Khamis, 30 Jun 2011

MURID THN 6 BERJAYA DALAM OTI 2 DIRAIKAN

Tuan Guru Besar menyematkan lencana kepada Aidil Ikhwan yang berjaya




Ahmad Taqiudin pelajar 5A menerima lencana


Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan dan
menyucapkan syabah kepada murid yang berjaya



Pada 26 Jun 2011,Unit Pentadbiran akademik di kelolaan Tn Hj Mohd Zor Ali, PK1 telah menganugerahkan Lencana Kejayaan kepada 4 orang murid yang berjaya mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan OTI2 baru-baru ini iaitu 5A untuk Ahmad Taqiudin,3A untuk Aidil Ikhwan,Azra Izana dan Farahana Mat Rodin.




Lencana Kerjayaan ini akan dipakai oleh murid sepanjang berada di sekolah bagi menandakan kejayaan yang dicapai sehinggalah kepada ujian OTI3 pada bulan Julai 2011 nanti.Lencana kejayaan ini telah disempurnakan penyampaiannya oleh Tuan Guru Bersar,En.Kamarudzaman bin Hashim.

Rabu, 29 Jun 2011

JANA ILMU MP SAINS UPSR

Cikgu Shairun menyampaikan ceramah
Pelbagai teknik diperjelaskan oleh cikgu Shairun


Murid melihat tayangan


Pada 10 Mei 2011,UNIT Akademik di bawah JK Penjana 7 telah mengadakan Program Penjana Ilmu untuk matapelajaran Sains bagi murid UPSR.Program yang diadakan untuk murid tahun 5 dan 6 ini disampaikan oleh guru pakar Sains dari SK Cheneh Baru iaitu Cikgu Shairun Mahyuddin.Program yang bermula jam 815 pagi ini berakhir jam 1045 pagi.

PEMBAHAGIAN DUIT KWANP

Kaum bapa dan ibu yang hadir
Guru kelas mengagihkan duit kwanp



Beratur ikut giliran


Berbual sebelum pulang


Pada hari Selasa 21 JUN 2011,sekolah ini telah mengadakan hari pembahagian duit kwanp kepada ibubapa murid yang layak mendapat bantuan.Bantuan duit kwanp yang diuruskan oleh unit HEm dengan kerjasama semua guru kelas telah diagihkan bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 1245 tgh.Semua guru kelas terlibat dalam pembahagian tersebut yang diadakan di bilik guru.Setiap murid diperuntukan sebanyak RM200.00 seorang.Terima kasih Kerajaan Malaysia yang pemurah.

GUANE FC...BANYAK KALI MAIN

Bertemu dengan SK Seri Geliga

Bersama pasukan SK Seb Tayor...


Berehat semasa bermain dengan Bt 14


Bertemu dengan SK Seri Bandi2




Lama tak tulis tentang pasukan FUTSAL paling glamour di sekolah ini,GUANE FC yang sentiasa mengadakan perlawanan persahabatan dengan berbagai pasukan dari kalangan guru-guru dari sekolah-sekolah daerah Kemaman.



GUANE FC yang telah membooking padang Futsal YB ADUN Ayer Puteh di Binjai sentiasa mengadakan perlawanan pada Isnin malam Selasa bermula jam 9.00 malam sampai 10.30 malam.



Antara pasukan yang telah dipertemukan dengan pasukan futsal GUANE FC ialah pasukan dari SK Sri Geliga pada 13 Jun 2011 di bawah kepimpinan Mat Sharfiza......GUANE FC dibelasah teruk juga malam tu...tapi semangat kesukanan tetap ada........18 berbalas 11 gol.




Selain itu,GUANE FC telah juga mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan SK Seri bandi2 pada 20 Jun 2011..kali ini GUANE FC pula mengalahkan sahabat kita ini.....Malam ini,Pengurus pasukan iaitu Ahamad Lotpi telah menjadi pemain paling bergaya apabila banyak menjaringkan gol.



