Selasa, 31 Januari 2012

TAKLIMAT PENJANA MISI DAN UPSR 2012

Pada 30 Januari 2012,Isnin telah diadakan satu perjumpaan untuk Taklimat Penjana Misi dan UPSR 2012.Program di bawah pengurusan PK1 Tn Hj Mohd Zor bin Ali antara lain ialah membincangkan perjalanan dan pengurusan bagi Penjana Misi dan UPSR 2012 yang bakal dijayakan dalam tahun 2012 ini.

Setiausaha UPSR 2012,Cikgu Mohd Razali Hussin menyampaikan taklimat

Antara yang hadir ialah Tuan Guru Besar,En Kamarudzaman bin Hashim,PK1,PK HEM,PK Ko dan AJK Penjana Misi serta Setiausaha UPSR 2012 iaitu Cikgu Mohd Razali bin Hussin.Dengan adanya perancangan yang terbaik ini,penjana misi dilihat boleh menjadi satu usaha yang kukuh bagi memastikan pencapaian dalam UPSR 2012 mencapai tahap yang diingini.

SKALA BAND 3 UNTUK SK RKT SEBERANG TAYOR 2012

Pada tahun 2012 ini,sekolah ini telah diletakkan dalam skala Band 3.Pencapaian skala Band 3 ini merupakan penanda aras yang dicapai oleh sekolah ini berpandukan kepada usahagiat dalam kerjabuat dan pencapaian bagi tahun 2011 yang lalu yang berteraskan kerjasama yang begitu utuh dikalangan Pentadbir,guru-guru,kakikatangan dan pekerja swasta.

Skala Band 3 ini telah ditampalkan di pintu masuk ruang Pejabat sekolah bagi melambangkan pencapaian keseluruhan sekolah ini.Di bawah pengurusan Tuan Guru Besar En Kamarudzaman bin Hashim,pencapaian ini merupakan satu permulaan yang baik.



 Skala band 3 tertera di pintu Pejabat Sekolah
 Petunjuk skala pencapaian sekolah
Suasana sekolah

Ahad, 29 Januari 2012

UJIAN TOV BERMULA.....MURID SKRKTST TERLIBAT JUGA

Pada 29 Januari 2012....Ujian TOV dijalankan di semua sekolah.SKRKT SEberang tayor turut terlibat dengan ujian ini.Ujian TOV yang melibatkan murid tahun 3,4,5 dan 6 sahaja bagi subjek teras.

SELAMAT TAHUN BARU CINA UNTUK PN DOROTHY


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Dikesempatan ini,guru-guru serta kakitangan sekolah
mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 
kepada Pn Dorothy iaitu GPK Kokorikulum
SK.RKT Seberang Tayor serta semua kaum cina yang menyambut
tahun baru.

Isnin, 16 Januari 2012

PIBG SUDAH PASANG PENGADANG LALUAN DI KANTIN

Besi pembahagi laluan membeli di kantin

Pada 16 Januari 2012,Isnin,penulis melihat perubahan di kantin apabila besi pengadang untuk membolehkan murid beratur semasa membeli makanan telah mula di pasang.Kini,murid dibahagikan kepada dua barisan iaitu murid perempuan dan murid lelaki.

Murid perempuan membeli mengikut laluan disediakan

Pemasangan besi penghadang ini bertujuan emberi keselesaan kepada murid semasa membeli makanan di masa rehat ataupun di waktu pagi.

Pekerja kantin menguruskan penjualan dengan baik

Murid lelaki memasuki lorong yang disediakan.

SUASANA TAMAN SEKOLAH LEBIH CERIA PADA 2012

Pada 16 Januari 2012,Isnin,suasana pagi ini yang tanpa hujan yang turun memberi satu pandangan kepada GPM apabila mendapati satu perubahan terhadap landskap sekolah telah dibuat.GPM  turut memerhatikan dua orang pekerja am lelaki di sekolah begitu sibuk mengalih dan menyusun ceriakan landskap sekolah dengan pasu bunga dengan susunan yang menarik .
 Batu putih kecil di lorong lebih menampakkan kebersihan tempat rehat
 Ceria dan tersusun
Suasana baru

Keadaan keceriaan ini lebih terserlah lagi apabila penulis dapati kawasan kosong di antara lorong telah ditaburkan dengan batu halus yang menarik.Suasana yang menarik dan bersih serta ceria ini penulis rasakan mampu memberikan ketenangan kepada murid serta guru semasa berada di sekolah.

