Selasa, 28 Ogos 2012

RKT PAMERKAN BANNER PEMBERI SEMANGAT PELAJAR UPSR

 Dapat dilihat di hadapan sekolah
 Pemberi semangat......untuk murid UPSR
Banner dari Jabatan bersama Kerajaan Terengganu

Pada 27 Ogos 2012,penulis sempat merakamkan banner UPSR yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri melalui jabatan yang telah dipamerkan oleh pihak Unit Kurikulum Sekolah.Banner yang diterima oleh SU UPSR,Cikgu Razali ini di pamerkan untuk memberi semangat kepada 40 orang murid UPSR menghadapi UPSR tahun 2012 ini.

Penulis bagi pihak sekolah merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Jabatan dan Kerajaan Terengganu atas sumbangan banner yang mana ianya wajar diketahui oleh masyarakat  terutama ibubapa murid bahawa kecaknaan Kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu yang mengambil berat dalam dalam soal pendidikan anak-anak Terengganu.

MESYUARAT KHAS BINCANG MERDEKARAYA DAN PROGRAM 8 SEPT

Pada 27 Ogos 2012,Isnin jam 120 tengahari telah diadakan satu taklimat khas berkaitan sambutan Merdekaraya dan program 8 September 2012 di perpustakaan sekolah.Taklimat khas ini telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong.Dalam ucapan ringkas beliau mencadangkan beberapa penambahbaikan berkaitan panitia MP utama yang perlu diambil perhatian untuk dilaksanakan.

Bagi taklimat Merdekaraya,ianya disampaikan oleh PK Kokurikulum Pn Dorothy yang mana program ini akan disambut pada Khamis 30 Ogos 2012.Manakala bagi Program 8 Sept 2012,ianya disampaikan oleh PK HEm Cikgu Mohd Asri bin Abd Rashid berkaitan dengan program Solat hajat UPSR dan Program Gotong Royong Tandas dan pagar sekolah.Selain itu satu surat pekeliling { SPI } berkaitan keselamatan murid disekolah turut dimaklumkan untuk pengetahuan semua warga sekolah.

Manakala Pn Asmarani Abdullah,PK1 pula menyampaikan panduan ringkas berkaitan pencerapan dan penghantaran buku murid kepada pihak pentadbiran.Taklimat berakhir jam 300 petang.

Ahad, 26 Ogos 2012

PK HEM BERI TAKLIMAT BUKU PENGAWASAN KAWALAN KELAS

 Pengawas dan Ketua kelas yang terlibat
 PK HEM sedang memberi penerangan
Murid mendengar dengan teliti

Pada 26 Ogos 2012,Ahad,Unit HEM telah memperkenalkan buku Pengawalan Kelas untuk digunapakai di kelas bagi memudahkan pengawalan pergerakan murid serta mendapatkan maklumat kehadiran.PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid  telah mengadakan taklimat ringkas kepada Pengawas dan semua Ketua Kelas bagaimana cara menguruskan proses pengidian maklumat yang perlu ditulis setiap hari di dalam buku tersebut.


Isnin, 13 Ogos 2012

KEHADIRAN HAKIM PERTANDINGAN 3K DAERAH KEMAMAN DISAMBUT MESRA DI RKT

 Ketibaan panel hakim di Pejabat Sekolah
 PK HEM dan PK1 bersama panel hakim
Setelah selesai membuat tinjauan...

Pada 13 Ogos 2012,Isnin jam 930 pagi,sekolah ini telah dikunjungi oleh 4 orang Hakim Program Pendidikan Kebersihan Daerah Kemaman yang terdiri dari Tn Hj Mohd Nor bin Besar,Tn Hj Zulkifli bin Abd Ghani,YM Megat Azizul bin Megat Ayob dan En Mohd Zahidin bin Hassan.

