Rabu, 31 Disember 2008

JAMUAN PERTAMA DI KANTIN SEKOLAH

En.Hamzah,Tn.Hj Mohd Zor ,Ustaz Nik Abdullah dan Ustaz Mohd Shahriza sedang menikmati hidangan makan tengahari.


Cikgu Fadzil dan Ustazah Pn Zainab memilih lauk-pauk yang disediakan.

PENGURUSAN KANTIN BARU
Kantin SK.RKT Seberang Tayor Kemaman pada tahun 2009 ini akan diuruskan oleh penender baru iaitu En.Ismail.Beliau mempunyai pengalaman dalam pengurusan kantin sekolah sebelum ini diberi kepercayaan untuk menyediakan khidmat penjualan makanan di kantin sekolah bagi tahun 2009.

Sebagai permulaan,makan pagi dan makan tengahari semasa mesyuarat pengurusan kali ini telah disediakan oleh pihak kantin.Antara makanan pagi yang disediakan ialah air teh dan teh o bersama dengan kuih karipap dan pulut lepa.Manakala makan tengahari pula,guru-guru dihidangkan nasi putih,gulai ayam,ikan goreng bebawang,ulaman,sambal belacan dan budu,goreng kangkung dan air sirap.Memang menyelerakan.

MESYUARAT PENGURUSAN

Guru Besar,En.Hamzah Ahmad sedang menyampaikan taklimat kepada semua yang hadir.

MESYUARAT PENGURUSAN 2009

Bagi melancarkan perjalanan di hari pertama persekolahan 2009,Pentadbiran SK.RKT Seberang Tayor ,Kemaman telah mengadakan Mesyuarat Pengurusannya pada 31 Disember 2008 ,Rabu bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 tgh.

Seramai 22 orang guru,3 kakitangan sekolah dan 6 pekerja swasta telah turut hadir bagi mendengar taklimat dan pembahagian tugasan serta berbincang bagi memastikan hari pertama persekolahan berjalan dengan baik.

Semasa mesyuarat tersebut,Guru Besar En.Hamzah Ahmad dalam ucapannya mengatakan kepentingan guru hadir lebih awal ke sekolah setiap hari,disamping itu turut mengharapkan agar guru akan sentiasa berketrampilan dan hadir sewaktu perhimpunan pagi. Turut menyampaikan taklimat ialah Pn.Rosemariah {PK1},Tn Hj Mohd Zor {PK HEM} dan Pn Asmarani {PKKO).

Dalam suasana bermesyuarat yang penuh dengan respon yang membina,majlis juga turut dijamukan dengan makan tengahari di bawah pengurusan kantin baru iaitu En.Ismail.Mesyuarat kali ini telah melantik Pn.Rohana Hassan sebagai pencatat.

Rabu, 24 Disember 2008

KEJAYAAN UPSR


En.Yusof bin Mat Ali diiringi oleh Guru Besar menyampaikan sumbangan kepada adik Mohd Haziq Khalid.

MURID BERJAYA UPSR DIRAIKAN

Seramai 2 orang murid dari SK RKT Seberang Tayor telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2008 yang diumumkan pada 13 November 2008.Murid tersebut ialah Mohd Haziq bin Khalid dan Siti Aishah binti Razak.





PIBG turut melahirkan rasa gembira ataskejayaan yang dicapai dan mngucapkan berbanyak terima kasih kepada pentadbi dan semua guru atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan untuk kejayaan dalam UPSR kali ini.





Dalam majlis tersebut,Pengerusi PIBG,En.Yusof bin Mat Ali telah menyampaikan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 seorang kepada murid yang berjaya.Tahniah!!!

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008

En.Haslam diiringi En.Hamzah Ahmad,Guru Besar SKRKTST menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008


Unit Kokurikulum bersama Kedai Sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2008 pada Selasa, 11 November 2008.Program yang bermula jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh En.Haslam , Pengurus Felda Seberang Tayor.Seramai 150 orang dari kalangan ibubapa hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka yang berjaya mendapat hadiah.


Sebanyak 36 kategori hadiah telah disediakan bermula dari Pra sekolah hinggalah murid Tahun enam.Selain itu ibubapa yang hadir juga turut menyumbangkan sumbangan disamping berpeluang mendapat hadiah berupa 30 buah hamper.


Turut hadir menyampaikan hadiah dalam majlis ini ialah Pengerusi PIBG iaitu En.Yusof bin Mat Ali.Menurut penyelaras Hari Angerah Cemerlang,Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof,hadiah yang disampaikan ialah merupakan sumbangan dari keuntungan Kedai Sekolah yang berkonsepkan "Dari Murid Untuk Murid".


Sambutan Hari Jadi Murid.