Selasa, 29 Mac 2011

PASUKAN BOLASEPAK SEKOLAH

Pasukan SKRKTST bersedia Dah nak mula niii
Peminat menanti
Jurulatih bersama berbincang
Pasukan SKRKT ST sedang menyanyikan lagu sekolah


Pada 28 Mac 2011,Isnin jam 230 petang,Pertandingan 4 pasukan kumpulan A Bolasepak PKG Ceneh iaitu dari SK RKT ST,SK Neram 1,SKAP dan SKST telah dipertemukan di padang SK Seberang Tayor.




Dalam pertandingan ini,pasukan bolasepak sekolah telah tewas 1-0 kepada pasukan SKAP melalui gol penalti,kalah lagi kepada SK Neram 1 sebanyak 1-0 dan kalah lagi pada SK Seberang Tayor 1-0.




Kekalahan ini bukanlah bermakna pasukan ini lemah,namun kejayaan menyebelahi pasukan lawan dan pemain pasukan sekolah ini telah bermain dengan baik melalui tunjuk ajar para jurulatih yang terdiri dari Cikgu Zaik,Ustaz Zamli,Cikgu Zaki,Cikgu Fadhil,Cikgu Fakrul dan Cikgu Shahriza.




Dalam pertandingan ini,SK Seberang Tayor dan SK Neram 1 mewakili kumpulan A untuk ke separuh akhir pada 30 Mac 2011 di SK Felda Cerul.





BERITA DALAM BHS INGGERIS



On March 28, 2011, Monday at 230 pm, 4 Competition Group A soccer team of the SK PKG Ceneh CTR ST, SK Neram 1, SKAP and SKST were made in the field SK Seberang Tayor.In this competition, the school football team had lost 1-0 to the team SKAP through a penalty goal, losing again to the SK Neram 1 by 1-0 and lost again 1-0 at SK Seberang Tayor.This defeat does not mean this team is weak, but success in favor of the opposing team and school team players have been playing well through the guidance of instructors consisting of Zaik teacher, Ustaz Zamli, Cikgu Zaki, Fadhil teacher, teacher and teacher Fakrul Shahriza.In this competition, and SK SK Seberang Tayor Neram 1 represents a group A for the semi-final on March 30, 2011 at SK Felda Cerul.

Sabtu, 26 Mac 2011

LOGO GUANE FC

LOGO KELAB FUTSAL GUANE FC

FuYooooo......inilah dia LOGO kelab FUTSAL Guru Lelaki dari SK.RKT Seberang Tayor.
Penubuhan kelab FUTSAL GUANE FC belum lagi ditepung tawarkan namun Guane FC sudahpun mempunyai LOGO tersendiri yang bakal dicopkan di atas Jersey Baru ADIDAS warna MERAH yang baru ditempah di Kuala Besut.Made in China babe.....Adidasnya.

Walaubagaimanapun,kesungguhan guru lelaki untuk mengeratkan silatul rahim dengan semua guru dari sekolah lain dan masyarakat sekitar telah menghasilkan LOGO yang amat menyerupai KELAB ternama England....Chalsea......

Yang Penting:

GUANE tu merupakan bahasa TULEN Loghat TERENGGANU kita....{MACAMANA...}
Harimau Garang...menerkam bola...menunjukkan kesungguhan dan semangat pemain nya....
Lima bintang......menunjukkan itulah tahap yang ingin dicapai oleh Kelab ini...HOTEL 5 Bintang
Apa-apapun....tafsiran boleh dibuat sendirilah....lawatilah kat FB...taip Guane GC...pasti boleh jumpa.....

Jumaat, 25 Mac 2011

PENGUSAHA KANTIN SK RKT ST

Pengusaha kantin sehari sebelum Gred A bertukar Gred B

Sudah dua tahun,En Ismail dan isterinya diberi peranan untuk menguruskan kantin sekolah ini.Dengan kecaknaan dan keprihatinan pengusaha kantin ini,maka selama dua tahun kantin ini telah mendapat GRED A kebersihan .

Sejak memulakan tugas sebagai pengusaha kantin sekolah ini,En.Ismail dan isterinya,Pn Yuskamanila telah berjaya mengubah suasana keceriaan kantin dan susunan meja serta kebersihan dalam kantin serta tempat memasak.

