Khamis, 27 Oktober 2011

PENGALAMAN GURU MEDIA/PENULIS BLOG JALANI PEMBEDAHAN LUTUT

Cikgu Zaik...berehat di rumah selepas menjalani pembedahan lutut

Bagi anda yang pernah atau bakal mengalami kecedaraan lutut dan pembedahan lutut, mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan. Ya…siapa tahu, malang tak berbau, seperti saya. Kecedaraan lutut saya alami sewaktu latihan bolasepak vateran untuk mewakili guru veteran dalam sukan MSKPP Pejabat Pendidikan Kemaman iaitu pada hari Isnin 17 Okt 2011 jam 615 petang di Padang SMK Teknik Kemaman. Sewaktu membuat lompatan tinggi bola di hadapan gol, entah bagaimana tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi ‘pop’ di lutut saya. Saya terhenti dan berdiri serta merta. Kaki tak boleh bergerak seolah-olah terlekat pada tanah. Kawan-kawan mengusung saya keluar padang. Selepas itu saya memandu sendiri pulang dengan kereta proton saga lama yang ber"clutch" {rakan dah sudi hantar..tapi saya kata saya boleh memandu lagi} .Pukul 700 malam sampai di rumah dan hampir 3 jam tak dapat berjalan. Pukul sepuluh malam,rakan saya Mohd Salim membawa saya mengurut di Seberang Tayor,sakit usah dikira tapi saya kena mengurut juga kerana tak tahan rasa sengal.Kaki tak boleh berpijak di tanah,jika berpijak terasa sengal yang amat sangat.Mohd Salim menggendong saya di atas belakangnya untuk naik ke kereta.Selepas pulang dari mengurut,satu malam saya tak dapat tidur,berdenyut.Kemudian,jam 1100 pagi esoknya{selasa} isteri saya membawa saya ke Hospital Kemaman.Saya tidak boleh berjalan malah terasa sangat sakit .Pukul 100 tgh baru nama saya dipanggil,Doktor meminta saya pergi xray dan jumpa semula jam 230 ptg.Itu semua saya buat bertemankan isteri saya,Cikgu Haniza dan anak lelaki saya Mohd Harir yang berkebetulan bercuti selama semester sebulan dari belajar di UITM Lundu Melaka.Semasa berjumpa semula ,doktor memaklumkan tulang lutut saya di bahagian betis serkah atau sepih berbentuk V. Setelah rasa sakit pada bahagian lutut reda seketika doktor membawa kes saya kepada doktor pakar iaitu Dr Colling di wad kecemasan.Setelah menunggu hampir setengah jam,Dr Colling yang berwatakan peramah,ceria dan mudah diajak berbincang menyarankan agar saya menjalani pembedahan dengan memasukkan dua biji skru untuk melekatkan tulang berbentuk v itu..Selepas menunggu keterangan dari Doktor Pakar Bedah iaitu Dr Che Wan iaitu ketua Dr Colling , dan setelah mendapat pandangan dari sahabat-sahabat saya dan kenalan seperti Pengerusi JKKK,Pengerusi Masjid,Tuan Guru Besar SK.RKT Seberang Tayor dan beberapa nama lagi,saya mengambil keputusan untuk membedah lutut saya.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya bersama isteri mengambil keputusan untuk membuat pembedahan lutut serta merta kerana jika lambat membuat keputusan,saya akan dibedah seminggu kemudian.Saya dimasukkan ke wad pada jam 600 petang dengan kaki saya di simen separuh.Mungkin disebabkan faktor usia, kesakitan pada bahagian lutut yang tercedera itu terasa dan sering berulang denyutannya.

Saya bermalam seorang diri pada hari Selasa malam Rabu 18 Oktober 2011 di Hospital Besar Daerah Kemaman, saya meminta anak dan isteri saya datang pada hari pembedahan iaitu hari Rabu sahaja.Pada malamnya,saya tidak makan terlalu banyak dan tidak minum terlalu banyak,pukul 1200 malam saya diberi suntikan ubat tahan sakit dan terlena tidur hingga terjaga pada pukul 600 pagi.Keesokkannya,saya diminta berpuasa untuk menjalani pembedahan mengikut giliran iaitu yang ke lima.

