Jumaat, 30 Mac 2012

PASUKAN BOLASEPAK SEKOLAH BERENTAP DI SK SEBERANG TAYOR

 Psukan RKT dan SKAP (berjersi kuning}
 Guru SKRKTST di tepi padang
 Rembatan kencang dari pemain pasukan SKST
 Lopfi,Cikgu Zaik dan Cikgu Fadzil semasa murid rehat
Berebut bola...

Pada 27 dan 28 Mac 2012,Selasa dan Rabu,telah diadakan Pertandingan 4 penjuru perlawanan boilasepak peringkat PKG CHENEH bagi Zon 2 yang terdiri dari pasukan sekolah SKAP,SKST,SKSP dan SKRKTST.

Pasukan bolasepak SK RKT Seberang Tayor hanya mampu membenam pasukan SK Sg Peram dengan jaringan 5-0,manakala dalam perlawanan hari kedua,Rabu,pasukan sekolah ini telah bertemu dengan pasukan SK Ayer Puteh namum tewas 1-3 dan dalam perlawanan kedsua bertemu SK Seberang Tayor pula,pasukan SKRKT Seberang Tayor dibelasah teruk iaitu 1-6.


PERASMIAN KELAS MAYA SKRKTST

Pada 29 Mac 2012,sempena mesyuarat Agong PIBG kali ke 26,telah diadakan serentak Majlis Perasmian KELAS MAYA yang disempurnakan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.Kelas MAYA ini adalah merupakan KELAS MAYA pertama di DUN Ayer Puteh yang kos penyediaan peralatannya hampir RM30000.

 YB menyerahkan plak perasmian kepada YDP PIBG
Pn Asmarani,PK1 bersama YDP mengiringi YB memotong riben 

Dalam majlis tersebut,telah dilakukan acara menandatangi Plak perasmian kelas MAYA yang bakal ditampalkan di bangunan kelas tersebut serta YB diiringin Pn Asmarani Abdullah,PK1 SKRKTST dan En Yusof Mat Ali,YDP PIBG bersama tetamu iaitu Tn Hj Aslam,Pengurus FELDA,Tn Hj Abdul Jalil,Pengerusi JKKK dan Tn Hj Ramli bin Yusof,Pengetua Sekolah Agama Rakyat telah meninjau keadaan kesediaan kelas tersebut yang baal digunakan oleh murid tahun 6 di SKRKT Seberang Tayor.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan YB memberi perhatian terhadap sekolah ini dengan memileh sekolah ini sebagai sekolah yang ada peralatan Kelas Maya pertama di DUN Ayer Puteh.

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 26,2012

Pada 29 Mac,2012,Khamis telah diadakan mesyuarat agong PIBG kali ke 26 yang dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.Majlis yang berlangsung jam 3 petang turut dihadiri oleh 105 orang ibubapa dan guru-guru.Turut serta hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Felda Tn Hj Mohd Aslam,Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor Tn Hj Abdul Jalil bin Ismail serta Tn Hj Ramli bin Yusof Tuan Imam Masjid Felda.

Dalam majlis ini,Pn Asmarani bt Abdullah telah berucap mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir.Turut hadir ialah Pn Dorothy PK Ko dan semua guru.Dalam Ucapan YB,beliau menyentuh tentang Kelas Maya yang mana ianya merupakan yang ertama di DUN Ayer Puteh.

Ibubapa yang hadir juga turut berpeluang menerima hamper sumbangan Ladang Rakyat Ketengah Perwira sebanyak 10 buah dan sumbangan dari Pejabat parlimen Kemaman sebanyak 30  buah.Majlis turut membuat pemilihan jawatankuasa baru sebagaimana di bawah:

YDP : En Yusof bin Mat Ali
Naib YDP : Pn Zaimah bt Awang

Setiausaha : GURU : En Mohd Razali bin Mat Hussin
Bendahari : GURU : En Maat Zaik bin Mohd Yusof

AJK : Guru : Pn Maslizawati Abd Wahab,En Mohd Zaki bin Ramli dan Ustaz Zulkifli bin Ibrahim

AJK : Ibubapa : Pn Wan Karzaia bt Tun Ali,Pn Rokiah bt Abdullah,Tg Mustafa bin Tg Jaafar,

Pn Rohani bt Ismail,En Baharon bin Said,En Hussin bin Ismail,En Yusof bn Salleh dan En Zulkifli bin Abd Ghani.