Namun,pada tahun ini,pihak kesihatan telah membuat penilaian baru dan telah meletakkan
tahap kebersihan kantin kepada B.Walaubagaimanapun,ianya pasti tidak mengecewakan pihak pengusaha kantin kerana kebersihan tetap terjaga diutamakan.

GUANE FC..KENA LAGI

Rembatan kencang ditahan oleh FARK
MERANT cuba menahan bola...
Barisan pemain GUANE FC dan SEBTAYOR FC

Pada 24 Mac 2011,Petang Khamis,dengan pemain seramai 7 orang,Guane FC turun tanpa Keeper handalannya Cikgu Key bertemu dengan rakan dari Seberang Tayor FC yang hari ini memakai baju baru NIKE putih biru.Guane FC yang memakai baju OREN telah turun dengan semangat yang agak kurang membara apabila tidak dapat bermain dengan TEAM yang penuh.Seorang pemain import telah dijemput oleh GUANE FC dari Pasir Gajah atau nama tempatnya yang asal ialah SAND ELEPHANT.

Dalam perlawanan ini,GUANE FC kerap membuat kesilapan dalam penghantaran bola yang mana pihak lawan dapat membaca rentak GUANE FC.Guane FC yang membuka jaringan walaubagaimanapun telah diamuk lawan iaitu dengan kiraan lawan dapat 15 gol dan GUANE FC dapat lapan.

Striker GUANE FC iaitu ZEM Zident hanya dapat menjadi keeper kerana kecederaan yang belum pulih semasa berentap melawan Jabor FC dua minggu yang lalu.Sementara Pengurus merangkap pemain LOQ-P gagal menjaringkan sebarang gol.Pemain lain seperi FARK,MERANT dan DHILL serta EIGHT boleh dikatakan 70 peratus cergas.Manakala pemain import iaitu AFZA boleh bermain dan sekaki.

UNtuk makluman,kekalahan ini memang dirancang bagi memberi impak kegembiraan kepada pasukan lawan yang pertama kali memakai jersey baru.........!!!!!!

KAKITANGAN SKRKTST IKUT BERKABUNG

MAKLUMAN PERKABUNGAN


Semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri/ Persekutuan dan Badan-Badang Berkanun di dalam negeri Terengganu dikehendaki menghormati perkabungan atas kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah, D.K., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Selangor) binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhajselama 40 hari bermula 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 dengan memakai:

  1. Bagi pegawai dan kakitangan Lelaki Melayu,memakai songkok berlilit kain putih berukuran 1 inci;
  2. Bagi pegawai dan kakitangan Wanita Melayu,berselendang/kain tudung berwarna putih;
  3. Bagi pegawai dan kakitangan Bangsa lain,bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam(armband) di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita;
  4. Bagi Polis dan Tentera menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan masing-masing.
.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(12) bertarikh 22 Mac 2011

Sementara bagi pengibaran bendera pula ,semua Bendera Negeri dan lain-lainBendera kecuali Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di Jabatan-Jabatan dan Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri,Persekutuan,Badan-Badan Berkanun serta Pihak Penguasa Tempatan,Bangunan-Bangunan Perniagaan,Perusahaan dan Kediaman hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang mulai 21 Mac 2011 hingga 29 April 2011 iaitu tempoh 40 hari perkabungan

.... SUK.TR.(S) 490/1/2-(13) bertarikh 22 Mac 2011

Ahad, 20 Mac 2011

SKRKTST ADA FACEBOOK




Bermula 1 Mac 2011,SKRKT Seberang Tayor telah mula mengaktifkan Facebooknya untuk menjadikan ianya sebagai medan bertukar pandangan dan sebagai medan info kegiatan sekolah selain dari blog yang telah ada.Facebook ini mempelawa semua bekas murid dari sekolah ini untuk bertukar-tukar pandangan serta memberikan maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama.

Selain dari bekas murid,FB sekolah ini juga mengudang semua bekas guru yang pernah mengajar di sekolah ini bermula tahun 1962 sehinggalah sekarang untuk berkongsi prngalaman,cerita dan pandangan berkaitan sekolah ini.