Kehadiran 4 orang hakim ini telah disambut mesra oleh PK 1 Pn Asmarani bin Abdullah dan En Mohd Asri bin Abd Rashid,PK HEM dan diberi taklimat tentang tujuan lawatan ke sekolah hari ini.Hakim kemudian meninjau kawasan sekolah untuk dibuat penilaian.

PK HEM sempat beramah mesra dan berbincang sebelum mengiringi kesemua hakim untuk bertolak ke destinasi lain pula.


Selasa, 7 Ogos 2012

MURID RKT HADAPI UJIAN PERCUBAAN UPSR DAN OTI4 SERENTAK


Ustazah Suriani dan ustazah Siti Sara....bertugas di bilik Tahun 6
Murid Tahun 6
Menjawab soalan....
Pandangan dari kelas belakang....tahun 6
Murid tahun 6 meneliti soalan...
Suasana dalam kelas
Kelas Tahun 5....
Kelas Tahun 4

Pada 7 Ogos 2012,Selasa telah bermula Ujian Percubaan UPSR bagi seluruh muriud tahun 6 sekolah-sekolah Terengganu.SKRKTST juga terlibat sama yang mana seramai 40 oarng murid UPSR Tahun 6 menghadapi Ujian Percubaan UPSR ini.

Manakala bagi murid tahun 3,4 dan 5 pula,mereka akan menghadapi ujian OTI4 melibatkan matapelajaran asas.Peperiksaan ini bermula Selasa 7 Ogos dan berakhir 9 Ogos Rabu.














Isnin, 6 Ogos 2012

SELAMAT HARI NUZUL AL-QURAN 1433 DIUCAPKAN KEPADA WARGA RKT DAN PEMBACA BLOG INI



Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5

Penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al Quran  dan Bercuti pada hari sambutannya buat warga RKT dan semua pembaca blog ini.

Ahad, 5 Ogos 2012

PENGISIAN ONLINE SSQS DI RKT MULA DIJALANKAN OLEH GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA.

 GPM menyemak borang yang diserahkan semula
 Memasukkan data secara online
 Dibantu oleh murid yang berkebolehan menggunakan komputer
Sedang memasukkan data...
 
Pada 5 Ogos 2012,Guru Media dan Perpustakaan SKRKTST mula mengisi secara online Penarafan Tahap Bestari Sekolah SSQS yang mana borangnya telah mula diedarkan kepada guru-guru bermula 1 Ogos yang lalu.

Setelah mendapat semula borang yang diserahkan kepada guru,kerja-kerja memberi nombor tagging dilakukan oleh GPM bagi memudahkan pengisian online dijalankan meliputi pemberian nombor tag bagi guru dan murid.

Seramai 62 responden telah dikenalpasti untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan diisi pula secara online oleh GPM bersama 2 murid dari Kelab Komputer bagi membantu mempercepatkan proses pengisian secara online.Responden ini terdiri dari 30 orang guru bagi mewakili subjek yang telah ditetapkan bersama dengan pemilihan murid seramai 30 orang,manakala 2 lagi ialah pihak pentadbir dan GPM sendiri.




KUNJUNGAN PEGAWAI DARI PPD UNTUK MEMBERI SEMANGAT KEPADA MURID TAHUN 6 MENGHADAPI UJIAN PERCUBAAN UPSR

 Tuan Guru Besar menyampaikan kata aluan
 En Abdul Ghani bin Samad,Pegawai dari PPD Kemaman
 PK Kurikulum Pn Asmarani Abdullah hadir sama
 Tuan Guru Besar mempersilakan En Abd Ghani menyampaikan pesanan
 En Abd Ghani bersama murid tahun 6
Murid tahun 6 tekun mendengar nasihat yang disampaikan

Pada 5 Ogos 2012,Ahad,sekolah ini telah dihadiri oleh En Abd Ghani bin Samad ,Pegawai dari PPD Kemaman untuk bersama murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan Percubaab UPSR pada Selasa 7 Ogos hingga 9 Ogos nanti.

