Isnin, 31 Januari 2011

LAGI GAMBAR....MAJLIS PERPISAHAN GB

PK HEM menyampaikan cenderahati kepada Mantan GB
Menikmati hidangan
Ustazah Nafisah membaca doalah tuuuuu
Meja VIP
Beratur mengambil kuih pencuci mulut

MGK adalah singkatan kepada Majlis Guru dan Kakitangan...satu "agensi" peringkat sekolah yang menguruskan kebajikan ahli......pastinya majlis ini besar maknanya kepada Pengerusi MGK Ustaz Zamli kerana ini merupakan tugas beliau yang terakhir sebagai Pengerusi MGK tahun 2010/2011.

JAMUAN PERPISAHAN GB HAMZAH

Guru menjamu selera
Beratur mengikut giliran
En.Kamarudzaman menyampaikan cenderahati kepada En.Hamzah
Bergambar kenangan...guru wanita
Bergambar kenangan ...guru lelaki
Pada 30 Jan 2011,Ahad jam 300 ptg bertempat di Impiana Resort Cherating,MGK SKRKTST telah mengadakan Jamuan Majlis Pertukaran Mantan Guru Besar En.Hamzah bin Ahmad.Turut hadir dalam majlis ini ialah semua guru dan kakitangan sekolah termasuk Tuan Guru Besar En.Kamarudzaman bin Hashim serta Tuan Pengerusi PIBg En.Yusof bin Mat Ali.

Majlis yang dipengerusikan oleh juruacara hebat Pn Nafisah bt Ismail telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz CW Fakrul Anuar.Hadirin pada petang ini dijamukan dengan hidangan makan tengahari.

Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar serta Pengerusi PIBG dan diakhiri dengan ucapan mantan Guru besar.Dalam ucapan tersebut,beliau melahirkan rasa gembiran kerana semua warga sekolah ini sentisa memberi kerjasama dalam memastikan sekolah ini mencipta kejayaan.

Kemudian,MGK telah menyampaikan hadiah berupa cenderahati untuk mantan guru besar yang telah bertugas hampir 6 tahun 2 bulan lamanya.Majlis besurai jam 5.00 petang


Ahad, 30 Januari 2011

LAWATAN KLINIK PERGIGIAN AYER PUTEH

Murid menunggu giliran
Tidak takut.......itu yang boleh dikatakan
Gelagat murid menunggu giliran
Jururawat pergigian memeriksa gigi murid.

Pada Ahad,30 Jan 2011 bermula jam 9.00 pagi,pasukan dari Klinik Pergigian Ayer Puteh Kemaman telah mengadakan lawatan pemeriksaan gigi murid tahun 1 hingga tahun 6.Seramai hampir 207 orang murid terlibat dalam rawatan pergigian secara percuma ini dalam memastikan murid sekolah ini mempunyai gigi yang cantik,sihat dan terjaga.Pemeriksaan pergigian ini diuruskan oleh 4 orang petugas dari klinik tersebut.Rawatan yang dijalankan di dalam bilik rawatan ini memberi kemudahan yang cukup selesa seperti paip air,kipas dan suasana bilik yang kemas diuruskan dengan baiknya oleh Unit HEM yang dikelolakan oleh PK HEM iaitu Pn Asmarani bt Abdullah bersama JK Kesihatan dan Kebajikan murid.

LIMAU TAHUN BARU DARI PN DOROTHY

Kalangan guru menerima buah limau
Pn Dorothy mengagihkan limau kepada Cikgu Noorazita
Limau.....siap diplastikkan ...
Pn. Dorothy tersenyum bersedia untuk agihkan limau

Pada pagi Ahad,30 Jan 2011,walaupun suasana hujan turun memuramkan keadaan,Warga sekolah ini diceriakan dan dikejutkan dengan pemberian buah limau oleh Pn Dorothy ,PK Koko sempena Menyambut Tahun Baru Gong Xi Fa Chai.Pemberian buah limau ini lebih menghangatkan lagi suasana 1Malaysia di sekolah ini apabila guru riang menerima bungkusan buah limau.

Buah limau ini telah diagihkan sendiri oleh Pn Dorothy dengan dibantu oleh Pn CT Zubaidah kepada semua warga SK RKT Seberang Tayor iaitu dari kalangan pentadbir,guru-guru dan kakitangan sekolah termasuk pekerja swasta dan kantin sekolah.Warga sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru ...tahun arnab ...Gong Xi Fa Chai kepada Pn Dorothy.



