Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS KHATAM QURAN 2011

Banner Program hasil En.Ahamad Litfi,EIO Ebook
Peserta Khatam bersiap sedia
Antara guru yang turut sama membaca quran
Ustaz Zamli mengetuai bacaan Quran
Tuan Guru Besar menyampaikan bunga telur kepada peserta Khatam

Pada 25 Ogos 2011,Khamis,Panitia agama Islam di bawah pimpinan Ustaz Zamli bin Hj Ya bersama Ustaz Zulkifli,Ustaz Fakrul,Ustaz Mohd Shahriza dan Ustazah Zainab telah mengadakan Majlis Khatam Quran sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Seramai 40 orang murid tahap 2 telah dipilih untuk mengkhatamkan quran pada hari ini yang mana bacaan quran ini dimulakan sejak awal ramadhan lagi.Program telah dimulakan pada pukul 11.00 pagi ini didahului dengan bacaan quran oleh 40 murid yang dipimpin oleh Ustaz Zamli dan Ustaz Fakrul.

Persiapan untuk menjayakan rogram ini telah bermula pada hari Rabu lagi.AJK dari kalangan guru wanita sibuk mengisi kurma yang disumbangkan oleh YB ADUN Air Puteh untuk diagihkan kepada 200 orang murid serta membuat bunga telur.

Selesai majlis membaca quran,40 orang murid telah dihadiahkan bunga telur oleh Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim.Selain itu murid juga diberikan semangkuk nasi kunyit dan kurma sumbangan Kerajaan Negeri yang disumbangkan oleh Pejabat DUN UMNO/BN Ayer Puteh.Majlis selesai jam 12.00 tgh.


Selasa, 16 Ogos 2011

LAWATAN PEGAWAI DARI JPNT MEMANTAU LINUS

Pn Salamiah dan Pn Rohaya berbincang bersama Pegawai JPNT

Pada 16 Ogos 2011,Selasa.Lebih kurang pukul 12.00 tengahari,sekolah ini telah dikunjungi oleh En.Mohd Zaki ,Pegawai dari JPNT bagi meninjau perjalanan LINUS tahun 1.Kehadiran Pegawai dari JPNT ini disambut oleh PK 1 Tn Hj Mohd Zor Ali .

Kehadiran Pegawai JPNT ini adalah bertujuan untuk bertemu dengan Guru LINUS Tahun 1 iaitu Rohaya dan Pn Salamiah serta untuk mengetahui perkembangan LINUS yang melibatkan murid tahun 1.Pn Rohaya yang mengajar Bahasa Melayu dan Pn Salamiah pula mengajar Matematik.

Isnin, 15 Ogos 2011

KEMAS KINI SAPS....GURU SKRKTST SEDANG ISI

Cikgu Salamiah mengisi markah dalam SAPS di bilik guru
Data dari komputer yang dapat di akseskan
Paparan mana murid yang disiapkan
Sedang menunggu data di akseskan
Mengisi data di mana sahaja.

Pada 15 Ogos 2011,Isnin,Guru-guru SKRKTST mula mengisi data markah peperiksaan akhir tahun 2011 apabila Penyelia Unit SAPS Sekolah ini iaitu Pn Azlin bt Yahaya memberi makluman menyatakan data tersebut sudah boleh diisi.Melalui Kemaskini data murid yang telah dilakukan oleh Cikgu Azlin dan guru-guru kelas,maka semua markah peperikaan pertengahan tahun 2011 sudah boleh dikemaskini ke dalam sistem tersebut.

Disebabkan ruang yang terhad dan bimbang jika berlaku kesukaran untuk mengisi markah akibat dari ramainya pengguna yang bersedia untuk mengisi data tersebut,guru-guru SKRKTST mengambil peluang di mana sahaja yang boleh untuk mengisi markah tersebut,samaada di makmal Ebook,di bilik guru ataupun di dalam bilik darjah semasa mengawasi peperiksaan OTI4.

Dengan penerangan yang sistematik dari Pn Azlin tentang cara mengisi data tersebut,kesukaran untuk mengisi data tidak berlaku dikalangan guru di sekolah ini.

MURID DAN KAD HARI RAYA TAHUN INI

Murid memilih kad hari raya
Harganya...murah saja...
Menanti murid.....
"Ini kad yang saya beli...."kata Maizurah Hamsa

Pada 15 Ogos 2011,Isnin,setelah selesai menghadapi Ujian OTI4,rata-rata ramai murid mengerumuni tempat rehat untuk mendapatkan Kad Selamat Hari raya yang dijual melalui Kedai Sekolah.Dengan harga yang berpatutan iaitu bermula dengan harga 50 sen,60 sen dan 70 sen,murid dapat membelinya.