UCAPAN TAHNIAH DARI PM


KUALA LUMPUR 18 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada 1,987 guru terlatih atas kejayaan mereka menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian pada Istiadat Konvokesyen Berpusat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kali pertama pada 16 dan 17 Mac lalu.
Perdana Menteri turut berbangga di atas kejayaan mereka yang merupakan sebahagian daripada barisan pertama guru-guru memperoleh ijazah tersebut.

"Pencapaian ini sangat bermakna bagi saya, apatah lagi ia adalah lanjutan dasar untuk memantapkan sistem pendidikan guru di bawah Akta Pendidikan 1996.

''Pindaan akta ini pada 2008 memperuntukkan kuasa kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) menganugerahkan sijil, diploma dan ijazah perguruan kepada graduan," katanya dalam perutusan khas yang diberikan Perdana Menteri kepada semua penerima ijazah tersebut baru-baru ini.

Pada istiadat konvokesyen itu, seramai 1,987 guru terlatih dan berkualiti dari 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara yang berjaya menamatkan pengajian selama lima tahun enam bulan, menerima ijazah masing-masing.

Istiadat itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin.

Dalam perutusannya juga, Perdana Menteri berharap, kejayaan itu dapat mendorong para guru berkenaan menjadi lebih bersemangat mencurahkan khidmat bakti.

"Semoga mereka dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di IPG demi kecemerlangan pendidikan generasi muda dan negara," ujarnya

Jumaat, 11 Mac 2011

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS





Pada Khamis,10 mac 2011,Jam 1045 pagi telah diadakan majlis Pengtauliahan Pengawas Sekolah,Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Buku Teks.Majlis yang murni ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Balai Polis Ayer Puteh,Koperal Shamsudin.Turut serta dalam majlis ini ialah Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim.Selain itu ,PK1,PK HEM dan PK Ko turut hadir bersama.

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri.Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Syed Amran Tuan Padan.Dalam ucapan perasmian,wakil Polis telah menyatakan bahawa perlantikan pengawas ini adalah asas kepada pembentukan disiplin yang baik.Selain itu pencegahan jenayah boleh dilaksanakan melalui pemerhatian dan disalurkan pula maklumat jenayah kepada pihak polis.

Dalam majlis ini seramai 52 orang murid telah menerima watikan perlantikan Pengawas yang disampaikan bersama oleh Tuan Guru Besar dan Wakil Polis.Majlis berakhir jam 1145 pagi.

Rabu, 9 Mac 2011

GUANE FC..DIAMOK LAWAN

Dua pasukan bergambar
Our Keeper........Key
Scoreer kita menggelecek sakan

Pada 8Mac 2011 Selasa,bertempat di gelanggang FUTSAL Cheneh Baru,GUANE FC telah mengadakan perlawanan FUTSAL persahabatan dengan rakan-rakan guru dari Kelab FUTSAL SK Lembah Jabor Kemaman.Pasukan yang diketuai oleh En.Ahmad Loq-P ini telah ditewaskan oleh pasukan SK LJ sebanyak 21 -16.

Keputusan yang memang telah diatur ini bagi membolehkan pasukan lawan memenangi perlawanan ini adalah merupakan strategi yang diatur oleh penyerang handalan guane fc iaitu Dhell dan Merant.

Kekalahan yang bezanya 5 gol ini telah memberi peluang kepada pasukan Guane FC mengkaji strategi perlawanan tambahan pula dengan pemain seramai 7 orang sahaja,GUANE FC bermain dengan penuh berhemah.Namun kecederaan yang menimpa penyerang GUANE FC iaitu Zem Zident di bahagian peha menyebabkan GUANE FC akur untuk tewas kepada Jabor FC.Namun kehebatan Keeper Guaner FC iaitu Cikgu Key dapat menyelamatkan banyak cubaan dari Jabor FC.Pasukan Jabor FC dipimpin oleh geng lama Ustaz Zukey dan Cikgu Man kita.

Perlawanan yang bermula jam 830 malam berakhir jam 10.00 malam dan kedua-dua pasukan pekena teh tarik dan roti canai di R & R Cheneh.