Dan pada 27 JUN 2011,GUANE FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukna dari SK Pusat Kemaman di bawah kepimpinan Cikgu Mat Yee,Cikgu Khairi dan beberapa orang lagi..kali ini ..macam biasa GUANE FC tewas 16 -14....




Yang pasti...GUANE FC tetap aktif bermain...bermain untuk kesihatan.Selain bermain di padang FUTSAL...GUANE FC juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kampung bagi menjalinkan tali silatul rahim antara guru dengan bapa murid.Perlawanan dengan pasukan bolasepak Kg batu 14 telah diadakan di padang bolasepak Kampung batu 14,Kemaman.Dalam perlawanan tersebut,Pasukan GUANE FC telah berjaya mendahului lawan dengan 3-1.

Selasa, 28 Jun 2011

USTAZ ZULKIFLI...SELAMAT DATANG KE RKT

Ustaz Zulkifli memperkenalkan diri dalam majlis perhimpunan



Pada 19 JUN 2011,sekolah ini menerima berita baik apabila berlaku pertambahan seorang guru agama....kehadiran Ustaz Zulkifli Ibrahim dari Sk Seri Bandi 2 meramaikan lagi guru lelaki di sekolah ini.

Ustaz Zulkifli bin Ibrahim yang pada mulanya bertugas di Sarawak selama 12 tahun dan kemudian balik ke semenanjung dan bertugas di SK Sri Bandi 2 seterusnya diminta bertugas di sekolah ini hadir bagi mengisi kekosongan guru agama apabila Ustazah Napisah berpindah ke SK Sri bandi 2 sebagai PK Kokurikulum.Seluruh warga RKT mengalu-alukan kehadiran Ustaz Zulkifli di sekolah ini.Pengumuman kehadiran Ustaz Zulkifli diwar-warkan sendiri oleh Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman Hashim dalam satu majlis perhimpunan.

Selasa, 14 Jun 2011

SAH...BERCUTI AHAD INI

Cuti Umum Terengganu Kejayaan Piala FA dan SUKMA 2011

YAB MB Terengganu.......


KUALA TERENGGANU - YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu mengumumkan CUTI UMUM sempena Kemenangan Piala FA dan Kejuaraan SUKMA 2011 bagi seluruh Negeri Terengganu pada hari AHAD, 19 JUN 2011.

Selamat bercuti Jumaat,Sabtu dan Ahad. Terima Kasih Menteri Besar..Tahniah Terengganu Kite !!

Warga SKRKT Seberang Tayor Kemaman mengucapkan tahniah kepada kerajaan Terengganu ke atas kejayaan BESAR Terengganu dalam Piala FA dan SUKMA 2011.

Isnin, 13 Jun 2011

CIKGU SYED AMRAN BERTUKAR KE SK PASIR GAJAH


Cikgu Syed Amran atau nama gelemenya Joe telah bertukar ke SK Pasir Gajah Kemaman berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.Beliau yang mengajar Kelas Pemulihan di SK RKT Seberang Tayor akan memulakan khidmatnya pula di sekolah baru sebagai Guru Kelas Pemulihan.

Cikgu Syed Amran telah berkhidmat di sekolah ini hampir 8 tahun dan pernah menjadi Pengerusi MGK selama satu Penggal,menjadi setiausaha PIBG selama satu penggal dan merupakan seorang guru yang aktif sama ada dalam bidang sukan maupun dalam tugas-tugas tertentu.

Semoga Cikgu Syed Amran akan dapat menaburkan bakti di sekolah yang baru.Sesungguhnya Guane FC kehilangan seorang sahabat yang akrab dan senang diajak berunding.Hidup Cikgu Syed di sekolah yang baru.

TERANUNG HEBAT SUNGGUH.....

Tahniah Terengganu kite !!

Marzuki Yusof - Pemain Terbaik
Tahniah kepada Pasukan Bola Terengganu yang telah mengalahkan Kelantan 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA edisi ke-22.

Sambutan Hari Jadi Murid.