Ahad, 29 Julai 2012

MASALAH PAIP BOCOR : PEKERJA SUDAH JUMPA PUNCANYA

 Kawasan yang digali direntangi tali keselamatan
 Paip yang bocor di bahagian penyambungan
 En azmi menggali lubang
En Zahib menggunakan gerudi untuk memecahkan simen
 Paip dibaiki

Pada 29 Julai 2012,Ahad,masalah kebocoran air dari paip utama yang terjadi telah dapat diselesaikan apabila Zahid dan Azmi,dua orang pekerja swasta sekolah mengambil inisiatif menggali lubang ditempat yang disyaki berlaku kebocoran itu.

Penggalian akhirnya telah menemukan kebocoran akibat dari penyambungan pada batang paip yang telah tidak elok lagi.Kerja-kerja pembiakian ini bagi memastikan masalah kebocoran tidak berlaku dan aliran air akan menjadi seperti sediakala.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua pekerja ini.


4 MURID RKT IKUTI PECUTAN AKHIR UPSR DI MPK





4 murid tahun 6 UPSR dari RKT
 
Pada 29 Julai 2012,Ahad,4 orang murid UPSR dari sekolah ini telah dipilih untuk menghadiri  Program Pecutan Akhir UPSR peringkat Daerah Kemaman yang diadakan di Dewan Seri Geliga,MPK Kemaman.
Empat orang murid yang bertuah mendapat peluang ini ialah Anis Marissa bt Ismail,Aisyah bt Kamarulzaman,Natasha bt Mohd Nizam dan Mohd Aliff Aiman bin Roslan.Murid ini telah dibawa ke MPK oleh guru pengiring iaitu Cikgu Mohd Zaki.

Penulis dan warga sekolah berdoa agar murid yang menghadiri program ini bakal memberikan impak yang baik kepada kejayaan UPSR sekolah ini.Sama-sama kita doakan agar kejayaan bakal mereka milik.

Khamis, 26 Julai 2012

RKT HANTAR KAIN RENTANG PERTANDINGAN KEBERSIHAN 2012

 Sentuhan terakhir sebelum ianya kering untuk dijemur
 PK HEM bersama Cikgu Zaik dan murid yang turut mengecat
 PK HEM En Mohd Asri melihat murid menyudahkan yang terakhir
 Cikgu Fadzil,PK HEM dan Cikgu Zaik.....
 Sebelum dibungkus.....bergambar dulu
 Negeri bersih rakyat sihat....semua setuju
Lakaran asal ...tiru sahajalahhhh

Pada 26 Julai 2012,di bawah pengelolaan Unit HEM,maka siaplah kain rentang untuk Pertandingan Kain Rentang Kebersihan Peringkat Daerah Kemaman.Kain rentang ini akan dihantar ke PPD Kemaman bagi dibuat penilaian seterusnya.RKT adalah merupakan sekolah yang sentiasa mengambil bahagian dalam pertandingan membuat kain rentang ini.

Kain rentang yang bertemakan Negeri Bersih Rakyat Sihat dan Terengganu Negeri Anjung Ilmu ini adalah merupakan gabuhan hasil pandangan Cikgu Zaik iaitu penyelaras pertandingan kebersihan dan beberapa orang guru dengan kerjamasa En Mohd Asri bin Abd Rashid PK HEM.Panjang kain rentang ini ialah 4 meter x 1.5 meter sebagaimana yang disyaratkan oleh Panel Penilai.




Rabu, 25 Julai 2012

BONUS BUAT KITA WARGA RKT...SYUKUR ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH PM!


WEDNESDAY, JULY 25, 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Pejawat Awam, Bayaran Khas RM500 Untuk Pesara Kerajaan


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

PERJUMPAAN GURU BESAR BERSAMA PEKERJA SWASTA SEKOLAH

 Pekerja swasta yang hadir
 Di Perpustakaan ...
Tuan Guru Besar bersama PK HEM.....
 
Pada 25 Julai 2012,Rabu telah diadakan satu perjumpaan diantaraTuan  Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong bersama 5 orang pekerja swasta sekolah bertempat di Bilik Perpustakaan Sekolah.Turut serta dalam pertemuan ini ialah PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid.

