Selasa, 28 Februari 2012

WATIKAH PENGAWAS DAN PERASMIAN MINGGU DADAH 2012

PK HEM menyampaikan ucapan

Kalangan murid yang mendengar ucapan
Murid berhimpunan

Tn Guru Besar merasmikan program
Barisan guru yang hadir

Guru Besar menggunting banner tanda rasmi
Banner Program MInggu Dadah


Ketua Murid melafazkan ikrar
Kepimpinan sekolah

Murid turut berikrar

Pada 26 Feb 2012,Ahad,penulis dikhabarkan telah diadakan Program Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pustaka dan Ketua Darjah bersama dengan Pelancaran Minggu Dadah peringkat sekolah.

Program yang besar ertinya kepada pihak sekolah ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,En Kamarudzaman bin Hashim bertempat di Dataran Perhimpunan.Turut hadir ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,Pk HEM En Mohad Asri  dan PK Ko Pn Dorothy serta sebilangan guru.


Selasa, 21 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012


Sk Rkt Seberang Tayor added 14 new photos to the album PERARAKKAN MAULIDUR RASUL.

 ·  ·  · Yesterday at 8:19pm







Pada 16 Feb 2012 khamis jam 800 pagi,sekolah ini telah mengadakan sambutan maulidur rasul yang melibatkan semua murid dan para guru.Perarakan yang diuruskan oleh Panitia Agama Islam ini turut disemarakkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan AJK PIBG yang sudi bersama memeriahkan suasana perarakan.

Turut serta dalam perarakan kali ini ialah Tuan Guru Besar,para Penolong Kanan dan Timbalan Pengerusi PIBG En Baharom bin Said.


Cikgu Haron mengawasi Murid Pra Sekolah

Murid tahun satu.......rumah Hijau

Bergaya...rumah Merah

Ustaz Zul...ketua selawat tahun 2012 ni

Trafik jem......tapi memang guru dan murid  memiliki semangat yang kuat...


Pelbagai acara diisi bagi menghidupkan hari sambutan Perarakan Maulidul Rasul ini.Antaranya ialah ceramah maulidur rasul yang melibatkan semua murid dan guru serta majlis jamuan.PIBG turut menyumbangkan sumbangan sebanyak RM300 manakala Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor Tn Hj Abdul Jalil bermurah hati menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM200 bagi menceriakan program murni.


Kepada semua yang bertungkuslumus menghulurkan sumbangan tak kira apa bentuk,penulis ucapkan berbanyak terima kasih...kerjasama semua memastikan majlis berjalan dengan lancar adalah kejayaan KITA semua.


Isnin, 13 Februari 2012

DUA GURU DARI SKRKTST BAKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DI UUM,SINTOK

Pada 12 Feb 2012,penulis mendapat perkhabaran bahawa dua orang guru dari sekolah ini akan melanjutkan pelajaran di UUM Sintok,Kedah.Tahniah penulis ucapkan kepada Cikgu Mohd Zaki dan Cikgu Mohd Fadzil,dua orang guru yang menjadi tonggak utama sekolah ini kerana telah menunjukkan dayausaha yang kehadapan dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam pengajian Bahasa Malaysia.
Cikgu Mohd Zaki
Cikgu Mohd Fadzil

Mereka berdua akan turut disertai oleh dua orang lagi bekas guru sekolah ini iaitu Cikgu Syed Amran Tuan Padan yang akan melanjutkan pelajaran di UUM Sintok serta Ustaz Zamli bin Hj Ya yang akan balajar di Kuantan.Hendak seribu daya...inilah yang telah ditunjukkan oleh 4 orang guru,Tahniah penulis ucapkan.

LAWATAN PEGAWAI DARI PPD KEMAMAN MENEMUI GURU LINUS



 Guru Linus bersama Pegawai dari PPD Kemaman
Pegawai LINUS dari PPD Kemaman

Pada 13 Feb 2012,Isnin jam 1050 pagi,Tiga orang Pegawai dari PPD Kemaman telah hadir ke SKRKT SEberang Tayor bagi menemui guru-guru LINUS tahun 1,2 dan 3 melibatkan subjek BM dan MT.PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah menyambut kehadiran pegawai dari PPD ini yang terdiri  antaranya dari En Wan Ahmad dan En Anuar bin Ibrahim.

 Sesi perbincangan 
 Guru LINUS bersama PK1

Pertemuan diantara Pegawai LINUS PPD Kemaman ini dengan pentadbir dan guru-guru LINUS diadakan di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Sekolah dalam suasana penuh harmoni.Antara guru LINUs yang hadir ialah Pn Zainon,Pn Marfazilia,Pn Salamiah,Pn Maslizawai,En Mohd Fadzil yang turut disertai oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.