Jam 1000 pagi ,isteri dan anak saya hadir memberi semangat kepada saya.Pesakit ketiga dan keempat telah dibawa ke dewan bedah dan saya tahu saya akan dipanggil bila-bila masa sahaja.Tepat jam 245 petang,nurse meminta saya menukarkan pakaian kepada pakaian bedah,iaitu berbaju putih,bertutup rambut warna biru dan tanpa memakai apa-apa seluar lagi.Hanya selimut putih membaluti tubuh bawah saya.Setelah selesai,saya di bawa ke dewan bedah pada pukul 300 petang dan saya hanya berdoa kepada Allah dan bertasbih serta mengucap semoga kekuatan ada pada diri saya.

Semasa di dewan bedah,semua yang berada di situ berpakaian biru,saya dilayan dengan baik.Setelah 10 minit,Pakar bius seorang Dr yang peramah memperkenalkan diri dan menerangkan apa yang akan dilakukan ke atas saya dan saya mendengar dengan teliti serta menjawab setiap pertanyaan Dr tanpa ragu-ragu lagi.Kalau tak silap saya 330 petang saya di bawa masuk ke bilik bedah.Dr yang menjalani pembedahan saya ialah Dr Colling sendiri dengan beberapa kakitangan pembantu.

Secara ringkas:Tarikh masuk wad: 18 Okt 2011Tarikh pembedahan: 19 Okt 2011 Kos pembedahan: percuma
Kos skru :RM80.00

Tempat pembedahan: HDK Dewan Bedah

Pengalaman dan prosedur:

Banyak perkara yang ditanya dan diperiksa oleh doktor kepada saya. Antaranya pengalaman pembedahan, sejarah penyakit keluarga, pemeriksaan jantung, pemeriksaan sampel darah dan sebagainya. Saya juga perlu menandatangani borang-borang tertentu. Kalau tak silap tiga kali.

Bius separuh badan

Bab ini yang agak menyakitkan. Semasa di dewan bedah, saya diminta duduk membongkok lalu bius pertama dimasukkan. Saya kira bius pertama jarumnya agak halus dan bertujuan untuk membuatkan kebas setempat supaya bius berjarum besar dapat dimasukkan tanpa kesan sakit yang kuat. Ketika bius kedua dimasukkan, terasa jarum agak besar menembusi antara sendi tulang belakang. Terkeluar juga air mata dibuatnya. Kemudian dua jarum lagi dibius di kawasan yang hampir dengan tempat mula-mula tadi.Sebentar kemudian, paras pinggang sehingga ke bawah tidak terasa apa-apa lagi. Ketika itu saya nampak skrin televisyen di tayang dan saya boleh nampak secara sedar bagaimana DRB melakukan pembedahan. Saya nampak apabila DRB melakukan kerja memasukkan skru di tulang saya itu.

Alhamdulillah, pembedahan lutut saya berjaya.Jam 615 petang saya dimasukkan semula ke wad. Rakan-rakan dari JKKK Pasir Gajah dan isteri serta anak saya sudah menunggu di pintu bilik bedah.Doktor memaklumkan, saya tidak boleh bangun selama enam jam selepas pembedahan. Saaya juga diminta tidak minum dan makan .Selepas 1 jam doktor mula membenarkan saya minum air mineral dan makan roti.Mujurlah saya tidak terasa hendak buang air kecil.Saya juga tidak terasa pening dan muntah. Saaya hanya berbaring selama 6 jam. Selepas 4 jam kesan bius mulai hilang,jam 1000 malam,masa itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana siksa menahan sakit kesan pembedahan. Nurse menyuntik ubat tahan sakit tetapi bertahan hingga jam 1200 malam,kemudian sakit terasa semula,saya tidak dapat tidur,anak saya Harir yang membantu saya ,memicit lengang dan mengibas surat khabar agar ada udara ke kepala saya serta membasahkan tuala agar saya tahan sakit.Jam 5o00 pagi, saya diberi satu dos lagi suntikan tahan sakit.Pada pagi rabu,saya terasa sakit lagi dan diberi ubat pil untuk menahan sakit.Pada hari Khamis,Pakar Bedah terus membuat pemerhatian dan meminta saya menjalani fisiotrafi cara menggunakan tongkat,Pada Jumaat jam 1230 tegahari,selepas segala dokumen selesai,saya dibenarkan pulang.

Bagi saya, pengalaman dibedah tidaklah menyakitkan. Kesan bius itulah yang lebih membuatkan saya sangat tidak selesa. Mungkin kesan itu berbeza-beza bagi orang lain. Kesan bius yang lain ialah pangkal leher hingga ke bahu kiri dan kanan terasa sangat berat seolah-olah dipaku sehinggakan saya menoleh dengan memusingkan seluruh badan.