UJIAN OTI 1 BERMULA DI SEKOLAH INI

OTI 1 Sains......Hari Rabu
Nor Eliana Shamimi tahun 4 menjawab soalan
Suasana peperiksaan dalam kelas
Normaizurah tekun memikirkan jawapannya
Cikgu Zaik mengawasi murid menjawab soalan

Pada Isnin 7 Mac 2011,bermulalah ujian pertama OTI1 diseluruh sekolah kebangsaan di negeri Terengganu.Begitu jugalah di sekolah ini,ujian OTI bermula melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 6 yang berjumlah 198 orang.

Ujain OTI1 ini adalah bertujuan untuk menguji kebolehan murid setelah 2 bulan belajar dengan topik yang telah dikenalpasti.Perancangan yang baik melalui susunan jadual yang diatur oleh Setiausaha Peperiksaan,Pn Azlin Yahaya,ujian OTI1 ini dapat dijalankan dalam suasana peperiksaan dan terancang.

Subjek pada hari pertama Isnin ialah BMK1 dan 2, dan Matematik kertas 2 dan begitulah ada hari Selasa dan Rabu melibatkan matapelajaran yang telah diatur.Semua guru terlibat termasuk pentadbir dalam mengawasi kelas peperiksaan.Peperiksaan di bawah Unit Kurikulum pimpinan PK1 Tn Hj Mohd Zor Ali berlangsung dengan baik.

Ahad, 6 Mac 2011

PELANCARAN NILAM BERSAMA KEMPEN BUDI BAHASA

Program biasa...kebersihan kelas tetap dijalankan
Tn Hj Mohd Haslam bersama Cikgu Harun dan PK1
Guru Besar bersama Tn Hj Mohd Haslam menyampaikan buku Nilam
Tn Hj Mohd Haslam menyampaikan buku Nilam
Banner pelancaran Nilam

Pada 6 Mac 2011,Ahad jam 745 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan telah diadakan Program Pelancaran NILAM bersama Kempen Budi Bahasa dan Minggu Bahasa Inggeris secara serentak di bawah Unit Kurikulum yang diterajui oleh Tn Hj Mohd Zor Ali dan Unit HEM dibawah kepimpinan Pn Asmarani Abdullah.Pelancaran program murni ini dilakukan oleh Ybhg Tuan Pengurus FELDA Seberang Tayor,Tn Hj Mohd Haslam bin Jahangir Khan.

Dalam majlis tersebut turut diperdengarkan ialah persembahan Lagu Nilam oleh murid tahun 4,Ulasan buku dari murid tahap 2 dan 1,Lagu Budi bahasa dan Action song.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki turut diselangselikan dengan juruacara berbahasa Inggeris iaitu Cikgu Azlin Yahaya.

Majlis juga turut menyampaikan buku nilam sebagai simbolik kepada guru-guru kelas selain dari penerimaan banner oleh Tuan Guru Besar berkaitan dengan Pelancaran Nilam.Majlis berakhir jam 9.00 pagi.

Khamis, 3 Mac 2011

CANDIQ MERENTAS DESA .....

PK Ko bukan nak nak bersilat tauuu
Lumba jalan kaki kee....Tn Hj Mohd Zor
Panas weee...hitamlah Ustaz Zem dengan Ustaz Fakrul
Cikgu Zaki lambai apa......Dir ada sebelah tuuu
Pengerusi PIBG dan GB.....sembang bab apa ehhh!!!!
Bertugas ....beramai-ramai dalam ladang
Pn Maslizawati..baju kooperat sekolah lama.....cantikkkk
Ustazah Zainab.....sesuai ngajo PJ niii
Pn Marfa.....tunggu bas kee
Kembar tak serupa....Pn Sala dan Pn Ana


Ada Candiqlahhhhh....lagi ada nanti gua uplod.....

MERENTAS DESA 2011

Cikgu Fadzil mengajak murid memanaskan badan
Guru Besar meniup wisel melepaskan peserta
Murid berlari naik bukit
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah
Pemenang bergambar

Pada 3.Feb 2011,Unit Kokurikulum dibawah PK Ko Pn Dorothy dengan kesungguhan S/U Sukan Cikgu Mohd Fadhzil telah mengadakan Larian Merentas Desa 2011 bermula jam 8.00 pagi.Majlis yang turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi PIBG disertai leh 200 orang murid dari Pra Sekolah hinggalah ke Tahun 6.