Jumaat, 10 Februari 2012

TEAM RKT TAKRAW TERKANDAS SEPARUH AKHIR


Kejohanan Sepak Takraw PKG Cheneh.
 ·  · See Friendship · 5 hours ago · 

YTL ....PASANG BELONG CARI TALIAN WIRELESS

 Belong naik tinggi
 Pekerja YTL menguji peralatan
 Belong mula di naikkan
Kerja selesai....belong diturunkan...

Pada 9 Feb 2012,jam 1030 pg...Khamis,beberapa orang kakitangan YTL telah hadir ke sekolah untuk berbincang kawasan pemasangan menara Wireless bagi talian internert di sekolah ini.Pemilihan kawasan yang dicadangkan leh pihak sekolah adalah untuk memudahkan peralatan pemasangan menara di bawa sambil tidak merosakkan padang selain dari memudahkan saluran elektrik dialirkan ke menara tersebut.

Ujian yang dijalankan hamir 1jam 30 minit itu adalah untuk menentukan ketinggian aras menara agar selari dengan keadaan di Tebak dan di Seberang Tayor.Di bawah kerjasama Cikgu Mat Zaik,kerja menguji ketinggian berjalan lancar.

TERIMA KASIH YAB MB TERENGGANU...BERJIWA RAKYAT


3,000 guru bakal terima komputer


KUALA TERENGGANU 9 Feb. - Kira-kira 3,000 guru tahun lima sekolah rendah di negeri ini bakal menerima komputer riba secara berperingkat mulai pertengahan tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM4.5 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia adalah langkah susulan selepas pengagihan alat bantu pengajaran dan pembelajaran itu kepada guru-guru tahun enam selesai dilakukan.

''Pemberian itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan penggunaan peralatan teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan anak negeri,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Ia dilakukan serentak dengan pelancaran Program Pendidikan Anjung Ilmu (PPAI) 2012 di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Pada masa yang sama, katanya, bekalan kemudahan bagi warga pendidik itu bagi merangsangkan lagi mereka agar bersama menterjemah hasrat kerajaan negeri mewujudkan kelas maya di semua sekolah rendah selaras dengan perubahan zaman.
"Kita jangka mahu bagi awal tahun ini tetapi stok komputer belum ada, jadi kita akan bagi selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

"Saya harap dengan pemberian kemudahan ini, ia akan memberi semangat lagi kepada guru-guru untuk terus melakar kejayaan kepada anak Terengganu," katanya.
Ahmad berkata, di samping itu sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) seluruh negeri sepanjang tahun ini bagi melaksanakan kelas tuisyen di setiap sekolah menerusi PPAI.
Katanya, setiap PPD menerima peruntukan yang berbeza, bergantung kepada jumlah sekolah, kelas serta murid yang bakal mengikuti tuisyen di sekolah masing-masing itu.

"PPD Kuala Terengganu menerima RM1,247,034, PPD Kemaman (RM545,196), PPD Besut (RM572,364), PPD Dungun (RM493,524), PPD Hulu Terengganu (RM280,422), PPD Setiu (RM243,984) dan PPD Marang RM357,078," jelasnya.

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2012

 AJK yang hadir
 Mendengar maklumat dari Pengerusi PIBG
 Memulakan mesyuarat
PK Ko dan PK HEM turut hadir

Pada 9 Feb 2012,Khamis jam 215 petang,PIBG sekolah ini telah mengadakan mesyuat AJK kali pertamanya bertempat di Bilik Mesyuarat ,Perpustakaan Sekolah.Mesyuarat kali pertama ini dihadiri oleh Tuan Guru Besar,En Kamarudzaman Hashim,PK1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid dan PK Koko Pn Dorothy.

Selain itu,turut hadir ialah Pengetua Sekolah agama Rakyat,Tn Hj Ramli bin Yaakob dan Wakil Pejabat FELDA Seberang Tayor,Kemaman.Kalangan AJK guru yang dapat hadir ialah Pn Noorazita selaku S/U,Pn Zainab,Pn Marfazilia manakala kalangan AJK yang hadir ialah Tg Mustafa bin Tg Jaafar.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Yusof bin Mat Ali Pengerusi PIBG antara lain membincangkan tarikh mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada bulan MAC 2012 nanti serta maklumat tentang program sekolah bagi tahun 2012.Mesyuarat berakhir jam 400 petang.

Selasa, 7 Februari 2012

GUANE FC LAWAN MGK CENEH BARU.....