Sekolah Ceria,Kawasan Taman Menarik dan susunan bunga yang teratur memberikan satu persepsi baru bagi sekolah ini.Keceriaan di bawah bidang PK HEM,penulis rasakan ini adalah permulaan baru dari pihak pentadbiran sekolah bagi memastikan sekolah ini sentiasa berada di dalam keadaan selesa untuk P & P 2012.


Ahad, 15 Januari 2012

KEDAI SEKOLAH DISERBU MURID UNTUK BELI ALATULIS BARU

 Murid gembiran melihat beraneka barangan baru
 Murid memilih barangan yang hendak dibeli
 Beraneka pen dan pensel
Cikgu Zaik bersama murid

Pada Ahad 15 Januari 2012,Kedai sekolah mula beroperasi semula dengan pelbagai barangan alatulis yang baru.Kedai sekolah merupakan tempat murid dari sekolah ini memberi peralatan alatulis seperti pensil,pemadam,gorek,pen,gam dan lain-lain lagi.Cikgu Zaik akan menyelia penjualan setiap hari.

Kedai sekolah beroperasi pukul 1015 poagi dan akan ditutup pada jam 1045 pagi.Dengan 3 orang pembantu,kedai sekolah menjual barangan dengan harga yang berpatutan yang mana hasil pulangannya akan digunakan untuk Hari Penyampaian hadiah di akhir tahun.

Selasa, 10 Januari 2012

CKGU ZAIK...DISAMBUNG CUTI LAGI HINGGA 6 FEB 2012

Pada 9 Januari 2012,Cikgu Zaik,Guru Perpustakaan dan Media SK RKT Seberang Tayor nampak pada gayanya terpaksa bercuti panjang lagi sehingga 6 Feb 2012 setelah dinasihati oleh doktor pakar bagi menjalankan fisiotrapi akibat dari pembedahan lutut tempohari.
Kecederaan lutut semasa latihan bolasepak pada Okt 2011 lalu masih memberi kesan kepoada keadaan lutut Cikgu Zaik.Sehingga kini,doktor menasihati agar "melepaskan" tongkat jika perlu dan sentaias bersenam untuk memastikan Cikgu Zaik dapat berjalan seperti sedia kala. Kepada rakan-rakan...tolong doakan kepada Cikgu Zaik agar sembuh dan dapat bersama rakan-rakan menjalankan tugas murni ini...mengajar.

CIKGU RAZALI DAN USTAZAH SURIANI...GURU BARU DI SKRKTST 2012

Pada 10 Januari 2012,penulis berkesempatan berbual dengan dua orang guru baru yang ditukarkan dari SK Ayer Puteh dan akan bertugas di sekolah ini.Ini adalah pertama kali penulis bersua dengan dua orang guru baru ini setelah penulis diberitahu oleh rakan-rakan tentang kehadiran dua guru baru beberapa hari lepas. Kedua-dua orang guru baru ini merupakan guru dari SK Ayer Puteh,yang ditugaskan di sekolah ini untuk sesi persekolahan 2012 bagi mengisi kekosongan 3 orang guru dari sekolah ini yang dipindahkan ke sekolah sekitar.
Guru pertama ialah Ustazah Wan Suriani bt Wan Said,menggantikan Ustaz Zamli bin Ya.Penulis mengalu-alukan kehadiran Ustazah ke sekolah ini.Penulis yakin ustazah yang penuh pengalaman akan dapat meneruskan aktiviti yang dirancang sebagaimana yang telah biasa dijalankan di sekolah ini.
Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin merupakan guru BM yang cukup berpengalaman di SK Ayer Puteh.Kehadiran Cikgu Razali untuk mengajar di SK RKT Seberang Tayor akan menambahkan lagi kesediaan murid Tahun 6 untuk menghadapi UPSR melalui pengalaman yang akan dicurahkan oleh cikgu Razali pada 2012 ini.Penulis mengalu-alukan kehadiran Cikgu Razali.