Peralatan tambahan

Selepas pembedahan, pesakit akan dinasihati supaya menggunakan peralatan sokongan seperti tongkat, compress dan pendekap kaki. Tetapi kesemuanya tidak dibekalkan oleh hospital. Peralatan tersebut perlu dibeli sendiri:
1. Tongkat: RM90.00 (bergantung kepada kualiti/jenis
)2. Compress (pembalut ais atau jelly): RM180.00
3. Pembalut kaki: simem - percuma ,fiber : RM50.00

Cuti sakit

Oleh kerana saya seorang kakitangan kerajaan, doktor pakar telah memberikan saya rehat yang secukupnya untuk pulih iaitu cuti sakit selama 42 hari dan pemeriksaan serta xray semula pada minggu keenam . Selama tempoh masa tersebut, saya hendaklah sentiasa mengikuti rawatan fisioterapi dan senaman ringan sebagaimana yang diajarkan oleh pegawai dari unit terapi.

Kunjungan para sahabat

Bagi saya,kunjungan dari para sahabat lebih memberi keyakinan untuk saya.Ianya cukup penting sebagai penguat mental menghadapi saat-saat getir.Sehari selepas pembedahan,rakan-rakan dari SKRKT Seberang Tayor datang menziarai saya di hospital.Saya rasa cukup berterima kasih.Apabila pulang ke rumah,masih ada lagi rakan-rakan sekerja meluangkan masa bertanya khabar menziarahi saya.Semua ini penting bila kita berada di dalam situasi sebegini.

Rabu, 26 Oktober 2011

GUANE FC LAWAN MGK SRI BANDI2

Pasukan Guane FC

Pada Selasa 25 Okt 2011,Pasukan Guane FC telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak padang dengan pasukan MGK SK Sri Bandi2 bertempat di padang SK.RKT Seberang Tayor.

Antara pemain Guane Fc yang turun ialah Fakro,Zul,Deli,Hadi,Lopfi,Zamli,Fadzil,Zakey,Shukrti dan Syed.Dengan berjersey merah,Guane FC telah bermain dengan baik apabila keputusan terakhir ialah Guane Fc 4 dan MGK Sri Bandi 2.

Selasa, 25 Oktober 2011

KURSUS FARMAT ICT UNTUK GURU MEDIA

Fasilitator menyampaikan panduan

Cikgu Zaik dan para peserta

Pada Isnin 16 Okt 2011,PKG Cheneh telah mengadakan kursus Format Komuter untuk Gutru Media dan Guru ICT di semua sekolah PKG Cheneh.Kursus sehari ini di adakan di Bilik Mesyuarat PKG Cheneh dan iainya disampaikan oleh Juruteknik Komputer SK Cheneh iaitu Saudara Nik Mohd Azhar bin Nik Mohd Nor.SKRKT Seberang Tayor dihadiri oleh Cikgu Mat zaik bin Mohd Yusof.

Kursus yang memberi pendedahan cara untuk memformat semula komputer bermula jam 900 pagi dan berakhir jam 430 petang.

CIKGU ZAIK JALANI PEMBEDAHAN LUTUT KIRI

Lutut kiri berbalut
Cikgu Zaik berehat di rumah

Pada 18 Okt 2011,Rabu,Cikgu Mat Zaik yang mengalami kecederaan lutut semasa menjalani latihan bolasepak veteran MSKPP Kemaman telah menjalani pembedahan lutut kiri kerana tulang lutut beliau mengalami serpihan.Pembedahan tersebut ialah bertujuan untuk mencantumkan tulang tersebut dengan menggunakan 2 biji skru.

Pembedahan telah dijalankan pada jam 300ptg dan selesai pada pukul 600 ptg hari Rabu.Cikgu Mat Zaik diminta berehat di Hospital Kemaman selama 4 hari iaitu bermula hari Selasa hingga hari Jumaat.

Antara rakan guru yang menziarahi Cikgu Mat Zaik di Hospital pada hari Khamis ialah Tn Guru Besar,En Kamarudzaman Hashim bersama Ustaz Zamli,Ustaz Zulkifli,Ustaz Fakro serta EIO Ahamad Lopfi dan EIO Hadi bersama Mail kantin dan isteri.