Pemeriksa kira2: Ustaz CW Fakro Anuar bin Wan Abd Ghani,En Mustafa bin Ibrahim.


Khamis, 22 Mac 2012

PN SITI SARA: USTAZAH BARU jQaf DI RKT


Pn Siti Sara binti Mohd Latif

Pada Selasa 20 Mac 2012,SK RKT Seberang Tayor telah menerima kehadiran seorang ustazah baru iaitu Pn Siti Sara binti Mohdlatif yang bertukar dari SK Cheneh Baru 2 menggantikan ustaz Mohd Shahriza yang berpindak ke sekolah sana.

Penulis bagi pihak warga SKRKT Sebeang Tayor mengalu-alukan kehadiran Pn Siti Sara ke sekolah ini yang mana kehadiran ustazah Pn Siti Sara akan pastinya menyerlahkan lagi program bagi Panitia Agama di sekolah ini.

BSN KMN HADIR UNTUK PROSES BUKA AKAUN

Pada 22 Mac 2012,Khamis,3 orang Pegawai dari BSN Kemaman telah hadir ke SK RKT Seberang Tayor bagi membantu sekolah ini membuka akaun BSN bagi membolerhkan murid menerima bantuan Kwapm bagi tahun 2012.
 Penerima Kwapm beratur untuk buka akaun
 Cikgu Marfa...penyelaras Kwapm sekolah
 Tiga pegawai BSN sibuk beroperasi
Murid perempuan menunggu giliran

Dalam proses pembukaan akaun ini,Cikgu Marfazilia telah menyusun atur jadual kelas bagi memastikan murid dapat membuka akaun dengan cara teratur,cepat,tidak berserabut dan memuaskan.
Kehadiran pegawai dari BSN Kemaman pada pukul 11.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Rabu, 21 Mac 2012

PERJUMPAAN UNIT KO SETIAP SELASA

 Unit Pengakap berkawad
 Unit Puteri Islam
 Belajar ikatan
Cikgu Harun mengajar ikatan

Setiap hari Selasa ,SK RJT Seberang tayor mengadakan perjumpaan Kokurikulum meliputi Kelab dan persatuan serta Unit beruniform.Pada 20 Mac 2012,Penulis berkesempatan hadir menguruskan perjumpaan unit beruniform pengakap dengan guru pemimpin iaitu Cikgu harun.

Antara kegiatan yang penulis dan Cikgu Harun handle ialah mengadakan Kawad kaki melibatkan unit Pengakap dan Unit Puteri Islam.Selain itu Cikgu Harun menguruskan cara ikatan untuk dipraktikkan oleh unit pengakap.

Kegiatan Ko yang bermula jam 130 petang berakhir jam 330 petang.

FRIENDLY MATCH: BOLASEPAK DAN BOLAJARING DI RKT

Hebat......pemain RKT dan SKPG
Abang Pie bersama pemain RKT

Pemain bola
 Paskan bolajaring SKAP dan SKPG
 Bersama pasukan SKRKTST
 PKHEM SKAP...Pn Rosnaida bersama gurunya hadir memberi sokongan
Pengurus....he..Cikgu Zaik bersama penonton

Ramah mesra Guru RKT dan SKPG
Pemain bola jaring

Fuh.....pada 21 MAC 2012 rabu,sekolah ini telah menjadi tuan rumah untuk satu FRIENDLY MATCH yang melibatkan perlawanan bolasepak dan bolajaring diantara sekolah-sekolah berjiran.Bagi perlawanan bolasepak....hanya RKT dan SK Pasir Gajah saja yang menyertainya,manakala bolajaring dalam bentuk 3 penjuru......dari SKAP,RKT dan SKPG.