Sebanyak 150 keping kad selamat hari raya dipamerkan dan ianya habis umpama goreng pisang panas.Kad selamat hari raya ini merupakan inisiatif Kedai sekolah untuk membantu murid menghantar kad raya kepada rakan-rakan dalam kelas serta kepada guru dan ibubapa.

Kad hari raya ini diuruskan penjualannya oleh Cikgu Zaik bersama murid tahun 5.Walaupun sudah habis dijual,namun permintaan untuk mendapatkan kad raya masih lagi ada dan meminta diadakan pada hari esok pula.

2 MURID SERTAI PERTANDINGAN ESEI BM DAN BI PROGRAM KEBERSIHAN DAERAH 2011


Dua esei yang mewakili sekolah ini

Pada 14 Ogos 2011,Ahad .Di Bawah Unit HEM yang diterajui oleh Pn Asmarani bt Abdullah, Sekolah ini di bawah JK Kebersihan sekolah telah menghantar 2 esei iaitu Esei BM dan esei BI untuk pertandingan Esei Program Kebersihan 2011 peringkat daerah Kemaman.

Bagi memudahkan murid menulis esei,Pn Sabariah ditugaskan membimbing murid menulis esei BI dan Pn Rohana pula membimbing murid menulis esei BM.Esei BI disempurnakan penulisannya oleh Adik Nor Farahana bt Mat Rodin dan esei BM pula ditulis oleh adik Azza Izzana bt Yahaya.Kedua-dua esei ini telah dihantar ke unit Ko akademik,Pengurusan Sekolah PPD Kemaman. Sama-sama kita doakan agar sekolah ini ada harapan untuk berjaya dalam pertandingan penulisan esei ini.

Ahad, 14 Ogos 2011

OTI 4 SUDAH BERMULA.....

Murid Tahun 4 sedang menjawab soalan
OTI4 sudah bermula...murid bersedia untuk menjawab soalan


Pada 14 Ogos 2011,Ahad bermulalah Ujian OTI4 untuk tahun 2 hingga 5.Ujian yang meliputi subjek teras ini serentak di semua sekolah di seluruh negeri Terengganu.Di sekolah ini,ujian OTI4 bermula pada pukul 8.00 pagi dengan subjek pertama ialah BM Pemahaman.Ujian ini akan berlangsung selama 4 hari iaitu Ahad,Isnin,Selasa dan disambung pula dengan Khamis.

Seramai hampir 150 orang murid terlibat dengan ujian kali ini .Bagi murid tahun 6 pula,kelas Anjal mengisi ruang waktu menggantikan peperiksaan manakala bagi tahun 1 pula,pembelajaran berjalan seperti biasa.

Turut memantau perjalanan ujian OTI4 ini ialah setiausaha peperiksaan,Pn Azlin bt Yahaya manakala tuan Guru Besar turut memastikan ujian hari ini berjalan seperti yang tercatat dijadual.


Khamis, 11 Ogos 2011

KAIN RENTANG PERTANDINGAN KEBERSIHAN 2011

Kain rentang yang dipamerkan
Murid bersama gembira melihat kain rentang sudah siap
Cikgu Zaik menyiapkan sentuhan terakhir kain rentang
Kain rentang dijemur untuk keringkan cat
Cikgu Zaik dan Ustaz Chah yang turut membantu idea menghasilkan kain rentang

Pada 11 Ogos 2011,sekolah ini telahpun menyiapkan kain rentang untuk pertandingan Kain Rentang Kebersihan 2011.Semua sekolah dalam daerah Kemaman diwajhibkan memasuki pertandingan ini dan sekolah ini tidak terkecuali.

Di bawah Pengurusan Unit HEM pimpinan Pn Asmarani Abdullah ,JK Kain Rentang yang diketuai oleh Cikgu Mat Zaik telah dapat menyiapkan kain rentang sebagaimana yang tertera.

Rabu, 10 Ogos 2011

KAIN RENTANG UPSR DARI PENGURUSAN FELDA


Banner sumbangan Pihak Pengurusan Felda


Pada 9 Ogos 2011,sekolah ini telah menerima sehelai kain rentang UPSR dari pihak pengurusan Felda Seberang Tayor.Kain rentang ini melambangkan bahawa pihak sekolah dan pihak pengusan Felda sentiasa bekerjasama dalam memastikan pencapaian murid UPSR di sekolah ini.