Selasa, 25 Januari 2011

KUNJUNGAN PENGERUSI PIBG

En.Yusof Mat Ali {Kanan} berbual dengan guru
Turut ada,PK1 Tn Hj Mohd Zor bin Ali bersama guru dan pengerusi PIBG

Pada 25 Jan 2011,selasa Unit Media Sekolah telah berpeluang untuk mengambil gambar Pengerusi PIBG iaitu En.Yusof bin Mat Ali yang hadir bagi memberi sokongan kepada pihak sekolah dan murid yang menghadapi ujian TOV 2011.Kunjungan ini telah memberi ruang kepada guru-guru serta pentadbir berbincang dan bertukar pandangan dengan Pengerusi PIBG.Selain itu,keramahan Pengerusi PIBG juga terserlah apabila beliau boleh berbincang dimana sahaja dengan guru walaupun di kantin sekolah.


KEDAI SEKOLAH TELAH BEROPERASI


Pada tahun 2011,Kedai sekolah telah mula beroperasi dan dibuka setiap hari bermula pada hari pertama persekolahan.Kedai sekolah ini memberi khidmat penjualan barang keperluan untuk murid seperti buku tulis,alattulis,pen,pensil,pemadam,gam dan lain lain lagi.

Kedai sekolah dibuka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi jam 715 pagi hingga 7309 pagi dan pukul 1020 pagi hingga 1045 pagi bagi memberi peluang murid membeli keperluan mereka.Dua orang murid telah dilatih untuk menguruskan penjualan di bawah penyeliaan Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.

MESYUARAT INDUK PSS SKRKTST

Pn Rohana dan Pn Zainon
Tuan Guru Besar memaklumkan agenda PSS 2011

Pada Ahad,23 Jan 2011,JK Induk PSS telah mengadakan mesyuarat pertamanya bagi tahun 2011 bersama AJK induk PSS.Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim dan turut di hadiri oleh PK1 Tn Hj Mohd Zor bin Ali,Penyelaras PSS Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof,Pengerusi Perpustakaan Pn Zainon Othman,Pengerusi JK Nilam Pn Rohana Hassan,Pengerusi Bilik Tayang En.Mohd Shahriza bin Zakaria,Wakil AJK Bilik tayang Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli.

Turut diperbincangkan ialah tugas-tugas guru PSS serta tugas dan kerjabuat semua AJK.Dalam ucapan tuan Guru Besar,beliau berharap PSS dapat menceriakan lagi bilik-bilik yang ditugaskan.

UJIAN TOV PERTAMA 2011

Cikgu Noorazita mengawasi perjalanan peperiksaan TOV
Seorang murid Siti Kharunnissa Mohd Razino menyemak kertas jawapan
Tekun menjawab soalan
Suasana peperiksaan dalam kelas 2IK

Seramai 82 orang murid yang terdiri dari murid tahun 2,3,4,5,dan 6 dari sekolah ini telah mengikuti ujian TOV pertama yang bermula ada hari Selasa 25 Jan 2011.Ujian TOV bagi kertas soalan yang pertama diadakan ialah Bahasa Melayu Kertas 1 yang dimulakan pada pukul 8.00 pagi bagi semua kelas.

Suasana peperiksaan dapat dirasakan apabila murid tekun menjawab soalan di bawah pemerhatian guru penjaga kelas yang bertugas.Turut memantau perjalanan peperiksaan ini ialah Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim dan PK 1 Tn Hj Mohd Zor bin Ali.Peperiksaan dalaman ini diuruskan oleh setiausaha peperiksaan dalaman Pn Azlin bt Yahaya.

Khamis, 20 Januari 2011

PERJUMPAAN RUMAH SUKAN 2011

Ketua Rumah Hijau....Ustaz Zem
Rumah Merah......
Guru rumah biru

Pada Selasa 18 Jan 2011,semua rumah sukan iaitu Biru {Jebat},Merah {Lekir} dan Hijau {Tuah} telah mengadakan perjumpaan kali pertama bagi melantik AJK rumah masing-masing bagi tahun 2011.

Perlantikan AJK adalah dari kalangan murid tahun 4,5 dan 6 sahaja yang mana ianya dibuat daripada pemilihan dalam perjumpaan tersebut.Perlantikan tersebut bermula dari Pengerusi,Naib Pengerusi,Setiausaha,bendahari dan 6 orang AJK.

Perjumpaan yang bermula jam 1250 berakhir jam 130 petang.

MESYUARAT KOKURIKULUM 2011

Guru wanita yang hadir
Berbincang dan memberi pandangan....
PK Kokurikulum....mencatat sesuatu
Cikgu Syed {tiga dari kiri} mempengerusikan mesyuarat

Pada 16 Januari 2011,Ahad,Unit Kokurikulum telah mengadakan mesyuarat JK Badan Beruniform dan Kelab Persatuan yang diuruskan oleh Penyelaras Badan Beruniform iaiatu Cikgu Syed Amran Tuan Padan dan Penyelaras Kelab dan Persatuan iaitu Puan Zainon Othman.

Turut hadir ialah PK Kokurikulum iaitu Pn Dorothy.Dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh semua guru,telah diedarkan jadual kehadiran guru serta senarai nama murid.Mesyuarat yang bermula jam 115 tgh berakhir jam 215 ptg.