Perlawanan yang bermula jam 3.00 petang dijalankan di Padang SK RKT Seberang Tayor.Padang yang disiapkan oleh Cikgu Zaki begitu selesa untuk bermain bagi perlawanan diantara tiga jiran berdekatan ini.

Perlawanan yang dijalankan dengan penuh harmoni dan semanta muhibbah.Antara Cikgu SK pasir Gajah yang hadir ialah Ustaz Zamli,Cikgu Syed iaitu bekas guru di RKT dan Cikgu Zawawi dan Cikgu Othman.Cikgu RKT yang hadir ialah Cikgu Zaik,Cikgu Zaki,Ustaz Fakro,Abang Pie dan Cikgu fadzil serta Cikgu Razali.Cikgu Marfazilia dan Cikgu Zainon bersama pasukan bolajaring hadir.

Perlawanan yang muhibbah ini  berakhir pada pukul 500 petang dengan pasukan bolasepak RKT memenangi perlawanan ini.Mana kala perlawanan bolajaring pula berada dalam keadaan seimbang.

Isnin, 19 Mac 2012

UJIAN PERMATA PINTAR: SKRKTST TURUT MENJALANINYA

Cikgu Zaik membimbing murid

Pada 19 Mac 2012,Isnin,Ujian permata Pintar yang melibatkan murid berumur 8 hingga 15 tahun turut mendapat perhatian di sekolah ini.Dengan kemudahan internet yang telah dibaiki dan beroperasi sejak Ahad lalu,maka Guru Media ,Cikgu Zaik dan Penyelaras E-book,En Mohd Lotfi A Rashid telah ditugaskan untuk memastikan murid sekolah ini dapat turut serta terlibat menjayakan program murni kerajaan ini.

Ujian permata pintar sekolah ini diadakan di bilik MAYA yang mempunyai kemudahan jaringan internert dan skrin MAYA yang dapat membantu guru menerangkan cara dan proses pengambilan ujian ini.

Murid di Kelas MAYA menjalani Permata Pintar diselia Abang Pie

Di bawah pengurusan PK 1,Pn Asmarani bt Abdullah,disasarkan seramai 60 orang murid yang mempunyai ebook akan dapat mengikuti ujian ini sebelum ujian ini berakhir pada 30 April 2012 ini.Selain itu akan turut diberi perhatian ialah murid dari tahun 4 dan dari kalangan murid tahap 1 yang ELIT.

USTAZ SHAH BERTUKAR KE SK CHENEH BARU 2

Ustaz Shah ..happy semacam jeeeee

Pada 19 Mac 2012,Ustaz Shah atau nama sebenarnya Mohd Shahriza bin Zakaria telah mengkahiri perkhidmatannya di SK RKT Seberang Tayor kerana telah bertukar ke SK Cheneh Baru 2.Pertukaran Ustaz Shah ke sekolah baru bakal membolehkan Ustaz Shah berulang agak lebih dekat  memandangkan Ustaz Shah tinggal di Perumahan Balok Kuantan.

Penulis merasakan pertukaran ini sudah semestinya memberi satu mesej yang baik buat Ustaz Shah dalam menjalankan tugasnya selain dari mendekatkan jarak perjalanan berulang-alik Ustaz Shah yang selama ini hampir berkereta 60 km sehala sehari.

Bagi melahirkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan atas sokongan dalam tempuh Ustaz Shah bertugas di sekolah ini kurang hampir 6 tahun,Ustaz Shah telah mengadakan jamuan kesyukuran dan keikhlasan di Kantin Sekolah.

Penulis bagi pihak semua rakan-ralan mengucapkan Ustaz Shah selamat maju dan jaya di sekolah baru.