Pihak sekolah amat berbesar hati atas sumbangan kain rentang ini yang mana ianya akan memberi suntikan semangat kepada murid untuk memastikan kejayaan yang terbaik dalam UPSR tahun ini.

PASANG JALUR GEMILANG SAMBUT KEMERDEKAAN

Pemandangan dari luar sekolah
Digantung untuk mencantikkan suasana
Deretan bendera
Menarik perhatian

Pada 27 Julai 2011,bermulanya kempen pemasangan jalur Gemilang sempena sambutan Kemerdekaan tahun ini,SKRKTST turut serta memeriahkankan kempen ini.Dibawah pengelolaan PK Kokurikulum,Pn Dorothy,sekolah ini mula menghiaskan laman dan ruang dengan deretan kibaran Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang di pasang di hadapan pintu pagar sekolah serta di bangunan sekolah yang mana ianya menceriakan lagi kempen pemasangan Jalur Gemilang ini.Kerja pemasangan ini dilakukan oleh pekerja swasta sekolah iaitu Pok Zahid dan Pok Ngoh Hussin.

SEMINAR MENJAWAB SAINS UPSR KALI KE 2


Pada Isnin,8 Ogos 2011,dalam suasana bulan Ramadhan,sekolah ini telah mengadakan Seminar menjawab soalan sains kepada 80 orang murid yang terdiri dari tahun 5 dan 6.Seminar 2 jam yang bermula pukul 2.00 ptg ini di sampaikan oleh Fasilitator Sains dari SK Cukai iaitu Cikgu Mohd Shariman bin Hamdan.
Murid yang terlibat
Fasilitator menyampaikan seminar
LCD digunakan sebagai pemudah penyampaian

Inisiatif JK Penjana 7 dalam memantapkan pengetahuan murid untuk menjawab sains ini adalah merupakan susulan dari perancangan rapi PK1 iaitu Tn Hj Mohd Zor bin Ali bagi memastikan murid mendapat pendedahan secukupnya untuk menjawab soalan UPSR dalam usaha mengekalkan pencapaian murid 5A seramai 9 orang dalam UPSR tahun ini.

Turut hadir bersama memerhatikan penerangan yang disampaikan oleh fasilitator ialah Pn Noorazita Razali,guru sains tahun 6 dan Cikgu Zaik guru Sains tahun 5.Majlis berakhir jam 4.00 petang.

GURU HANTAR MURID PECUTAN AKHIR UPSR DI SMK SERI CENEH

Pn Masliza dan Pn Marfa,yang menghantar murid bersedia untuk bertolak
Ustaz Zulkifli bersama 9 orang murid yang terlibat

Bermula 7 Ogos hingga 10 Ogos,murid-murid UPSR dari sekolah ini terlibat dengan Kem Pecutan Akhir UPSR Daerah Kemaman Zon PKG Cheneh.Seramai 4 orang murid terpilih untuk subjek Bahasa Malaysia pada 7 Ogos manakala 10 untuk BI,9 untuk SN dan 7 untuk M3.

Murid ini dihantar bergilir setiap hari bermula dengan hari Ahad ,murid dihantar oleh Guru Besar sendiri,Isnin oleh Pn azlin dan Pn salamiah,Selasa oleh Cikgu Zaik dan Ustaz Zulkifli dan Rabu oleh Pn Masliza dan Pn Marfazilia.Program yang bermula jam 830 pagi ini berakhir jam 1130 pagi setiap hari.Guru-guru pengiring ini disediakan duit minyak sebanyak RM15.00 seorang oleh pihak pengurusan sekolah.

Selasa, 9 Ogos 2011

BONUS ..TERIMA KASIH PM...HIDUP PM

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM, RM500 UNTUK PESARA


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Ahad, 7 Ogos 2011

SEMINAR MENJAWAB MATEMATIK UPSR

Peserta seminar
Penggunaan LCD oleh penceramah
Antara guru yang hadir
Cikgu Ramli menyampaikan seminarnya

Pada 7 Ogos 2011,Ahad ,Unit Kurikulum pimpinan Tn Hj Mohd Zor bin Ali di bawah JK Penjana 7 yang di pengerusikan oleh Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof telah mengadakan Seminar Menjawab Soalan Matematik UPSR untuk murid tahun 5 dan 6.Seramai 50 orang murid terlibat bersama 3 orang guru iaitu Pn Maslizawati,Pn Marfazilia dan Pn Rohana.

Seminar yang berlangsung di dewan SKRKTST ini telah disampaikan oleh Fasilitator jemputan iaitu Cikgu Ramli Yaakop dari SK Pusat.Seminar yang berlangsung pada bulan Ramadhan ini tidak menjadi halangan untuk 50 orang murid mengikutinya dengan penuh minat.