Antara pekerja yang hadir dalam majlis perbincangan bersama Guru Besar ialah Mohd Zahid bin Awang,Azmi {ganti sementara Pok Ngah},Mariah,Khaziah dan Khalijah.


Selasa, 24 Julai 2012

MENARA 1BESTARINET YTL SUDAH MULA DIDIRIKAN DI RKT: KITA SEMUA BOLEH GUNA

 Kren digunakan untuk menyambung 3 bahagian menara
 Pemasang bahagian kedua bermula
 Bahagian kemuncak...siap dipasang wirelessnya....
 Kren mengangkat menara
 Hampir tegak......sikit lagiiiii
 Dah tegak.....
 Tali kren mula di buang.....
Pemasangannya siap......

Pada 24 Julai 2012,hampir jam 10.00 pagi,kerja-kerja pemasangan Menara 1Bestarinet YTL di RKT mula dijalankan oleh kontraktor pemasangan.Penulis sempat meninjau dari kejauhan bersama beberapa rakan guru melihat bagaimana Menara tersebut dicantumkan dan mula di naikkan.

Menara setinggi 100 meter ini dibahagikan 3 bahagian pemasangan yang mana ianya gelonggong di dalamnya.Krean digunakan oleh kontraktor untuk pemasangan dan mengangkat menara menjadi tegak.Dihujung menara pula dipasang dengan wireless bagi mengakses internet bagi kegunaan sekolah ini.

Hampir jam 1230,menara ini siap didirikan dengan sempurnanya.

PENGISIAN RAMADHAN MASA REHAT DI RKT: TADARUS DAN MENGHAYATI CERITA NABI-NABI

Cikgu Fadzil bersama murid tahap 1
Tayangan cerita para nabi.....
Teacher Sabariah sedang bertadarus
Ustazah Zainab bersama murid perempuan
Pn Zainon membimbing murid membaca Al Quran
Pn Maslizawati memulakan bacaan...
Ustazah Siti bersama murid
Ustaz Zulkifli membimbing murid
Ustaz Harun membaca Quran bersama murid
Cikgu Zaik bersama kumpulan tadarus lelaki
Murid sedang menonton tayangan cerita para nabi

Bermula 2 Ramadhan 1433 atau 23 Julai 2012,Program Menghayati Ramadhan Peringkat Sekolah mula dilaksanakan.Ianya diuruskan oleh Unit Kurikulum di bawah pimpinan Pn Asmarani bt Abdullah dengan pengelolaan oleh Panitia Agama Islam.

Antara program yang sempat penulis rakamkan ialah Program pada waktu rehat iaitu bacaan Tadarus Al Quran melibatkan 20 orang guru yang mana ianya dibantu oleh 3 hingga 4 orang murid yang membaca surah yang telah ditetapkan.Murid dan guru ini di bahagikan kepada tempat tertentu bagi mempastikan dapat menghabiskan bacaan sebelum Program Tadarus Al Quran diadakan.Murid yang terlibat ialah murid tahap 2 yang dikenalpasti lancar membaca alQuran.

Selain itu,murid tahap 1 pula dikumpulkan setempat di bilik makmal komputer dan dipertontonkan cerita-cerita berkaitan dengan para nabi untuk dijadikan iktibar dan pedoman.Ianya diuruskan oleh Cikgu Mohd Fadzil dan dibantu oleh EIO Ebook,En Ahmad Lotfi.

Program sebelah pagi pula ialah memperdengarkan bacaan Al Quran melalui siaran kaset,bacaan doa semasa perhimpunan dan bacaan surah Muqadam.

Biasanya,ianya berakhir 5 minit sebelum loceng naik rehat dibunyikan iaitu jam 1040 pagi.

Ahad, 22 Julai 2012

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA WARGA RKT


JUMAAT, JULAI 20, 2012

SELAMAT BERPUASA

Penulis mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca beragama Islam. Semoga ibadah puasa kita mulai esok diterima Allah.