Manakala sebelah siang hari Jumaat pula,Cikgu Mohd Fadzil dan Cikgu Syed Amran telah meluangkan masa bersembang sehingga jam 12 tengahari.Pada hari Ahad pagi,Tn Hj Mohd Zor dan Cikgu Zaki telah hadir menziarahi Cikgu Zaik pula,dan tengaharinya,rakan-rakan Cikgu Wanita yang diketuai oleh PK HEM Pn Asmarani,Pn Dorothy,Pn Salmiah,Pn Rohana,Pn Zainun,Pn Zainab,Pn Rohaya,Pn Sabariah,Pn Noorazita serta PK1 Ayer Puteh Cikgu Khalid telah hadir meluangkan masa menziarahi Cikgu Zaik di rumah.

Sebelah petang pula,Pengerusi PIBG En Yusof dan isteri telah datang menziarahi Cikgu Zaik.Pada pagi hari Selasa pula,Ustaz Shah bersama Pok Ngah dan Pok Zahid telah menziarahi Cikgu Zaik.

Kepada rakan-rakan guru dan pekerja .....berbanyak terima kasih kerana memberi semangat kepada Cikgu Zaik atas kunjungan tersebut.Doktor kata Cikgu Zaik kena cuti 42 hari....lamanya kena bertongkat.....lengoh rasanya.....

MAJLIS ANUGERAH EBOOK DUN AYER PUTEH

Ustaz Zamli turut mengiringi anaknya mengambil ebook
EIO E Book SKRKTST sibuk bertugas

Pada 19 Okt 2011,Khamis bertempat di SMK Sri Cheneh telah berlangsung Majlis Penyerahan EBook DUN Ayer Puteh kepada murid tahun 4.Seramai hampir 33 orang murid tahun 4 dari sekolah ini turut mendapat pengagihan ebook tersebut yang disempurnakan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Guru Besar SKRKTST iaitu En Kamarudzaman bin Hashim bersama guru-guru pengiring dari sekolah ini.

GUANE FC BERJERSEY BARU....

Begitu ceria jersey baru ini......

Pada 16 Oktober,Pasukan GUANE FC iaitu pasukan FUTSAL dari MGK SK RKT Seberang Tayor telah turun dengan bergayanya berjersey baru menentang SK Sri Bandi.Baju baru ini telah menyerlah lagi pasukan GUANE FC yang nampaknya sentiasa aktif mengadakan perlawanan persahabatan degan pasukan sekolah sekitar Daerah Kemaman.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengurus GUANE FC iaitu En.Ahamad LOPFI untuk melihat GUANE FC berjersey baru akhir terlaksana.

LADAP.....BERJAYA JUGA KITA BUAT

Antara yang hadir menjayakan LADAP

Pada Selasa 17 Oktober 2011,sekolah ini telah mengadakan Latihan dalam Perkhidmatan atau LADAP yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki Ramli.LADAP yang telah lama dirancang ini telah diadakan di perpustakaan sekolah pada hari Selasa.

Fasilitator dalam LADAP ini ialah EIO E Book iaitu En Ahamad Lopfi bin A Rashid.Semua guru yang hadir pada hari tersebut telah berjaya mengikuti LADAP yang diadakan.Tahniah kepada penganjur dan tahniah kpada fasilitator.

PENYAMPAIAN HADIAH PERMAINAN PASCA UPSR 2011

Cikgu Norazita menerima Medal untuk pasukan FUTSAL Wanita
Ustaz Zamli menerima Medal sebagai Juara FUTSAL Lelaki

Pada Ahad,23 Okt 2011,telah berlangsung pembahagian hadiah kepada para pemenang dalam Karnival Permainan Pasca UPSR yang mana karnival tersebut telah diuruskan oleh S/U sukan Sekolah iaitu Cikgu Mohd Fadzil di bawah kepimpinan Unit Kokurikulum.

Karnival permainan Pasca UPSR ini melibatkan pertandingan FUTSAL murid dan guru lelaki serta FUTSAL murid dan guru Wanita yang berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 15 Oktober hingga 19 oktober 2011 di padang sekolah.

Hadiah telah disediakan oleh Pn Dorothy,iaitu PK Kokurikulum berupa medal kepada 4 pasukan yang menyertai karnival tersebut.Pasukan FUTSAL lelaki telah dimenangi oleh pasukan FUTSAL yang diketuai oleh Ustaz Zamli bin Ya.Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En.Kamarudzaman bin Hashim semasa majlis perhimpunan pagi Ahad.Tahniah kepada pasukan yang menang.