Seminar dimulakan pada pukul 2.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang

Sabtu, 6 Ogos 2011

LAWATAN MURID BERSAMA GURU KE KT

Murid bergambar di hadapan pintu masuk Muzium
Guru Besar bersama Cikgu Zulkifli berehat
Murid dan guru besar
Ahamad Lotpi dan murid lelaki tahun 6

pada 30 Julai 2011,Sabtu seramai 40 orang yang terdiri dari 30 orang murid Tahun 6 dan 10 orang guru dan kakitangan sekolah telah mengadakan Lawatan ke Kuala Terengganu di bawah Program Sekolah iaitu Santai Minda.Murid Tahun 6 ini terdiri dari murid yang berjaya mendapat A seperti yang dijanjikan.

Program yang diilhamkan oleh Tuan Guru Besar ini berlepas pada jam 730 pagi menuju ke bandaraya Kuala Terengganu.Antara destinasi lawatan ialah Taman Tamadun Islam,Muzium Negeri,Bukit Puteri, Masjid Terapung,Pantai Kelulut,Mydin dan beberapa tempat lagi.

Antara guru yang turut serta ialah Cikgu Rohana,Cikgu Salamiah,Cikgu Zulkifli {Suami Cikgu Rohana}EIO Ebook,Ahamad Lotpi manakala lawatan ini diketuai oleh tuan guru besar sendiri iaitu En.Kamarudzaman bin Hashim.

Khamis, 4 Ogos 2011

BAHAN YANG PERLU DIKITAR SEMULA

Barangan yang perlu dihapuskan di atas pick-up
Semua barangan ini rosak,bocor,patah,tembus tak boleh digunakan...

Pada 4 Ogos 2011,setelah melakukan kerja gotong royong membersihkan kawasan sekolah sempena kempen Negeri Bersih Rakyat Sihat,sejumlah bahan tak boleh digunakan lagi telah dapat dikumpulkan.

Bahan-bahan tersebut tidak perlu lagi berada di kawasan sekolah dan ianya telah diisi ke dalam pick-up untuk dihapuskan.Semoga ianya tidak lagi menjadi bahan menyemakkan di sekolah ini dalam usaha sekolah untuk memastikan tiada tempat untuk pembiakan nyamuk aedis dan dalam usaha memastikan kawasan sekolah ceria.


Selasa, 2 Ogos 2011

BARANGAN KESIHATAN UNTUK SEMUA

Cikgu Harun mendengar penerangan yang diberi
Pn Siti Zubaidah memeriksaan tahap kesihatan

Pada 2 Ogos 2011,Selasa,sebuah syarikat memperkenalkan produk pemeriksaan kesihatan telah hadir bersama alatan kesihatan untuk dipromosikan kepada guru dan pekerja sekolah.Antara alatan tersebut ialah untuk pemeriksaan tahap kesihatan ,alatan untuk urutan belakang dan alatan pemertiksaan kencing manis.

Dalam pemeriksaan itu,penulis dapati terdapat 6 yang ditanda amat tinggi dan 4 sahaja ditanda OK.Katanya,penulis tidak lulus ujian kesihatan dan perlukan rawatan serta menjaga pemakanan.Melalui pemeriksaan tahap gula pula,penulis mendapat markah 6.7.Tinggi dan perlu juga berhati-hati,kurangkan makan benda manis dan nasi katanya.

Melalui pemeriksaan tersebut satu keputusan telah dikeluarkan dan atas keyakinan semua pula untuk mempercayai atau tidak keputusan yang dinyatakan.Alatan tersebut bernilai RM1900.

TAKLIMAT HRMIS DAN SAPS






Pada 2 Ogos 2011,Selasa jam 1015 pagi,dua taklimat penting telah diadakan iaitu Taklimat HRMIS dan Taklimat SAPS.Taklimat HRMIS telah disampaikan oleh Pn Salamiah bt Husoh iaitu berkaitan dengan pengisdian data dan maklumat perkhidmatan guru secara online.

Manakala Taklimat SAPS pula telah disampaikan oleh Pn Azlin bt Yahaya iaitu berkaitan dengan markah peperiksaan murid yang apat diakses secara online.

Turut hadir dalam taklimat ini ialah emua guru dan pentadbir iaitu Guru Besar,PK1 dan PK Ko.
Dalam taklimat ini HRMIS hendaklah diisi sepanjang masa manakala SAPS hendaklah selesai sebelum blan September ini.Taklimat brakhir jam 1045 pagi.

Sambutan Hari Jadi Murid.