Ahad, 8 Januari 2012

CIKGU ROHANA......PERTUKARAN TERBARU KE SK BINJAI

Cikgu Rohana Hasan Pada 8 Januari 2012,Ahad,penulis hadir ke sekolah untuk menguruskan Kedai Sekolah.Ini tugas yang penulis buat semasa dalam edoh bercuti ini...memastikan peralatan tulis untuk murid cukup dan boleh dibeli oleh murid. Dalam penulis duduk sembang dengan rakan-rakan penulis,diberitahukan kepada penulis bahawa CIKGU ROHANA HASSAN ditukarkan ke SK BINJAI berkuatkuasa pada hari RABU yang lalu.Surat pertukaran ini disampaikan oleh pihak sekolah pada hari RABU.
Penulis kenal Cikgu Rohana sejak penulis mula bertugas di sekolah ini,seorang guru yang boleh diharapkan,tiada masalah dengan rakan-rakan,berjiwa besar untuk memastikan murid yang diajarnya berjaya dan ada vision.Itulah Cikgu Rohana.Cikgu Rohana yang mengajar tahun 6 UPSR ini penuh dengan pengalaman dalam selok belok UPSR. Cuma harapan penulis,CIKGU ROHANA akan sentiasa memberikan yang terbaik walau dimana bertugas.SKRKTST amat berterima kasih atas jasa dan pengorbanan yang Cikgu Rohana berikan sepanjang bertugas di sekolah ini.Penulis dapat maklumat yang rata-rata rakan-rakan cikgu Rohana sedih atas pertukaran ini.

Sabtu, 7 Januari 2012

KECURIAN KABEL TELEFON....INTERNERT DAN TELEFON DI SK RKTST TIDAK BERFUNGSI

Pada 1 Jan 2012,Penulis dimaklumkan bahawa seluruh rangkaian perhubungan sekolah ini iatu internert,fax dan telefon bagi menghubungkan sekolah ini dengan pihak luar tidak dapat berfungsi akibat dari PERBUATAN tidak bertanggungjawab iaitu kabel telefon dicuri orang. Hal ini amatlah dikesali oleh kita semua kerana perbuatan ini sebenarnya menyusahkan semua orang.Kerana nak cari duit secara tidak betul,maka orang lain menerima akibatnya.Kepada penduduk Felda Seberang Tayor,penulis harap kita bersabar dan berusaha mencari siapa yang menyebabkan masalah kepada kita semua.
Tidak berfungsi
Gambar hiasan kabel telefon dikerat orang

USTAZ ZAMLI DIPINDAHKAN KE SK PASIR GAJAH BERMULA 4 JAN 2012

Pada 4 Januari 2012,penulis berkesempatan ke SK RKT Seberang Tayor bagi menyiapkan beberapa tugasan yang belum selesai.Penulis yang masih bercuti kerana kecederaan diberitahu desas-desusnya bahawa rakan dari SK RKT Seberang Tayor iaitu Ustaz Zamli bin Ya akan bertugas di sekolah yang baru iaitu SK Pasir Gajah. Penulis mula mengenali Ustaz Zamli bin Hj Ya sejak Empat Tahun dahulu yang asalnya bertugas mengajar di Sabah apabila beliau mula bertugas di sekolah ini pada tahun 2009 yang lalu.Seorang yang mudah bergaul,komited dengan tugas dan tiada masalah dengan rakan-rakan serta pihak sekolah. Sepanjang bertugas di sekolah ini,Ustaz Zamli menjadi penggerak bagi melalukan aktiviti berkaitan dengan Panitia Agama Islam. Penulis yakin,Ustaz Zamli bin Hj Ya akan terus mengharumkan nama sekolah baru apabila bertugas di sana memandangkan beliau seorang ustaz yang seba boleh...bersukan,berceramah,mengajar dan sebagainya.Selamat bertugas di sekolah baru penulis ucapkan kepada Ustaz Zamli bin Hj Ya jika benar desas desus tersebut.

Selasa, 3 Januari 2012

2012...SEKOLAH BARU BERMULA

Pada 3 Januari 2012,Selasa maka bermulalah sesi persekolahan yang baru bagi sekolah ini.Sama seperti sekolah yang lain ,sesi persekolahan tahun ini yang bermula pada hari Selasa menyaksikan suasana yang cukup ceria apabila murid hadir ke sekolah.Ada yang dihantar oleh ibu dan bapa dan ada yang datang sendiri. Bagi murid tahun 1,ianya merupakan satu permulaan baru,namun penulis dapati,murid tahun satu begitu ceria dan tiada masalah untuk memulakan pembelajaran hari ini.Murid tahun 2 hingga tahun 6 pula seakan menanti hari untuk belajar. Namun,bagi murid pra....penulis dapati ada yang masih tidak mahu berpisah dengan ayah maupun ibu....ada yang menangis sampai waktu rehat.Gelagat ini begitu tabah dihadapi oleh Cikgu harun dan Pn Rafidah,pembantu pra sekolah. Penulis perhatikan,guru-gurupun nampak begitu bersemangat dan sentiasa komited untuk masuk kelas melalui jadual waktu yang baru bagi tahun 2012 ini.SELAMAT BELAJAR BUAT SEMUA.

Sambutan Hari Jadi Murid.