Rabu, 12 Oktober 2011

KARNIVAL FUTSAL PASCA UPSR 2011 BERMULA

Guru Wanita dan pasukannya
Cikgu Zita gagah kejar bola.....
Berposing selepas bermain
Pasukan futsal lelaki

Pada Rabu 12 OKT 2011,jam 8.00 bermula dengan rasminya Karnival FUTSAL Pasca UPSR 2011.Karnival yang mempertemukan 4 pasukan Futsal lelaki dan 4 pasukan futsal perempuan murid tahun 6.

Dalam karnival ini,guru-guru dibahagikan mengikut pasukan dan paling menyentuh perasaan ialah ada guru wanita yang sanggup bersama menjayakan karnival ini.Teacher Azlin,Teacher Sabariah,Cikgu Ana,Cikgu Zita Cikgu Sala Cikgu Mafa adalah antara guru wanita yang turun padang hari ini.Esok mungkin ada lagi ramai guru wanita yang joint sama.

Kalangan guru lelaki ialah Cikgu Dir,Cikgu Key,Cikgu Ek,Taz Zul,Taz Zem,TAz Shah,TAk Fakro,Abg Pi dan Tn Hj Mohd Zor pun turut turun beri semangat.Karnival hari pertama berakhir jam 1015 pagi.Esok sambung lagi.Suasana meriah di padang menceriakan lagi pertandingan yang sememangnya diadakan setiap tahun selepas UPSR.

Selasa, 11 Oktober 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN ..GUANE FC DGN SK SRI BANDI 2

GUANE FC berbaju merah
MGK Sri Bandi2 di hadapan berbaju kelabu



Sama-sama bergaya.


Pada 11 Okt 2011,Selasa tepat jam 3 petang,Pasukan FUTSAL GUANE FC dari SK RKT Seberang Tayor mula bertola dari rumah masing-masing dan berkumpul di rumah Ustaz Zamli {Zem} pada jam 330 petang untuk bersama ke SK Sri Bandi2 kerana pada hari ini ada perlawanan persahabatan bolasepak di sana.


Pasukan GUANE FC yang tiba jam 345 ptg dikejutkan dengan keramaian murid dan guru dari SK Sri Bandi 2 menanti untuk melihat perlawanan HEBAT diantara dua sekolah ini.Turut kelihatan di padang ialah PK Kokurikulum SK Sri Bandi 2 yang merupakan bekas ustazah di SK RKT Seberang Tayor iaitu Pn Nafisah Salleh.


Perlawanan bermula pada pukul 415 petang dengan permainan yang cukup seimbang.Kemantapan pertahanan dari GUANE FC dari SK RKT Seberang Tayor menyukarkan pasukan SK Seri Bandi untuk membolosi gol pada separuh masa pertama. Ini membolehkan [pasukan GUANE FC menjaringkan dua gol pada masa pertama.Jaringan gol pertama oleh veteran Cikgu Zaik dan gol kedua oleh penyerang berkasut Lotto baru iaitu Cikgu Syed Amran.


Selepas rehat,pasukan GUANE FC yang tidak membawa pemain rezaf keletihan dan membolehkan pihak SK Sri Bandi 2 membalas 2 gol.Keputusan seri merupakan satu keputusan yang baik buat kedua-dua pasukan apabila pemainan tamat jam 530 petang.GUANE FC kemudiannya dijamukan mee goreng dan kerepok serta air sirap....kira okaylah tuuu.


SOFA BARU ...SUMBANGAN KEWANGAN YB ADUN AYER PUTEH

Menarik......
Sofa utama di letakjkan di bilik GB


Sofa kedua di bilik PK1.


Pada 10 OKT 2011,PK HEM iaitu Pn Asmarani bt Abdullah yang diberi tanggungjawab oleh Tuan Guru Besar untuk memilih dan membeli sofa bagi kegunaan sekolah dalam program rasmi telah memilih sofa dan ianya oterima oleh pihak sekolah pada hari isnin.


Sofa yang dibeli ini ialah hasil sumbangan kewangan YB ADUN Ayer Puteh iaitu YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar semasa beliau merasmikan Mesyuarat Agong PIBG yang lalu.Pihak sekolah bersama PIBG amat berterima kasih kepada YB atas sumbangan kewangan sehingga pihak sekolah dapat membeli sofa baru ini.Semoga sumbangan YB ini akan terus memberi manfaat kepada warga SKRKTST.


Buat masa ini,sofa tersebut diletakkan di bilik Guru Besar,bilik PK1 dan bilik PK HEM.