Ahad, 18 Mac 2012

86 ORANG MURID TERIMA WANG KWAPM 2012

Pada 18 Mac 2012,Ahad ,unit HEM di bawah pengurusan En Mohd Asri melalui JK Kwanp telah mengadakan pertemuan dengan -murid-murid yang menerima bantuan wang Kwanp dan penerima bantuan e-Kasih di Perpustakaan  Sekolah.Pertemuan diadakan bagi memaklumkan kepada murid proses penerimaan bantuan melalui pembukaan akaun BSN.Sebanyak RM17200 diperuntukkan untuk pembahagian bantuan Kwapm.

Dalam pertemuan tersebut,murid yang bakal menerima bantuan tersebut diwajibkan membuka akaun BSN dengan membawa RM10 dan sijil beranak yang mana ianya akan diruskan oleh Unit HEM melalui JK Kwanp sekolah.

Diharap bantuan ini bakal memberi manfaat kepada penerima yang mana ianya menunjukkan komitmen kerajaan membantu ibubapa dalam perbelanjaan persekolahan.


Murid yang terlibat dalam taklimat Kwanp

 PK HEM menyampaikan taklimat
Murid teliti mendengar taklimat

Jumaat, 9 Mac 2012

JAMUAN MAJLIS KESYUKURAN PERNIKAHAN TUAN GURU BESAR

Kalangan guru wanita

PK Ko bersama isteri YDP PIBG
Cikgu Salamiah bersama Pn Rohani,wakil Pejabat FELDA
Guru Wanita SKRKTST bersama anak-anak
AJK PIBG bersama pekerja swasta
Kalangan guru lelaki
Dari jauh..GB bersama isteri
Tn Hj Haslam......berkopiah
Guru lelaki.....
Tn Guru Besar menyampaikan ucapan

Pada 7 Mac 2012,Rabu jam 120 tengahari,satu majlis Jamuan Kesyukuran telah diadakan oleh Tuan Guru Besar SKRKT Seberang Tayor bagi memaklumkan tentang pernikahan beliau.Majlis yang turut disertai oleh isteri beliau iaitu Pn Saadiah dari SMK Ayer Puteh  dihadiri sama oleh Pengurus Felda Seberang Tayor Tn Hj Mohd Haslam,Pengerusi PIBG En Yusof bin Mat Ali,beberapa orang AJK PIBG dan guru serta kakitangan SKRKT Seberang Tayor dan juga para pekerja swasta.

Hadir sama ialah PK HEM En Mohd Asri,PK Ko Pn Dorothy dan Pn Rohani dari Pejabat FELDA.Majlis yang berlangsung dengan penuh santai diakhiri dengan ucapan tuan Guru Besar yang membuat makluman sendiri tentang pernikahan beliau dengan Pn Saadiah ,seorang guru dari SMK Ayer Puteh Kemaman pada hari Ahad 4 Mac 2012 di sebuah felda di BERA Pahang.

MGK SkRKTST mengucapkan selamat pengantin baru kepada Tuan Guru Besar yang kita hormati ini.Majlis berakhir jam 200 petang.



UJIAN OTI 1 BERMULA.....SELASA 6 MAC 2012

 Murid menjawab soalan
 Suasana dalam bilik peperiksaan
 Murid menjawab soalan
 Serius....
 Jawab soalan
Suasana dalam elas semasa peperiksaan OTI1

Pada 6 Mac 2012,Selasa,sekolah ini telah mengadakan Ujian OTI1 untuk murid tahun 3,4,5 dan 6 melipiti  subjek teras dan Agama Islam.Ini merupakan ujian kedua bagi murid sekolah ini setelah memulakan pengajaran hampir dua bulan.Ujian pertama ialah ujian TOV .

Ujian OTI1 ini bermula hari selasa dan berakhir hari Khamis yang mana markah bagi semua ujian ini akan diselaraskan penghantarannya pada 19 Mac 2012 nanti iaitu selepas sekolah dibuka.

Sambutan Hari Jadi Murid.