Selasa, 21 September 2010

PEPERIKSAAN UPSR 2010 BERMULA

Pada 21 Sept 2010,Selasa,Peperiksaan UPSR tahun 2010 bermula di seluruh Malaysia.Begitu juga di SK RKT Seberang Tayor,seramai 38 orang calon telah bersedia untuk menduduki UPSR tahun ini.

Ketua Pengawas,Cikgu Zai mengetuai pengawasan UPSR di sekolah ini.Sebelum memulakan peperiksaan,semua guru tahun 6 bersama murid telah dihimpunkan untuk membaca doa dan membaca surah yassin memohon agar dapat menjawab dengan tenang.

Khamis, 2 September 2010

PROGRAM KHATAM QURAN SEMPENA RAMADHAM

Pada 2 Sept 2010,Khamis jam 830 pagi,Panitia Agama Islam telah mengadakan majlis khatam Quran melibatkan 51 orang murid.Dalam majlis tersebut,ibubapa murid turut menyediakan pulut semangat serta bunga telur.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat quran oleh Ustaz Zamli,Ustaz Shah dan Ustaz Khairulanuar serta Ustazah Napisah.Turut hadir bersama ialah Guru Besar serta Guru Penolong Kanan dan juga semua guru.

Majlis berakhir jam 1130 pagi dengan pemberian pulut kuning dan telur kepada peserta khatam Quran.

Rabu, 1 September 2010

PROGRAM PUTERI UMNO MASAK BUBUR LAMBUK

Tuan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Pemuda dan Puteri UMNO
Pn Aspalinda menyampaikan hadiah
Saudara Hisham menyampaikan cenderahati penghargaan kepada GB
Murid menerima bubur lambuk bersaa Pn Aspalinda

Mengucau bubur lambuk

Pada hari Khamis,26 Ogos 2010,Puteri UMNO serta Pemuda UMNO Bahagian Kemaman telah mengadakan program memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 230 orang murid serta guru dan pekerja sekolah.


Selain dari memasak bubur lambuk,pertandingan melukis dan mewarna juga turut diadakan untuk murid tahap satu dan tahap dua.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda UMNo Bahagian Kemaman Saudara Mohd Hisham b Hj Zubir dan Pn Aspalinda bt Anuar,Ketua Puteri Umno Bahagian Kemaman.Turut serta dalam majlis itu Pemuda dan Puteri Felda Seberang Tayor,Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor dan Pengerusi PIBG SK.RKT Seberang Tayor.


Majlis yang bermula jam 830 pagi berakhir pada jam 1245 tgh dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan pengagihan bubur lambuk oleh Pn Aspalinda Anuar.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Murid membuat persembahan
Antara murid yang hadir semasa perhimpunan

Para guru wanita
Murid dengan gaya benderanya
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang


Pada 30 Ogos 2010 Rabu,sekolah ini telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah yang bermula jam 8.oo pagi lagi.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Syed Amran memulakan acara dengan nyanyian lagu Negaraku,Lagu Selamat Sultan dan lagu tanggal 31 Ogos diikuti pula dengan ucapan dari Tuan Guru Besar.

Kemudian,murid tahap satu pula berada di dalam kelas masing-masing untuk mewarna lukisan bagi pertandingan mewarna.Murid Tahap Dua pula bersama Cikgu Zaik dipertontonkan tayangan filem patriotik Sarjan Hassan bagi menjawab soalan kuiz.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar bersama PK Hem dan PK Koko.Majlis berakhir jam 1245 tgh.Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 53.1Malaysia menjana transformasi..............Majlis sambutan sederhana tetapi meriah.

Sambutan Hari Jadi Murid.