Turut dimaklumkan ialah semua kegiatan kokurikulum 2011 ini berkaitan kelab dan badan beruniform akan dijalankan pada hari Selasa bermula jam 130 ptg dan berakhir jam 330 petang iaitu dua jam.

Isnin, 17 Januari 2011

KELAB GURU RKT MAIN FUTSAL

BERSEDIA.......pakai kasut tu wehhhh
PEMAIN .......Dir,Pi dan Fakrul
BERGAYA...Ek,Zem,Fakrul,Pi,Syed,Dir dan Ki
LAGI.....kepenatan tapi masih sempat bergaya
Menanti wisel ditiup untuk masuk padang

Pada 16 Jan 2011,Ahad malam jam 10 mlm,Kelab Guru MGK telah mengadakan perlawanan persahabatan Futsal dengan pasukan Hospital Daerah Kemaman di Gelanggang FUTSAL Pejabat Daerah Kemaman.Perlawanan persahabatan ini diatur oleh Ustaz Fakrul untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara MGK dengan pihak Kesihatan Daerah Kemaman.

Antara pemain yang mewakili MGK SKRKT ialah Pengerusi MGK Ust Zem,Penjaring terhandal Cikgu Fadzil,Pengelecek lincah Cikgu Syed Amran,Pemain Tengah terhebat En.Lotfi,Penjaga Gol tersedap Cikgu Zaki,Bek termahal Cikgu Zaik,Pemain dibeli En.Harir dan Secorer ternama Ust Fakrul.

Walaupun tewas 7 -3 namun perlawanan sengit telah mendapat penaja air miniral dari Uztaz Zem sebanyak 3 botol.Selain itu,pemain yang terhebat ialah Cikgu Syed apabila berjaya memakai kasut bergaya untuk bermain bola tanpa dikenakan kad merah maupun biru.Dengan bayaran RM25.00,pemain pasukan ini balik ke rumah masing-masing dengan seronoknya kerana kepenatan mengejar bola.

Mana-mana pasukan yang berani berlawan dengan pasukan ini,amatlah dialu-alukan.

Rabu, 12 Januari 2011

SIJIL PENGHARGAAN KEJAYAAN UPSR 2010

Kedua Tertinggi Semua A UPSR

Semua A Bhs Inggeris
KEJAYAAN...minimun C B Inggeris
Pada 28 Dis 2010,beberapa sijil penghargaan UPSR dari PPD Kemaman telah dipertontonkan kepada guru sebagai tanda tahniah GB untuk kerjakuat para guru memastikan kejayaan yang terbilang dalam UPSR.Tahniah En Hamzah bin Ahmad,atas kesemua anugerah ini.

SUASANA DI KANTIN SEKOLAH

KANTIN A...bersih dan ceria
Pekerja kantin melayan murid
PK1 bersama guru.....makan sambil berbual
Guru perempuan.....menikmati makanan semasa rehat
Murid beratur untuk membeli makanan


Pada 12 Jan 2011,beginilah keadaan kantin sekolah yang sentiasa dikunjungi oleh murid apabila tiba waktu rehat iaitu diantara jam 1015 hingga 1045 pagi.Selain murid yang bergilir memilih makanan yang ingin dibeli,guru juga mengambil peluang untuk makan waktu rehat dengan memilih juadah hidangan yang berpatutan harganya.

Guru dan murid akan makan di dalam kantin yang sama tanpa ada hadangan langsung yang menggambarkan guru dan murid umpama air,tetap bersatu dan tiada bezanya dalam tempat makan di sekolah ini.Cuma guru dikhaskan dengan tiga meja dan murid tidak akan makan di meja ini,yang pasti murid boleh melihat bagaimana gaya cikgu makan.........dan guru boleh pantau kelakuan murid semasa makan.Hal ini telah bertahun lama berjalan di sekolah ini.

Ahad, 9 Januari 2011

PERHIMPUNAN PERTAMA BERSAMA GB 2011

BERDISPLIN...murid beratur di Dataran
GURU.....hadir dengan kemas bertali leher
GURU BESAR (kiri) ......bersama PK 1
GB menyampaikan ucapan sulung.

Pada 9 Januari 2011,Ahad merupakan perhimpunan pertama yang diadakan di SK RKT Seberang Tayor.Dalam majlis ini ,Tn Hj Mohd Zor Ali telah memperkenalkan beberapa orang guru baru yang bertugas di sekolah ini termasuk Tn Guru Besar iaitu En.Kamarudzaman bin Hashim.

Dalam ucapan sulung Tuan Guru Besar,beliau menekankan agar murid sentiasa berasa ingin hadir ke sekolah serta memperkenalkan konsep 3B iaitu.....Belajar,Baik dan Bersih.Dalam perhimpunan ini juga turut dimaklumkan guru bertugas iaitu diketuai oleh Cikgu Syed Amran.

Sambutan Hari Jadi Murid.