Selasa, 30 Oktober 2012

KEM MEMBACA 1MALAYSIA : RKT TURUT SERTA ADAKAN















Bermula 21 Okt hingga 24 Okt 2012,sekolah ini turut serta menjayakan Program Kem Membaca 1Malaysia {KM1M 2012}.Program ini dimulakan pada hari Ahad dengan mengadakan majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong.Dalam majlis ini juga telah diadakan program memperkenalkan buku baru untuk dibaca kepada murid.Sebanyak hampir 50 buah buku baru pelbagai tajuk dan jenis telah diperkenalkan kepada murid.Murid diminta menyebut jodol buku yang dipamerkan untuk memenangi hadiah.Selain itu turut diadakan ialah program Membaca Buku Cerita bersama Guru Besar yang mana Guru Besar membaca buku cerita untuk didengar oleh semua murid.

Pada hari Isnin,22 Okt 2012 pula telah diadakan program 10 minit murid membaca buku di dalam kelas.Semua murid bersama guru kelas berada dalam keadaan senyap membaca buku selama 10 minit.

Pada 23 Okt 2012 Selasa  turut diadakan ialah mengumpul bahan bacaan yang tidak lagi terpakai untuk dikitar semula.Bahan yang tidak dipakai di rumah di bawa ke sekolah untuk dikumpulkan.Antara bahan bacaan itu ialah majalah,buku lama,surat khabatr dan buku tulis terpakai. Selain itu diadakan program jejak maklumat dengan meneka jumlah muka surat bagi 3 buah buku yang dipamerkan untuk murid membuat tekaan

Pada 24 Oktober Rabu pula. diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

 



MURID TAHUN 6 DIDEDAHKAN MAKLUMAT KE SM AYER PUTIH

 Wakil dari SM Ayer Puteh menyampaikan taklimat
 Kalangan murid yang mendengar taklimat
 PK HEM bersama Tn Hj Zulkifli, dari SM Ayer Puteh
 Murid mendengar taklimat
 PK HEM bersama murid
Taklimat sedang disampaikan

Pada 29 Okt 2012,Isnin ,Unit HEM di bawah kelolaan En Mohd Asri bersama Unit HEM SM Ayer Puteh  telah mengadakan priogram penerangan ke sekolah menengah.Bermula jam 1045 pagi,seramai 40 orang murid tahun 6 telah didedahkan maklumat untuk memudahkan mereka melangkahkan kaki ke SM Ayer Puteh.Dalam majlis ini,murid tahun enam diberikan maklumat yang terperinci persediaan yang perlu dibuat untuk melanjutkan pelajaran menengah mereka di SM Ayer Puteh.

Turut serta bersama dalam program ini ialah guru tahun 6 iaitu Cikgu Noorazita Razali dan Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin.PK HEM En Mohd Asri turut berada bersama murid mendengar takjlimat yang disampaikan oleh Tn Hj Zulkifli bersama guru dari SM Ayer Puteh.

UNIT KO ANJUR KEM SEHARI DAN SUKANEKA 1S1M

 Banner Program
 Perbarisan unit beruniform
 Bersedia untuk kawad
 TKRS berkawad
 Ustaz Fakro dengan sukaneka kereta mainan
 Murid Pra  bersedia untuk baling bola
 Tahun tiga balingan dart
 TKRS membina gajet
 TKRS masakan
 Gubahan
 Pengadil rasa masakan murid
 PK1 menyampaikan hadiah
 PK Ko menyampakan hadiah kepada pemenang
PK HEm menyerahkan hadiah

Pada 24 OKT 2012,Rabu bermula jam 800 pagi,Unit Ko diterajui oleh PKKo Pn Dorothy telah mengadakan Temasya Kem Sehari Unit Beruniform dan Sukaneka thp 1 di bawah Satu Sukan Satu Murid.Program bermula dengan perbarisan unit beruniform dengan nyanyian lagu negaraku.Kemudian diikuti dengan pertandingan kawad,pertandingan masakan,pertandingan mendirikan khemah dan pertandingan gubahan serta pertandingan membina gajet.

Bagi tahap satu pula,diadakan temasya sukaneka 4 stesyen yang terdiri dari murid tahun 3,2,1 dan pra.
Hadiah pemenang telah disampaikan oleh PK 1 Pn Asmarani,PK Ko Pn Dorothy dan PK HEM En Mohd Asri.Majlis berakhir jam 1230 tengahari.

PEGAWAI PKG CHENEH HADIR KE SK RKT UNTUK PEMANTAUAN

 En Rafhan dan kakitangan PKG bersama Tuan Guru Besar

 Mendaftar nama dalam buku lawatan
 En Rafhan menyiapkan  tugasan
GPM Cikgu Zaik bersama En Rafhan...berbincang tentang PSS

Pada 22 Okt 2012 Isnin,PEgawai Teknologi Pendidikan PKG Cheneh En Ahmad Rafhan bersama dua orang kakitangan PKG telah hadir untuk meninjau PSS SKRKT Seberang Tayor.Pegawai PKG telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong dan berbincang tentang PSS sekolah ini.