Peserta dilepaskan oleh tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim digarisan permulaan pada pukul 815 pagi.Perserta terdiri dari rumah biru,rumah merah dan rumah hijau.Larian murid tahap 1 adalah sejauh 1.5 kilometer,manakala tahap 2 ialah sekitar 4 kilometer.

Majlis penyampaian hadiah juga diadakan selepas acara larian dengan rumah Biru menduduki tempat ketiga,rumah merah kedua dan Johan ialah rumah Hijau dengan 142 mata.Hadiah disampaikan oleh En.Yusof bin Mat Ali bagi tahap 2 dan tahap 1 oleh tuan guru besar.Untuk peserta yang berjaya,tempat pertama hingga kelima diberi hadiah Medal,manakala tempat 6 hingga 10 diberi hadiah alat-alat tulis.Majlis berakhir jam 10.00 pagi.





Rabu, 2 Mac 2011

PERDAFTARAN PERMATA PINTAR PERINGKAT SEKOLAH

Mengisi maklumat
Murid mencuba menjawab soalan
Nazlizan {belakang} terpejam mata memikirkan jawapan....

Pada 2 Mac 2011,Unit HEm di bawah Pk HEM Pn Asmarani bersama Guru Komputer iaitu Cikgu Mat Zaik dan EIO EBook iaitu En Loqpi telah mengadakan perdaftaran Permata Pintar bagi menyahut seruan JPNT untuk memastikan sekolah ini turut serta dalam program yang murni ini.

Pada peringkat pertama ini,seramai 20 orang murid yang mempunyai Ebook telah dipilih untuk mendaftarkan diri dalam Permata Pintar yang dijalankan di bilik tayang melalui aksess wareless dari bilik Mini Aksess E-book.

Pendaftaran ini akan dijalankan berterusan kepada semua pemilik ebook yang terdiri dari murid tahun lima dan enam termasuk murid pilihan dari tahun 4 dan tahun 3.Menurut seorang murid yang diberi peluang mendaftar Permata Pintar,iaitu Adik Mohd Nazlizan Zaiman,soalan yang dikemukakan begitu mencabar dan perlu kepada perhatian yang baik bagi mencari jawapannya.


PESTA 4 PENJURU B/SEPAK DAN B/JARING

Pemain bolajaring dari SK RKT
Pengurus..Cikgu Zaik,Jurulatih 1,Ust Zem,Jurulatih keeper..Cikgu Zaki dan sponser air,Well
Pasukan RKT{biru} dan Air Puteh
PK Ko Pn Dorothy bersama pemain
Bersama pasukan Seberang Tayor

Pada 2 Mac 2011,Rabu bertempat di SK Seberang Tayor telah di adakan Pesta 4 Penjuru Perlawanan Bolasepak dan Bolajaring yang mana sekolah menyertai ialah SK Ayer Puteh,SK RKT Seberang Tayor,SK Seberang Tayor dan SK Pasir Gajah.

Perlawanan persahabatan ini ialah untuk memberi peluang kepada pemain membiasakan diri dengan perlawanan sebenar yang bakal diadakan pada akhir Mac ini.Pasukan Bolasepak SK RKT Seberang Tayor seperti biasa telah menjadi tumpuan apabila dikalahkan oleh SK Seberang Tayor 2-0, dikalahkan oleh SK Ayer Puteh pun 2-0 manakala seri tanpa jaringan dengan Sk Pasir Gajah.

Jurulatih SK RKT Seberang Tayor,Ustaz Zem dalam temuramah mengatakan ini ialah strategi pasukan ini kerana ingin memberi laluan kepada pasukan lain menunjukkan skill.Pasukan ini akan muncul lagi apabila tiba perlawanan sebenar,kerana memang kalah adat bermain.

Turut serta hadir dalam perlawanan ini ialah PK Ko Pn Dorothy yang memberi sokongan kepada team bolajaring dan team bolasepak.Pasukan bolaring juga telah menunjukkan prestasi yang baik dan apabila tiba musim perlawanan sebenar,mungkin akan ada perubahan lagi.Pesta yang bermula jam 2.00 ptg berakhir jam 540 petang.

Sambutan Hari Jadi Murid.