut belakang
 Dalam makmal komputer
Ditindih sebaik mungkin......

Pada 8 Nov 2012,Khamis hari terakhir persekolahan,guru dan murid begitu sibuk degan pelbagai persiapan terakhir termasuklah mengemas bilik darjah dan bilik khRKT yang terletak di kawasan mudah banjir sememangnya setiap akhir tahun kerja menyusun perabot dilakukan bagi memastikan ianya tidak ditenggelami banjir.Namun.....sebagahian perabot pula terpaksa dijadikan korban banjir....diletakkan di bawah......yang pasti....usaha telah dilakukan.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012 SKRKTST TETAP MERIAH

 Banner.....program
 Hadiah...termasuk sumbangan dari Wanita UMNO Bahagian
 Pn Sala dan Pn Zainab...urus hadiah
 Para VIP dan pentadbir sekolah
 Unit Pendaftaran......
 Ucapan aluan Guru Besar
 Kalangan ibu yang hadir
 Menunggu masa untuk hadiah diagihkan.....
 Juruteknik dan juru acara
 Geng tarian tahun 3
 Pengurus FELDA merasmikan program....
 Penyelaras murid
 Terima kasih kerana merasmikan program.....
 Tarian tahun 3
 Penyampai...Pn Zaimah Awang
 Penyampaian ...En Yusof bin Mat Ali
 Juru acara...kemas.......
 Persembahan murid tahun 1...terima kasih guru
 Penyampai...Pengetua SAR
 Penyampai...Guru Besar
 Persembahan ...murid Tahun 4
 Tokoh Murid 2012....Luqman Harith azzamuddin...anak Cikgu Noorazita
 EIO Ebook...terima hamper cabutan bertuah
Jamuan......

Pada 6 Nov 2012 Selasa bermula jam 800 pagi,sekolah ini telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan SKRKTST 2012 serta penyampaian hadiah SKAR Felda Seberang Tayor.Ini merupakan julungkali RKT bersama Sekolah Agama Rakyat mengadakan hari penyampaian hadiah secara bersama.

Majlis yang bermula dengan pendaftaran ibubapa pada pukul 745 pagi ini turut menyediakan cabutan nombor bertuah sumbangan hamper dari Wanita UMNO Bahagian Kemaman.Seramai 131 orang yang terdiri dari ibubapa,guru dan pekerja mendaftar sebagai hadirin dalam majlis ini.

Majlis pada hari ini dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Aslam bin Jahangir Khan,Pengurus FELDA Seberang Tayor.Turut hadir dan memberi ucapan ialah Pengetua SK Agama Rakyat,Tn Hj Ramli dan YDP PIBG SKRKTST En Yusof bin Mat Ali.

Majlis didahului dengan ucapan Tuan Guru Besar En Mohd Saidi Embong dan diakhiri dengan ucapan perasmian sebelum hadiri dipersembahkan dengan tarian oleh murid tahun 3.Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dibawah kelolaan Unit Kokurikulum bersama dengan Kedai Sekolah ini menyediakan pelbagai hadiah mengikut kategori yang telah ditetapkan.Antaranya ialah kategori kedudukan terbaik dalam kelas,Cemerlang 6A-3A matapelajaran,Cemerlang Sahsiah,Ketua dan Penolong Kelas,Cemerlang Kokurikulum dan lain-lain lagi.

Hadiah kecemerlangan disampaikan oleh Timbalan YDP PIBG Pn Zaimah Awang,Tuan Guru besar,YDP PIBG,Pengetua SKAR dan Pengurus Felda dengan diiringi oleh PK Pentadbiran Pn Asmarani bt Abdullah,Pn Dorothy PK Kokurikulum dan En Mohd Asri bin Abd Rashid PK HEM.

Majlis dijuruacarakan oleh Cikgu Mohd Zaki bin Ramli dan Cikgu Nornafiza bt Ab Aziz manakala juruteknik ialah En Ahmad Lopti A Rashid EIO Ebook sekolah.

Majlis berakhir jam 1230 tengahari dan jamuan ringan disediakan oleh Unit Ko untuk tenaga kerja yang menjayakan program serta VIP.

Rabu, 7 November 2012

UPSR DIUMUMKAN PADA 19 NOV 2012


KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Isnin, 5 November 2012

GURU RKT BERSAMA GURU DARI KEMAMAN DISIARKAN DALAM SINAR HARIAN MASA TERIMA LAPTOP

 Keratan akhbar pada 4 Nov 2012 dalam Sinar Harian
 Dari kiri Cikgu Mat Zain,Mat Nor,Mat Zaik,Mat Zor dan Khairuddin
 Gaambar semasa program terima laptop dari YAB MB
Akhbar Sinar Harian.....

Pada 4 Nov 2012,akhbar Sinar Harian telah menyiarkan gambar Guru RKT iaitu Cikgu Mat Zaik bersama rakan guru dari Daerah Kemaman yang terdiri dari Cikgu Mat Zain,Mat Nor,Mat Zor dan Khairuddin  yang menyaksikan isikandungan laptop yang baru diterima . 

Terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Terengganu atas sumbangan laptop  kepada guru tahun 5 sekolah Terengganu pada tahun 2012 ini.


Sambutan Hari Jadi Murid.