Guane FC vs MGK Cheneh
 ·  ·  · 22 hours ago
  • Luq-p Besto likes this.
    • Zaki Ramli Perlawanan yang baru berlansung sebentar tadi telah menyaksikan Guane FC 15 - MGK Cheneh 9.
      22 hours ago ·  ·  3
    • Zaki Ramli Ketiadaan Abang Joe telah menimbulkan seribu persoalan.Kemanakah Abang Joe pergi ?
      22 hours ago · 
    • Luq-p Besto abg joe maen team laen plok
      22 hours ago · 
    • Mat Matt ADER WAK PUNOH TEAM JAH..XLEH NK HARAP LAH MANA..KUA..KUAA
      21 hours ago · 
    • Zamli Ya lama doh guane fc x brgmbar...ni ada plak...baguh baguh....
      7 hours ago · 
    • Zaki Ramli sa lagi tak baguh ustaz.kita dok pakai jersi lama.harap ko abang dil.tak dak saiz sokmo

CIKGU ASRI DARI SK KETENGAH JAYA,PK HEM BARU SKRKT ST

Cikgu Mohd Asri,PK HEM Sk RKT ST

Pada 1 Feb 2012,SK RKT Seberang Tayor telah menerima seorang guru baru iaitu PK HEM bagi mengisi kekosongan yang ada di sekolah ini.Pertukaran PK1 dan kenaikan pangkat PK HEM ke jawatan PK1 telah membuatkan jawatan PK HEM sekolah ini kosong.

Cikgu Mohd Asri bin Abd Rashid dari SK Ketengah Jaya akan mengisi kekosngan jawatan PK HEM bermula tarikh ini.Semoga kehadiran Cikgu Mohd Asri akan memberi ruang yang bermakna buat sekolah ini dalam memantapkan usaha menjayakan pelbagai misi sekolah ini.

Kepada Cikgu Mohd Asri,PK HEM baru sekolah ini,penulis bagi pihak semua warga sekolah mengalukan dan mengucapkan Selamat datang.Penulis yakin,dengan pengalaman yang ada,PK HEM mampu berganding bahu bersama guru menjayakan Misi sekolah ini.

Ahad, 5 Februari 2012

SK RKT ST JOHAN LELAKI HOKI PKG CHENEH

Cikgu Zaki sedang menyatakan sesuatu

Pada Khamis 2 Feb 2012,SKRKTST elah menjadi tuan rumah bagi kejohanan hoki lelaki dan perempuan bagi tahun 2012 zon PKG Cheneh.

Pasukan yang bertanding ialah pasukan Hoki dari SK Cheneh Baru 2,SK Cheneh 1 dan SK Seberang Tayor serta SK RKT Seberang Tayor.

Bangga dengan medal JOHAN...

Bagi pasykan hoki lelaki,Johan tahun ini disandang oleh pasukan hoki dari SK RKT Seberang Tayor di bawah jurulatih tersohor iaitu Cikgu Mohd Fadzil bin Abdullah.

Khamis, 2 Februari 2012

TN HJ MOHD ZOR B ALI ,PK1 BERTUKAR KE SK PUSAT

Tn Hj Mohd Zor bin Ali

Pada petang kelmarin,1 Februari 2012,penulis mendapat perkhabaran dari Tn Hj Mohd Zor bin Ali yang beliau diarah bertukar sekolah ke SK Pusat berkuatkuasa pada 1 Februari 2012.Perkhabaran ini kemudian penulis susuli dengan melihat senarai pertukaran dalam blog Unit Rendah JPNT.

Pertukaran Tn Hj Mohd Zor ke SK Pusat bagi mengisi kekosongan jawatan PK1 di SK Pusat kerana persaraan PK1 di sana.Penulis ucapkan TAHNIAH kepada Tn Hj Mohd Zor bin Ali kerana pertukaran ini yang memberi pengiktirafan kepada kerjabuat beliau untuk berada di sebuah sekolah yang bakal dinobatkan sebagai sekolah elit.
Pn Asmarani t Abdullah

Jawatan PK1 yang kosong di SK RKT Seberang Tayor pula melalui pembacaan penulis dalam blog JPNT akan diisi oleh Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM sekolah ini.Sekalong TAHNIAH juga penulis ucapkan kepada Pn Asmarani atas pengiktirafan ini.Penulis yakin melalui pengalaman semasa beliau berada di sini dengan  penyandang semua jawatan PK,sekolah ini akan terus mengorat langkah ke hadapan.

Jawatan PKHEM pula akan diisi oleh En Mohd Asri bin Abdul Rashid dari SK Ketengah Jaya,iaitu PK HEM di sana.Selamat datang penulis dan warga SKRKT ST ucapkan.

Sambutan Hari Jadi Murid.