Khamis, 19 Julai 2012

PENGAT DURIAN SANTAN MENTAH JAMUAN AMBANG RAMADHAN ANJURAN MGK RT

 Cikgu Salamiah,Cikgu Noorazita,Ustazah Su dan Cikgu Fatin....
 Cikgu Zali,Ustaz Zul ,EIO Lotfi dan PK HEM En Asri
 Siti dan Zah....kakitangan pejabat sekolah
 PK 1 Pn Asmarani bersama guru wanita
Cikgu Zaik bersama guru lelaki

Pada 19 Julai 2012,Khamis,sebelum kedatangan Ramadhan ,bulan yang mulia,MGK RKT telah mengadakan jamuan Pulut Durian Santan Mentah di kantin sekolah.Jamuan yang telah lama dirancang ini adalah untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan dan berakhirnya Syaaban.Berkebetulan pula hari ini adalah hari terakhir guru berada di kantin sebelum memulakan puasa yang bakal tiba pada hari Sabtu 21 Julai 2012 nanti.

Dengan durian masak yang boleh tahan juga isinya,santan putih,nisan dan gula yang mana ianya begitu menambah selera para guru.Tambahan pula di kenakan pula dengan air masak sejuk......maka ianya begitu menjadi.

Selain dari menyambut kehadiran Ramadhan,jamuan ini juga bertujuan memupuk semangat silatulrahim dikalangan guru,pentadbir dan pekerja.Antara yang sempat penulis bersama menikmati jamuan ialah PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah dan PK HEM En Mohd Asri Abd Rashid serta beberapa orang guru seperti Cikgu Razali,Ustaz Fakro dan Ustaz Zulkifli,EIO Ebook En Ahamad Lotfi,Kerani sekolah Pn Hahifah dan Siti Zubaidah selain dari beberapa orang cikgu wanita serta pekerja swasta.

3 MURID UPSR DI RKT DIANUGERAH BINTANG CEMERLANG PRA PERCUBAAN2012

 Luqman Harith menerima bintang cemerlang dari GB
 Muhammad Alif Aiman....4A1B
Taufiqu Hakim menerima bintang cemerlang....

Pada 19 Julai 2012,Khamis,Unit Kurikulum di bawah Pn Asmarani Abdullah telah mengadakan Majlis Penyerahan dan Pemakaian Bintang Cemerlang kepada 3 orang murid UPSR yang menunjukkan potensi semasa Ujian Pra Percubaan UPSR baru-baru ini.

Murid yang layak menerima pemakaian bintang tersebut ialah Luqman Harith Azamuddin bin Jamaluddin yang mendapat 5A,Muhammad Aliff Aiman bin Roslan mendapat 4A1B dan Taufiqul Hakim bin Ahmad Mizam juga mendapat 4A1B.Majlis pemakaian bintang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong.Penulis DOAKAN agar murid ini berjaya mendapat 5A dala peperiksaan UPSR 2012 bersama rakan-rakan yang lain.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN: SUASANA KEMERDEKAAN TERASA DI RKT

Murid mula berkumpul di Dataran Himpun jam 730 pagi

Menyanyikan lagu patriotik
 Semangat semasa menyanyikan Lagu Patriotik.....
 Murid mengibarkan bendera
 Tuan Guru Besar memulakan ucapan
 Guru lelaki yang hadir
 Murid dibenarkan duduk mendengar ucapan pelancaran oleh Guru Besar
 Guru lelaki yang bersama majlis pelancaran
 Guru Besar melafazkan ucapan pelancaran program....
 Gimik....penyerahan Jalur Gemilang....
Bacaan sajak
 
Pada 19 Julai 2012,Pagi Khamis jam 730 pagi,RKT di bawah Unit Kokurikulum telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan di Dataran Himpun yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Zaki dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri  serta dua lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.Turut serta berada di dataran Himpun ialah PK1 Pn Asmarani Abdullah,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid dan PK Ko Pn Dorothy bersama semua guru dan murid.

Majlis dimurnikan pula dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.Selesai bacaan doa,majlis kemudiannya disusuli pula dengan ucapan pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar.Selesai pelancaran,majlis pula disimbolikkan pula dengan upacara penyerahan Bendera Jalur Gemilang oleh Tuan Guru Besar kepada Penyelaras Program iaitu Cikgu Zainon Othman.Majlis kemudiannya diperdengarkan pula dengan bacaan sajak oleh murid tahun 5AF yang bertemakan Kemerdekaan.Majlis kemudian bersurai.

Sambutan Hari Jadi Murid.