KARNIVAL FUTSAL PASCA UPSR 2011

Pasukan FUTSAL perempuan
Semua pemain berada di kerusi rehat


Guru-guru yang memberi sokongan berada di tepi padang


Cikgu Fadzil beraksi bersama murid


Ustaz Shah bersama pasukan Futsal lelaki



Bermula 10 Ookt 2011,Unit Kokurikulum dibawah Pengurusan Pn Dorothy telah mengadakan Karnival FUTSAL Pasca UPSR 2011 yang diuruskan oleh Setiausaha Sukan Sekolah {SUSS} Cikgu Mohd Fadzil Abdullah.Karnival yang berlangsung selama 4 hari ini akan berakhir pada Khamis 13 Oktober iaitu 2 hari untuk latihan dan 2 hari lagi untuk pertandingan.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah ,murid tahun 6 dibahagikan kepada 4 pasukan FUTSAL lelaki dan 4 pasukan FUTSAL perempuan.Manakala guru pula dibahagikan kepada 2 orang guru bagi setiap pasukan.Karnival yang berlangsung ini akan memulakan perlawanannya pada hari rabu dan khamis bagi memastikan juara karnival tahun ini.


Hadiah berupa medal disediakan oleh PK Kokurikulum.

Ahad, 9 Oktober 2011

KESAN BELANJAWAN 2011...SYUKUR

kami pun gembira kalau lagu ni..........

Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar


2011/10/08

KUALA LUMPUR: Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup.
Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.

Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.

Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.

KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.

Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rabu, 5 Oktober 2011

LAWAN BOLA PADANG PULOK......GUANE FC NI

GUANE FC {belakang} dan MGK SK Lmbh Jabor {Hadapan}
Pasukan GUANE FC



MGK SK Lembah Jabor





Pada Selasa 4 Okt 2011,Pasukan GUANE FC sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak padang dengan rakan guru dari SK Lembah Jabor,SG Pergam dan SK Cheneh bertempat di padang SK RKJT Seberang Tayor.


Kedatangan pasukan pelawat disambut penuh persahabatan dan bersalam-salaman diantara guru-guru....kerana ramai diantara pemain adalah rakan satu sama lain.Perlawanan yang bermula jam 530 petang dan berakhir jam 7.00 petang.


Dalam perlawanan kali ini,kedua-dua pasukan bermain dengan baik.Pasukan pelawat mendahului pasukan GUANE FC pada separuh pertama degan 2 kosong,namun pada separuh kedua,Abglong Dil telah menyumbat hatrik 3 gol menyebabkan keputusan berubah GUANE FC 3 dan pelawat 2.Namun minit terakhir,pelawat menyamakan kedudukan 3 sama dan pengadil pun menamatkan perlawanan.

Isnin, 3 Oktober 2011

GUANE FC VS MGK SK SRI BANDI 2....

MGK Sri Bandi 2....di belakang tuuu
GUANE FC baju merah...depan tuuu



Pada 3 Oktober 2011,Isnin malam selasa,Pasukan FUTSAL Guane FC dari RKT telah mengadakan perlawanan persahabatan FUTSAL dengan rakan-rakan guru dari SK Sri Bandi2 di Gelanggang FUTSAL Binjai.



Pertemuan yang kesekian kali ini diatur bagi mengeratkan lagi persahabatan antara guru-guru RKT dengan Sri Bandi 2 yang mana rata-ratanya adalah dari kalangan sahabat belaka.Perlawanan yang bermula jam 9.00 malam ini telah memperlihatkan permainan yang penuh dengan semangat kesukanan yang mana kedua-dua pasukan menurunkan pemain yang boleh bermain dengan baik.



Pada peringkat awal permainan,keadaan agak seimbangan dengan Sri Bandi membuka jaringan pada minit yang ke 15 dan diikuti degan jaringan-jaringan seterusnya yang akhirnya pada waktu kesudahan jam 1015 malam,pasukan GUANE FC telah mendahului MGK Sri Bandi 2 dengan 11 berbalas 7.



Antara barisan pemain GUANE FC yang turun ialah Zaki,Zaik,Zamli,Zulkifli,Lotpi,Hadi,Syed, Fadzil,Fakro dan Deli mana kala pemain dari SK Sri Bandi tyermasuklah,Mustafa,Azaha dan 8 orang pemain lagi yang belum sempat penulis ingat namanya.Kita jumpa lagi........

Sambutan Hari Jadi Murid.