Selain itu Pegawai PKG juga telah mengadakan perbincangan dengan GPM sekolah ini iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof berkaitan dengan tadbirurus PSS selain dari membuat pemantauan PSS.lawatan Pegawai PKG yang bermula jam 900 pagi berakhir jam 1010 pagi.


PENTAS PERHIMPUNAN TERIMA SUMBANGAN PASIR DARI EN BAHAROM SAID

 Tapak pentas perhimpunan
Kerangkanya hampir siap
 Lori bawa pasir....
 Pasir untuk di letakkan dalam petak pentas perhimpunan
 PK HEm En Asri bersama meninjau kerja mencurahkan pasir
Selesai pasir dicurahkan

Pada 29 Okt 2012,Isnin,sebagaimana yang dijanjikan AJK PIBG En Baharom bin Said telah bermurah hari menyumbang satu lori pasir kotor untuk dicurahkan di dalam pentas perhimpunan bagi membolehkan kerja-kerja menyiminkan pentas tersebut dijalankan.

Turut serta hadir meninjau kerja-kerja mencurahkan pasir ialah PK HEm En Mohd Asri bin Abd Rashid bersama beberapa orang guru dan pekerja swasta sekolah.Penulis bagi pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha sumbangan murni En Baharom membantu mempercepatkan kerja pembinaan pentas perhimpunan ini.

SERAMAI 5 ORANG GURU TAHUN 5 RKT TERIMA LAPTOP


 Pamplet Majlis Pengagihan
 PK Ko SK Pusat Cikgu Rahim,Cikgu Zaik dan Cikgu Zaki
 PK Ko RKT Pn Dorothy bersama PK1 {dari belakang}
 Suasana majlis
EIO RKT Lotfi.....mengambil pendaftaran

30 Okt 2012 Selasa,5 orang guru tahun 5 RKT telah hadir kr Stadium Negeri untuk menerima Laptop sumbangan kerajaan Negeri Terengganu.Guru tahun 5 yang terlibat dengan penerimaan lapotop ini ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid,PK Ko Pn Dorothy,Cikgu Zaki dan Cikgu Zaik.

Majlis bermla dengan pendaftaran kehadiran ada pukul 830 pagi hingga 930 pagi dan diikuti dengan ucapan Tuan engarah Pelajaran Negeri serta Ucapan Perasmian oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu.Majlis kemudian diikuti dengan penyerahan laptop kepada guru yang terlibat. 

Sunday, 23 October 2011


2,642 orang Guru UPSR Terengganu Terima Laptop

KUALA TERENGGANU - Pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Justeru pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan agar guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa berupaya membina tamadun dan mampu bersaing. Beliau berharap melalui pembudayaan ICT di kalangan pendidik dan pelajar ianya mampu mengubah cara berfikir dan budaya landskap pendidikan negeri ini.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Laptop kepada Guru-Guru UPSR Terengganu di Wisma Darul Iman pagi tadi. Seramai 2,642 orang Guru UPSR Terengganu menerima laptop daripada Menteri Besar Terengganu yang bernilai hampir RM3.7 juta. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri, Exco dan Timbalan Exco Pelajaran Negeri Terengganu, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri serta Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri.

Tiga tahun yang lepas kerajaan negeri telah memperkenalkan e-book kepada murid-murid tahun 6. Biarpun terdapat pandangan dan tohmahan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Haji Ahmad bin Said secara konsisten meneruskan program berkenaan dan di jangka menjelang akhir tahun ini sebanyak hampir seratus ribu e-book diagihkan kepada pelajar. Keyakinan kerajaan terhadap peri mustahaknya penguasaan ICT maka sistem pembelajaran kelas maya telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah di negeri ini dan bakal diperluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri pada tahun depan.

Sesungguhnya warga pendidik dan pelajar negeri ini amat bertuah berbanding dengan negeri lain kerana keperihatinan dan kecaknaan sebegitu rupa daripada kerajaan dan pimpinan negeri Terengganu. Pelaburan besar ini mestilah dibayar dengan keupayaan untuk terus cemerlang dan terbilang dalam pendidikan di negara ini. Terengganu mesti mampu melahirkan tenaga manusia yang berkompetensi dari segi ilmu, kemahiran dan nilai. Tugas besar ini diamanahkan kepada pendidik sebagai arkitek bangsa agar hasrat kerajaan negeri menjadikan "Terengganu Negeri Anjung ilmu" akan menjadi kenyataan. Kita amat yakin guru Terengganu amat tahu bersyukur dengan menterjemahkan rasa syukur ini menunaikan amanah mendidik dengan penuh keinsafan dan penuh iltizam.

Petikan daripada Blog Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Sambutan Hari Jadi Murid.