Kehadiran En Abd Ghani bin Samad disambut oleh Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong,kemudian diiringi ke kelas Tahun 6 untuk sesi bertemu dengan murid tahun 6.Seramai 40 orang murid tahun 6 yang bakal menghadapi ujian tersebut dihimpunkan ke dalam kelas utama bagi sesi pertemuan ini.

Turut hadir dalam sesi ini ialah PK Kurikulum,Pn Asmarani bt Abdullah.Dalam majlis ini,En Abd Ghani bin Samad ,pegawai dari PPD Kemaman telah menyampaikan kata-kata semangat dan memberi keyakinan kepada murid untuk memperolehi kejayaan dalam ujian percubaan ini maupun dalam UPSR nanti.

PERHIMPUNAN PAGI SETIAP HARI DI BULAN RAMADHAN SEBAHAGIAN DARI PROGRAM IHYA RAMADHAN DI RKT

 Guru bertugas bersama murid di karidor atas Bangunan Pentadbiran
 Guru menyampaikan tazkirah atau  bacaan
 Murid berkumpul di bawah
 Makluman juga disampaikan...jika ada
Murid bersedia untuk masuk ke kelas
 Murid perempuan Tahun 6 membaca yassin di surau
 Ustaz dan Ustazah membimbing bacaan Yassin
Sebahagian murid yang turut membaca Yassin

Bermula dari 1 Ramadhan 1433,sekolah ini telah mempastikan Program Ihya Ramadhan turut diisi sewaktu mengadakan Perhimpunan Pagi sama ada perhimpunan Ahad maupun perhimpunan hari biasa.Murid akan dikumpulkan di hadapan bangunan Pertadbiran bagi memudahkan guru bertugas menyampaikan mesej dan maklumat berkaitan dengan ramadhan maupun berkaitan dengan pengumuman pentadbiran.

Bagi mengisi Program Ihya Ramadhan ini,seawal jam 715 pagi,alunan ayat suci Al Quran diperdengarkan sehinggalah waktu loceng dibunyikan jam 730 pagi.Murid berkumpul dan membaca doa kemudian,guru yang bertugas akan membaca fadhilat menunaikan puasa mengikut hari yang ditetapkan.Selain itu guru bertugas juga akan membaca surah pendek dari Muqhadam untuk diikuti oleh semua murid.Sedikit tazkirah juga disampaikan pada waktu ini.

Murid Tahun 6 pula dibimbing untuk membaca Yassin oleh Guru Agama sekolah ini di surau.Biasanya perhimpunan ini akan berakhir jam 745 pagi dengan murid akan beratur masuk menuju ke kelas masing-masing untuk sesi pembelajaran.

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP SATU SEMPENA RAMADHAN 1433 DI RKT

 Asyik mewarna...tak sedar gambar diambil
Masing-masing kusyuk mewarna 
 Bekerjasama......pinjam pensil warna
 Sempat lagi bergaya tuuuuu
 Dah siap...nak hantar
Sentuhan terakhir......

Pada 1 dan 2 Ogos 2012,Rabu dan Khamis,Unit Kurikulum sekolah ini di bawah pengurusan Pn Asmarani bt Abdullah melalui Panitia Agama Islam telah menganjurkan Pertandingan Mewarna bagi murid tahap satu bagi mengisi perogram Ihya Ramadhan 1433 tahun ini.

Pertandingan yang diadakan pada waktu rehat murid iaitu bermula jam 1015 hingga 1045 pagi ini diadakan selama dua hari bagi memberi peluang murid menyiapkan lukisan yang diwarna agar lebih menarik.Semua murid yang terlibat menggunakan waktu rehat ini mewarna di dalam kelas dengan pengawasan Cikgu Mohd Fadhil Abdullah dan En Ahamad Lotfi bin Abd Rashid serta guru-guru Agama.

Seramai hampir 100 oraang murid tahap satu terlibat dalam Program Mewarna ini.

Sambutan Hari Jadi Murid.